Skip to main content

PEMIMPIN Sektor Awam PERLU Ada Akaun FACEBOOK Atau Twitter : KSN



Sesuatu yang menarik untuk dibicarakan. Tidak mahu memberi komen yang panjang lebar, tetapi secara terus terang Pemikir sangat sangat bersetuju dengan cadangan Ketus Setiausaha Negara (Ali Hamsa) Ini. Very good Moves...

Tentunya akan mengurangkan birokrasi dan memberikan saluran terus kepada pemimpin sektor awam. Ini juga akan mengurangkan budaya tikam menikam atau kipas mengipas di banyak peringkat dalam sektor awam.

Semua Pemimpin Sektor Awam Perlu Ada Facebook, Twitter -KSN

PUTRAJAYA 14 Jun - Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa mahu setiap ketua setiausaha kementerian (KSU), timbalan KSU, ketua pengarah (KP) serta pemimpin jabatan dan bahagian sektor awam memiliki akaun Facebook dan Twitter sendiri mulai esok.

Beliau berkata, saranan tersebut perlu bagi membolehkan pegawai atasan dan ketua jabatan menjawab setiap kritikan dan tuduhan liar yang dilemparkan oleh pihak tertentu melalui dua saluran media sosial yang popular itu.

Katanya, langkah itu merupakan peluang terbaik kepada mereka untuk lebih mendekati dan memahami permasalahan yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi.

"Kita selalu berada di pihak yang menerima kritikan dan tuduhan sedemikian dan saya percaya sudah tiba masa untuk menjawabnya dengan fakta.

"Dalam masa sama, kita juga perlu mempertahankan nama baik penjawat awam pada setiap masa dengan menggunakan dua saluran media sosial terbabit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Interaksi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Bersama KSN, di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan PTD itu turut melancarkan Tabung Khas Kebajikan Persatuan PTD.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa setiap kementerian dan jabatan kerajaan memiliki akaun Facebook dan Twitter bagi menangani kritikan awam dan mempromosikan program yang dirancang oleh mereka.

Serentak dengan saranan tersebut, Ali berkata, beliau ada mekanisme tertentu untuk memastikan setiap KSU, Timbalan KSU, KP dan pemimpin jabatan dan bahagian mematuhi i saranan tersebut

"Salah satunya, mereka perlu jadi 'kawan' Facebook dan pengikut Twitter saya," katanya. -UM

Comments

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Popular posts from this blog

Jom BELAJAR Bahasa Melayu SARAWAK

Bahasa Melayu Sarawak...
Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, belajar bahasa dari kaum dan masyarakat yang berbeza adalah menjadi satu 'kemestian' yang boleh membawa kepada ikatan yang lebih erat sesama kita.
Kali ini kita akan melihat sedikit sebanyak bahasa yang menjadi bahasa RASMI rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum yang berbeza.
Kepada mereka mereka (terutamanya guru guru) yang akan posting ke Sarawak bolehlah belajar sedikit sebanyak sebagai persediaan bagi memudahkan komunikasi bila tiba di sana nanti. Tidak kita Iban, bidayuh, Orang ulu, dayak, Melanau Cina, bidayuh dll... Bahasa Melayu Sarawak menjadi bahasa rasmi bagai semua kaum kaum ini...
1. Tedah - Kesian 2. Kepak - Letih 3. Kayokayo - Kehulu kehilir 4. Plente - Bergurau 5. Pozer - Peniru/ Ciplak 6. Gai / Ucak - Poyo 7. Ilek 1 - Rehat 8. Ilek 2 - Sabar 9. Dolok - Dulu 10. Agik - Lagi 11. Nok ya - Yang itu 12. Madah/ Padah - Bagitahu

Rahsia TERSEMBUNYI Waktu Solat Yang 5 (Fakta Menarik)

1. Ada pun pada mereka yang berfikir. Maka tidak Allah jadikan sesuatu itu hanya sia sia dan pasti ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan kepada hambanya yang berfikir dan yakin kepada Allah.
2. Makan hal ini tidak lah di sia siakan oleh orang tua tua dahulu apabila menyatakan waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran dan istilah 'PANTANG' telah diguanakan untuk tidak  berada di luar rumah malah menutup pintu dan jendela pada waktu sebagini.
3. Mungkin beranggapan mereka lebih moden dan lebih saintifik dari orang dahulu. Masyarakat pada hari ini telah mengabaikannya malah sesetengah memperlekehkan 'amaran' dan teguran ini. 
4. Mari kita pandang hal ini sedikit lari dengan sudut sains semata mata.

DIVIDEN HEBAT Simpanan ANDA : Pinjaman ASB Vs Simpan SENDIRI ?

1. Awal Tahun 2013 ni Ramai rakan rakan Pemikir berbicara tentang Dividen Hebat daripada simpanan masing masing dan kebanyakan mereka adalah penyimpan Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Maklumlah, PNB Mengumumkan bahawa dividen ASB tahun 2012 adalah tertinggi dalam masa 5 Tahun. 
2. Namun Setelah berbicara sekian lama, kebanyakan mereka sebenarnya membuat pinjaman ASB dari beberapa bank seperti CIMB, Maybank dan yang terbaharu RHB Bank. Maka Pemikir melakukan sedikit penyelidikan berkaitan hal ini (loan ASB), dan dalam banyak banyak pembacaan Pemikir, Artikel oleh Blog Berita Semasa sebagaimana tercatat dibawah ini adalah yang paling munasabah dan bersandarkan fakta yang benar serta perlu diberi perhatian oleh para peminjam atau mereka yang berhasrat untuk meminjam sebagaimana Pemikir. 
3.  Melakukan sedikit pembacaan (kajian) terhadap apa yang cuba dilakukan adalah langkah terbaik sebelum kita meletakkan WANG (Duit) kita kepada risiko risiko yang ada dalam pasaran. Oleh itu luangkanlah …