TAMBANG Bas Bakal NAIK Adalah Sesuatu Yang PELIK bin AJAIB

Gambar Hiasan
1. Seperti biasa, tambang bas adalah sesuatu yang menjadi perhatian terutamanya apabila musim perayaan bakal tiba. Terbaharu SPAD mengumumkan bahawa tambang bas bak naik 30 Peratus pada musim perayaan ini. Seperti biasa juga... Alasannya adalah KOS operasi yang tinggi dan merugikan pengusaha bas.

2. Jangan melenting dahulu... Kita lihat perkara ini satu persatu agar pandangan kita tidak dibakul sampahkan oleh pihak SPAD. Jom kita mulakan...

3. Dengan tidak menyanggah pengumuman yang dikkeluarkan oleh pihak SPAD bahawa harga akan dinaikkan kerana kos operasi untuk perkhidmatan bas adalah tinggi dan tidak menguntungkan kita juga akan mengetengahkan beberapa penyataan lain yang juga di keluarkan oleh SPAD.


4.

Pemikir sangat yakin seandainya melayari internet, anda akan dapat banyak maklumat sebagini. Permohonan meningtat, tidak pun ianya akan dilaporkan sebagai permohonan permit tidak diluluskan oleh SPAD.

5. Persoalan menarik untuk kita bincangkan adalah kenapa mereka memohon untuk sesuatu yang tidak menguntungkan. Kan?. Kalau anda pergi ke stesen bas utama seperti TBS, PUDU, Jalan Duta atau Hentian PUTRA. Anda akan menjumpai banyak bas yang tidak wujud beberapa tahun dahulu. Adakah syarikat syarikat ini suka buat perniagaan yang merugikan.

6. Seandainya benar perusahaan Bas atau kos operasi adalah merugikan pengusaha bas. Kenapa setiap tahun akan wujud syarikat syarikat bas yang BAHARU?(tidak termasuk yang tidak diluluskan). Tidak kurang juga banyak perniagaan lain yang jelas wujud seperti perhotelan hasil dari perniagaan BAS. So... Mohon SPAD tolong berikan sedikit Pencerahan akan hal ini shinggakan memaksa SPAD hendak memperkenalkan Tambang Baharu.? 

7. Kerana pada saya keadaan ini sangat PELIK dan JANGGAL. Bukan hendak sombong... Saya bukanlah orang yang terlibat dalam menggukan perkhidmatan bas untuk balik kampung, makanya, artikel ini tidak sedikit pun berunsurkan kepentingan peribadi. Harap Maklum

2 comments:

  1. kalau tak untung, jgn buat. pergi buat transportation lain. service transport hantar ayam ke. alasan mcm2.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers