1. Sejak petang semalam (19.6.2013), sekitar jam 5 iaitu sekitar waktu kebakaran disyaki bermula. Kebakaran Di Kampung Datuk, Sibu yang boleh diketegorikan sebagai antara kebakaran yang terbesar di Malaysia telah menjadi bahan utama di twitter dan Facebook atau media sosial. Tidak kurang juga surat khabar utama online, blog dan instagram yang turut memaparkan peristiwa yang menyayat hati tersebut.
2. Namun, menanti dengan penuh rasa ingin tahu pada berita perdana #TV3 8.00 malam, yang dimiliki oleh media prima, yang merupakan medium utama dalam menyebarkan berita di Malaysia ternyata menjadi satu KEKECEWAAN. Sudahlah tidak menjadi tajuk utama atas dasar ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, malah kandungan berita juga tidak banyak menyentuh akan hal ini.
4. Pandang sedikit kehadapan... Pemikir berpendapat sebaliknya, dengan penyiaran hal sebegini di media utama tentunya akan memberikan pengetahuan yang lebih luas kepada seluruh rakyat malaysia akan musibah BESAR ini. Setidak tidaknya ramai yang tahu ia berlaku dan tentunya semakin ramai orang yang tahu semakin banyaklah orang yang berpeluang untuk MEMBANTU dalam apa jua bentuk.
5. Namun harapan itu hanya tinggal harapan. Sekali lagi pemikir Agak kecewa bila perkara sebesar ini tidak menjadi bahan utama berita terutamanya Buletin Utama, #TV3. Apakah kerana hal ini berlaku di Sarawak. Sekiranya hal ini berlaku di Semenanjung malaysia, Pemikir cukup yakin bahawa sebaliknya akan berlaku.
6. Pemikir mohon maaf seandainya ada kseliapan dalam pandangan ini.
7. Harap maklum. Sekadar meluahkan rasa kecewa
http://www.suarapemikir.com/2013/06/kebakaran-di-kampung-hilir-sibu-sarawak.html
http://www.suarapemikir.com/2013/06/kebakaran-di-kampung-hilir-sibu-sarawak.html
Boikot terus TV3
ReplyDeletebetul tu...tabung bencana pun tak ditubuh kan....x phm la...
ReplyDeletebetul tu...tabung bencana pun tak ditubuh kan....x phm la...
ReplyDeleteTidak ada tindakan susulan daripada TV3 tentang kebajikan orang melayu diSibu...Mengapa mereka tidak datang ke sibu dan membuat liputan susulan...saya berasa sangat kecewa dengan sikap mereka yang tidak perihatin
ReplyDeleteBerita tentang kebakaran dibengkel kenderaan berat diKuching pula yang menjadi tontonan ...tentang rumah yang beratus biji hangus tidak mendapat liputan ...terus senyap macam kebakaran tu juga ,api padam habis lh segalanya
ReplyDeleteMana media prima selalu tubuh tabung bantuan... tak cukup besar kah peritiwwa ini. atau ada suara atau tangan yang memberi isyarat supaya senyap
ReplyDelete