Wednesday, June 26, 2013

JANGAN Ambil MUDAH Tanggungjawab Sebagai KETUA Dan PEMIMPIN


Jangan AMBIL MUDAH dan Terlalu BANGGA Terhadap Kedudukan Anda Anda sebagi Ketua Dalam mana mana organisasi, sama ada kecil atau besar, keputusan anda mungkin membuatkan seseorang SENGSARA Seumur hidup dan anda tahu bahawa Dosa sesama manusia hanya akan terhapus dengan kemaafan dari mereka yang TERANIAYA...

1. Sebagaimana di atas, itulah yang saya Postkan di laman Facebook saya dan pendangan tersebut nampaknya mendapat perhatian dan pelbagai reaksi dari pelbagai golongan. Tidak kurang juga ada yang mengaitkan perkara tersebut (penganiayaan) tersebut berlaku pada diri Pemikir. Biarlah pemikir memberikan sedikit pencerahan terhadap perkara tersebut.

2. Perkara tersebut alhamdulillah setakat ini tidak berlaku pada diri Pemikir. Adapun yang berlaku, ianya tidaklah sampai menyebabkan Pemikir sengsara seumur hidup, dan telah pun Pemikir maafkan. Adapun perkara itu timbul di saat berbicara dengan rakan yang berhasrat untuk menjadi sesorang yang berpengaruh atau pemimpin pada suatu hari nanti.

3. Tiba tiba terlintas di fikiran Pemikir bahawa tanggungjawab tersebut amat besar dan menakutkan Pemikir. Sebagaimana cita cita pemikir dahulu hendak menjadi seorang Peguam, selepas itu ianya terkubur kerana perasaan takut akan membela orang yang Salah dan 'menganiaya' pihak yang benar. Adapun peringatan tersebut hanyalah untuk ingatan diri Pemikir sendiri yang ada juga masanya terlintas untuk menjadi Pemimpin. Namun, itulah yang menjadi penghalang sebenar, kenapa hasrat tersebut di kuburkan. Seterusnya Pemikir sharekan di Facebook kerana berangapan ianya boleh memberikan peringatan kepada diri pemikir dan para pembaca.


4. Biarlah Pemikir menjadi orang biasa. Apa pun, memang benar seandainya berlaku kekhilafan dalam kita menjatuhkan hukum dan seterusnya hukuman atau keputusan yang kita buat itu menyebabkan orang itu tersiksa / sengsara seumur hidup, tentunya kita tidak akan senang di dunia dan pastinya juga akan dituntut di akhirat. Pastinya kita semua sedia maklum bahawa Dosa sesama manusia hanya akan diampunkan Allah setelah mendapat keampunan dari orang yang teraniaya tersebut. Sebab itulah dikatakan bahawa, antara golongan pertama yang akan di HISAB di akhirat kelak adalah para pemimpin.

5. Begitu juga hal berkaitan HAK orang yang dinafikan atau dirampas, semuanya ini akan membawa kepada tuntutan di akhirat kelak. Ramai yang tidak sedar pada hari ini bahawa kenaikan pangkat, dapat kerja, jawatan dan lain lain yang mereka dapat bukan atas dasar kelayakan sebenarnya, sama ada sedar atau tidak MENAFIKAN atau MERAMPAS hak orang lain yang layak. Bukan sahaja penerima, pemberi juga akan dipertanggungjawabkan dalam hal ini.

6. Kepada mereka yang memang sedang berada di posisi yang dinyatakan. Berhati hatilah dalam membuat keputusan dan hukuman. Fikirlah lebih panjang dan nilailah faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut dengan baik. Berjaga jaga lah juga dengan pertimbangan yang akan di buat andai mereka yang terlibat ada dikalangannya sahabat baik, keluarga, sepupu sepapat, rakan senegeri dan sebagainya. Nilailah mereka yang sepatutnya bersandarkan kelayakan yang telah tersurat dan dinyatakan dan bukannya berteraskan hubungan dan kegemaran.

7. Bersandarkan reaksi balas yang diterima sama ada pada wall facebook atau PM inbox, ternyata perkara ini banyak berlaku di seluruh Malaysia. Kepada mereka yang terkena tempias perbuatan ini, diharap bersabar. Kerana kita ada hari akhirat untuk tebus segalanya.

8. Sebagai kesimpulan, janganlah memandang enteng akan tanggungjawab yang anda terima dan sedang laksanakan kerana ia akan membawa kepada laluan yang susah atau senang kita di hari akhirat nanti. Penganiayaan ini juga boleh membawa kepada KESENGSARAAN orang yang terlibat sepanjang hayat beliau. Tambah buruk lagi insan tersebut adalah tempat bergantung ramai orang di sekelilingnya. Harap Maklum

9. Sekali lagi Pemikir mengingatkan dengan penuh rasa rendah diri. "Tentunya anda tahu bahawa dosa sesama manusia itu hanya akan diampunkan Allah, setelah mendapat keampunan dari insan tersebut". Sekadar peringatan kepada diri sendiri... Mohon pandangan semua.


Oleh : Pemikir (www.suarapemikir.com)

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks