Monday, June 17, 2013

MURTABAK Special Haji MIDIN Di Parit BUNTAR, Perak


1. Penduduk di sekitar Parit Buntar pasti telah biasa ke pasar malam Pekan Lama, Prit Buntar pada setiap jumaat dan tentunya cukup kenal dengan Murtabak Hj MIDIN yang sangat unik dalam pembuatannya serta tentunya sedap dan menyelerakan.

2. Pertama kali melihat cara murtabak ini dibuat pada 2008, Pemikir amat tertarik, namun tidak terlintas untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian. Anda boleh bezakan cara pembuatannya dengan gambar gambar yang dipapar di bawah. Dari segi rasanya kepada Pemikir, tentunya memenuhi citarasa dan sedap. 


3. Sesiapa yang berdekatan atau ada singgah di Parit Buntar, jangan ketinggalan untuk singgah dan melihat bagaimana murtabak ini di buat serta jangan ketinggalan untuk mencuba kesedapannya. Ada dua pilihan iaitu dagin dan ayam, tentunya murtabak daging menjadi pilihan Pemikir.

4. Cuma, kalau silap masa, kenalah menunggu seketika kerana ramai peminat setia murtabak ini yang tidak jemu jemu membelinya walaupun terpaksa berbaris panjang. 










Semua Gambar Adalah Hak Cipta Terpelihara www.suarapemikir.com

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks