Tuesday, June 4, 2013

MENGHINA Yang Di Pertuan Agong : Seorang DITAHAN Dan Empat Nama Lagi DICARI

MENGHINA Yang Di Pertuan Agong : Seorang DITAHAN Dan Empat Nama Lagi DICARI
Hina Agong: Suspek turut berdepan tindakan polis

KUANTAN 4 Jun - Polis akan turut mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat kenyataan menghina terhadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menahan seorang suspek namun pihaknya turut akan mengambil tindakan.

"Saya harap semua pihak bersabar. Polis dan SKMM akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang membuat kenyataan itu," katanya.

Khalid berkata sedemikian selepas mengadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

BERKAITAN ISU PENGHINAAN TERHADAP SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG, PADA JAM 9.30 PAGI INI, POLIS DIRAJA MALAYSIA TELAH MEMBUAT TANGKAPAN TERHADAP SEORANG WANITA YANG BERUSIA 32 TAHUN DI TAMAN NIRWANA, AMPANG, SELANGOR. TANGKAPAN DILAKUKAN BERSABIT DENGAN SIASATAN DI BAWAH SEKSYEN 4(1) AKTA HASUTAN 1948.


BERHUBUNG KES INI, POLIS KUALA LUMPUR JUGA MEMINTA PENAMA-PENAMA BERIKUT TAMPIL MEMBANTU SIASATAN :-

1. WEENNEE TAN
2. SHUH CHIEN LOO
3. HUN KEAT WONG
4. CAROL TAY

TAHNIAH Polis Malaysia

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks