Skip to main content

HARGA Proton Saga SV Serendah RM33,438

Proton hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Menurut sumber industri, model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888 menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini.

Sementara itu, varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum Proton, Mutiara Damansara, hari ini.

Hisham berkata, Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini.
Untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).

Sumber : PT

Sinar Pula Melaporkan...

KUALA LUMPUR - Syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, yakin varian baru Saga FLX, Proton Saga Super Value (Saga SV), akan meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat itu.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohd Khamil Jamil, menjangka syarikat itu dapat menjual 2,000 unit Saga SV sebulan disebabkan oleh peningkatan kualitinya dan penurunan harganya

"Sebagai permulaan, kami menjangkakan 2,000 unit sebulan, tetapi kami berharap dengan pakej yang kami tawarkan, iaitu pakej yang amat menggalakkan, jualan boleh meningkat kepada lebih 2,000 unit sebulan.

"Kami amat berharap penurunan harga dan peningkatan kualiti kereta ini, akan mewujudkan minat yang lebih tinggi terhadap varian FLX, dan meningkatkan nilai jenama Proton," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Saga SV di sini hari ini.

Beliau berkata pengenalan Saga SV akan membantu Proton meraih 30 peratus agihan pasaran bagi Saga dalam segmen B menjelang akhir tahun, daripada 24 peratus.

"Saga SV adalah manifestasi komitmen Proton untuk menyediakan ciri-ciri nilai bagi wang yang luar biasa lebih baik kepada rakyat Malaysia, termasuk ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan, kualiti yang lebih baik, praktikal, gaya yang lebih hebat dan kemampuan memilikinya.

"Ini juga merupakan sebahagian daripada usaha Proton untuk sentiasa memberikan nilai bagi wang yang lebih baik, dan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia, dan menyokong komitmen kerajaan untuk beransur-ansur menurunkan harga," tegasnya.

Kata Khamil, syarikat yang menyasarkan untuk menjadi nombor satu dalam kalangan peserta industri dalam tiga tahun akan datang itu merancang untuk membawa varian baru itu ke Indonesia dalam jangka terdekat ini kerana ia perlu memenuhi permintaan tempatan terlebih dahulu sebelum mengeksport.

Beliau berkata syarikat kereta itu juga merancangkan model gantian bagi semua rangkaian di bawah jenama Proton.

Saga SV yang berharga dari RM33,438, diupayakan oleh Campro IAFM 1.3 liter yang sama seperti Saga FLX, dan boleh didapati dalam bentuk transmisi manual dan  CVT automatik.

Varian baharu itu dipasang dengan, antaranya, roda keluli 13 inci, radio dengan pemain CD, sering kuasa, kawalan cermin sisi manual, signal membelok yang disepadukan dengan cermin sisi, beg udara berkembar dan tali pinggang keledar pra-regangan.

Saga SV yang dikeluarkan dalam enam warna -- soli wit, elegant brown, tranquility black, genetic silver, fire red dan blue rock - ditawarkan bersama jaminan selama tiga tahun atau jaminan pembuatan 100,000 kilometer. - Bernama

Comments

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Popular posts from this blog

Jom BELAJAR Bahasa Melayu SARAWAK

Bahasa Melayu Sarawak...
Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, belajar bahasa dari kaum dan masyarakat yang berbeza adalah menjadi satu 'kemestian' yang boleh membawa kepada ikatan yang lebih erat sesama kita.
Kali ini kita akan melihat sedikit sebanyak bahasa yang menjadi bahasa RASMI rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum yang berbeza.
Kepada mereka mereka (terutamanya guru guru) yang akan posting ke Sarawak bolehlah belajar sedikit sebanyak sebagai persediaan bagi memudahkan komunikasi bila tiba di sana nanti. Tidak kita Iban, bidayuh, Orang ulu, dayak, Melanau Cina, bidayuh dll... Bahasa Melayu Sarawak menjadi bahasa rasmi bagai semua kaum kaum ini...
1. Tedah - Kesian 2. Kepak - Letih 3. Kayokayo - Kehulu kehilir 4. Plente - Bergurau 5. Pozer - Peniru/ Ciplak 6. Gai / Ucak - Poyo 7. Ilek 1 - Rehat 8. Ilek 2 - Sabar 9. Dolok - Dulu 10. Agik - Lagi 11. Nok ya - Yang itu 12. Madah/ Padah - Bagitahu

Rahsia TERSEMBUNYI Waktu Solat Yang 5 (Fakta Menarik)

1. Ada pun pada mereka yang berfikir. Maka tidak Allah jadikan sesuatu itu hanya sia sia dan pasti ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan kepada hambanya yang berfikir dan yakin kepada Allah.
2. Makan hal ini tidak lah di sia siakan oleh orang tua tua dahulu apabila menyatakan waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran dan istilah 'PANTANG' telah diguanakan untuk tidak  berada di luar rumah malah menutup pintu dan jendela pada waktu sebagini.
3. Mungkin beranggapan mereka lebih moden dan lebih saintifik dari orang dahulu. Masyarakat pada hari ini telah mengabaikannya malah sesetengah memperlekehkan 'amaran' dan teguran ini. 
4. Mari kita pandang hal ini sedikit lari dengan sudut sains semata mata.

DIVIDEN HEBAT Simpanan ANDA : Pinjaman ASB Vs Simpan SENDIRI ?

1. Awal Tahun 2013 ni Ramai rakan rakan Pemikir berbicara tentang Dividen Hebat daripada simpanan masing masing dan kebanyakan mereka adalah penyimpan Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Maklumlah, PNB Mengumumkan bahawa dividen ASB tahun 2012 adalah tertinggi dalam masa 5 Tahun. 
2. Namun Setelah berbicara sekian lama, kebanyakan mereka sebenarnya membuat pinjaman ASB dari beberapa bank seperti CIMB, Maybank dan yang terbaharu RHB Bank. Maka Pemikir melakukan sedikit penyelidikan berkaitan hal ini (loan ASB), dan dalam banyak banyak pembacaan Pemikir, Artikel oleh Blog Berita Semasa sebagaimana tercatat dibawah ini adalah yang paling munasabah dan bersandarkan fakta yang benar serta perlu diberi perhatian oleh para peminjam atau mereka yang berhasrat untuk meminjam sebagaimana Pemikir. 
3.  Melakukan sedikit pembacaan (kajian) terhadap apa yang cuba dilakukan adalah langkah terbaik sebelum kita meletakkan WANG (Duit) kita kepada risiko risiko yang ada dalam pasaran. Oleh itu luangkanlah …