Thursday, June 6, 2013

ISRAK Mikraj Dan STEPHEN HAWKING


ISRAK Mikraj Dan STEPHEN HAWKING

1. Mungkin ramai yang tertanya tanya dengan tajuk yang Pemikir paparkan di atas. Apa kaitan mamat ini dengan peristiwa Israk Mikraj. Pemikir berpendapat kaitan Stephen Hawking dengan Israj Mikraj adalah lebih hebat dari umat Islam itu sendiri dalam banyak keadaan dan mungkin juga keyakinan dan penghayatan.  

2. Menyusuri gaya dan minat seorang saintis... Bidang yang mereka ceburi pastinya mempunyai asas yang kukuh untuk dilakukan. Stephen Hawking adalah antara orang yang berkata makluk asing itu wujud dan perkara utama yang menjadi teori beliau ketika ini adalah mengatakan masa itu boleh "ditunggang" atau "dipandu". Teori beliau mengatakan bahawa sekiranya kita menemui hujung setiap peristiwa maka kita boleh kembali atau ke hadapan dalam satu satu peristiwa dalam sekelip mata. Beliau mengibaratkan ianya seperti sehelai kertas yang hanya perlu dilipat untuk menuju hujung ke hujung berbanding kaedah biasa dengan menyusuri keseluruhan permukaan kertas tersebut untuk sampai kehujung yang satu lagi.

3. Mungkin ada pihak yang menganggap gaya pemikiran seperti Stephen Hawking ini gila. Namun, kepada mereka yang tahu dunia saitifik... pemikiran gila sebeginilah yang akan mencetuskan revolusi sebagaimana yang telah dilakukan oleh saintis terdahulu seperti Albert Einstain.

4. Apakah anda telah nampak persamaan yang Pemikir maksudkan. Sesuatu yang dianggap mustahil oleh akal manusia telah berjaya dilakukan oleh Nabi Muhamad SAW dalam hanya satu malam iaitu perjalanan menuju ke Sidratulmuntaha melepasi langit ke tujuh. Beliau adalah antara insan yang bukan Islam yeng tentunya bersetuju dengan peristiwa ini.

5. Sekiranya dirujuk kembali sumber pemikiran luar biasa Hawking, Pemikir amat yakin akan peristiwa Israk Mikraj ini adalah sumber inspirasi dan keyakinan beliau sehingga diterjemahkan dalam kajian yang beliau lakukan yang banyak berkaitan dengan masa dan LANGIT atau ANGKASA. Anda boleh membaca hal berkaitan saintis hebat ini dengan melayari internet. Banyak cerita yang terpapar berkaitan beliau.

6. Persoalan menarik untuk difikirkan oleh umat Islam sempena Israk Mikraj ini adalah;

 "Kenapa ramai orang yang bukan Islam telah mengkaji perkara perkara yang diceritakan oleh Islam dan Al Quran berbanding umat Islam Itu Sendiri"

7. Saya tinggalkan anda dengan persoalan itu untuk difikirkan bersama. 

8. Sekadar pandangan dan pendapat. "Selamat Menyambut Israk Mikraj...."

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks