Friday, June 21, 2013

KESETIAANKU Pada #CELCOM Belum BERBALAS

1. Sering kali kita mendengar. Menjadi rakan yang setia, pelanggan yang setia, setia kepada perkhidmatan, pengguna yang setia, peminat setia, kekasih setia, suami setia isteri setia dan pelbagai lagi kesetiaan sering kali berakhir dengan balasan yang menarik dan kegembiraan.

2. kesetian seorang kekasih kepada kekasih sebagai contoh mudah akan membawa kepada kebahagian ke jinjang pelamin seterusnya keluarga bahagia sebagai balasan atau hasil dari kesetiaan tersebut. Cheeewahhh...

3. Namun, pada entri kali ini, #Pemikir tidaklah mahu berbicara akan kesetiaan kepada kekasih atau sesama manusia. Pemikir ingin membawa sedikit laluan pembaca kepada perkara yang melibatkan kesetiaan kepada satu satu perkhidmatan sebagai seorang pelanggan.

4. Adapun Pemikir terlintas untuk berkongsi perkara ini adalah setelah rakan pemikir mendapat hadiah (#Samsung Galaxy Note II) dari #Celcom hasil dari kesetiaannya menggunakan perkhidmatan Celcom sejak sekitar 2005 katanya. Penyataan itu membawa kepada rasa gembira Pemikir terhadap beliau yang telah dihargai. 

5. Namun kegembiraan itu juga hadir bersama rasa kecewa kepada #Celcom terhadap diri Pemikir yang tidak pernah 'dihargai' (mood sedih) kerana Pemikir telah menggunakan Celcom (nombor sama) sejak 1998 lagi. Mungkin ada satu satu kriteria yang ditetapkan oleh #Celcom untuk penghargaan itu, namun, sebagai pengguna #Pemikir agak merasa rugi tidak dapat mengetahui apakah kriteria tersebut.

6. Tetapi, Pemikir tidak berputus harap akan hal tersebut kerana tetap yakin bahawa, kesetiaan pasti memberikan ganjaran yang baik pada suatu hari nanti. So, setelah membuat sedikit pertimbangan dari pelbagai sudut, Pemikir memutuskan untuk kekal setia untuk sedikit masa lagi bersama #Celcom. Sehingga tarikh yang akan diberi tahu kelak. Hehehehe

7. Harap maklum


1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks