RESEARCH Gate Dot Net Laman PERTEMUAN Para Penyelidik DUNIA


RESEARCH GATE @ www.researchgate.net Laman PERTEMUAN Para Penyelidik DUNIA

1. Saya diperkenalkan oleh seorang rakan kepada Researchgate pada tahun 2012. Pertama kali menyertai ruangan ini Pemikir amat tertarik dengan struktur dan susunan page researchgate. Pada 2012 bolehlah dikatakan bilangan penyelidik yang menggunakan ruangan ini masih belum ramai. Tetapi 2013 memperlihatkan peningkatan yang sangat mendadak. Tidak ketinggalan juga rakan rakan seperjuangan.

2. Namun, apa yang paling menarik ialah, rekaan laman yang berkonsepkan Facebook yang seterusnya memudahkan para penyelidik mencari rakan penyelidik sama ada dari bidang yang sama atau bidang penyelidikan yang berlainan. Perbandingan jumlah penerbitan bagi seseorang penyelidik juga boleh dilihat dengan mudah selain mudah untuk memuat turun artikel yang dikehendaki.

3. Di saat penilaian para pensyarah atau penyelidik lebih mengutamakan h-index bermula 2013 ini, ruangan researchgate sangat membantu bagi memudahkan journal artikel anda ditemui oleh golongan yang betul dan memberikan sumbangan kepada pengiraan h-index anda. 

4. Di laman ini juga para penyelidik boleh berhubung terus dengan para penyelidik berkaitan dan bertanyakan soalan secara terus. Ini menjadikan Researchgate semakin mendapat perhatian dan jumalah penggunakanya semakin meningkat dari hari ke hari. Oleh itu para penyelidik muda, pastikan diri anda berada di sini untuk perkembangan kerjaya yang lebih baik.

5. Selain penyelidik, orang biasa juga boleh melayari laman ini untuk mendapatkan bahan bacaan akademik yang diperakui. Ini memberikan rujukan yang lebih sahih dan berkualiti kepada mereka yang memerlukan untuk tujuan apa sekalipun.

Harap maklum

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers