Skip to main content

CERITA Seorang Anak MELANAU (Episod 5)

Musim udang dan Hasil laut

Proses mengasingkan udang
Sebelum bercerita berkaitan sekolah, satu lagi musim yang menjanjikan nikmat sebagaimana di atas (musim menuai) adalah musin ikan, udang atau obor obor yang lebih dikenali sebagai 'dakah’dalam bahasa melanau. Pada musim ini sebagaimana anda dapat saksikan dalam gambar di atas, aku mengambil peluang untuk mengambil upah mengasingkan udang yang tetunya bercampur dengan sampah atau bendasing yang lain ketika diangkat dari dasar laut. RM 1 untuk satu tin besar (tin Gula atau crakers) bukanlah sesuatu kerja yang mudah, tambahan lagi terdapat banyak bedasing atau udang berduri yang nilai ekonominya kurang atau dikenali sebagai 'Dedurik' dalam bahasa melanau. 

Mengupas Udang
Selain mengasingkan udang aku juga boleh mengambil upah mengupas atau membuang kulit udang tersebut untuk dibuat udang kering yang memberikan nilai tambah kepada harga udang kepada nelayan. Dengan upah RM 0.10 untuk satu tin susu (cap junjung / cap teko), kerja ini juga bukannya sesuatu yang mudah, terutamanya apabila terpaksa bersaing dengan warga tuan yang memang telah biasa dengan kerja mengupas kulit udang dan mereka jauh lebih laju berbanding saya. hehehe... asalkan dapat dah la. Tak kira lah sepuluh sen atau dua puluh sen..
Proses menyalai udang 
Setelah mengupas udang tersebut proses menyusun udang di atas 'babat' dilakukan sebelum ia dilayorka di sebelah api dari kayu bakau yang akan memberikan rasa yang sangan sedap kepada udang kering ini. Udang kering ini dipanggil 'kupas telad' dalam bahasa melanau atau sesar unjur dalam bahasa melayu sarawak. Udang kering jenis ini merupakan produk utama kampung kampung yang ada di Pulau Bruit. 

Udang ini menjadi kegemaran penduduk tempatan untuk pelbagai masakan dan tidak kurang juga di makan seperti snek bersama sagu dan teh o panas. Juga tidak ketinggalan dimakan dengan dengan nira nipah atau 'tuak' bersama sagu. 

Sesar Unjur
Walaupun ada musim ikan seperti musim ikan bawal, ikan belanak dan sebagainya. Tidak banyak yang aku boleh lakukan memandangkan nelayan menjual terus hasil mereka kepada pemborong. Namun berkat ada saudara yang menjadi nelayan, keluarag aku turut boleh merasa nikmat ikan segar sekali sekala pada musim ini tanpa perlu membayar mahal dan ada kalanya boleh mendapatkannya dengan percuma. Alhamdulillah... kalau mengharapkan untuk membeli... agak sukar bagi keluraga saya pada masa itu...

Memotong kepala ikan lumek
Tidak ketinggalan juga musim 'ikan lumek' yang banyak memberikan pendapatan kepada penduduk. Walaupun kerja dan proses untuk memproses ikan ini adalah leih kepada kaum wanita, tetapi itu bukan halangan untuk aku turut serta. Ikan ini akan dipotong kepalanya sebelum di salai dan kemudian dijemur sebelum dijual sebagaimana dalam gambar.




menyalai ikan lumek

Musim obor obor antara musim yang dinanti nanti selain musim menuai padi sepuri seperti yang telah diceritakan sebelum ini. Pada musim ini aku berpeluang untuk ‘mengikis bubur’ istilah melanau bagi tindakan membuang lapisan merah pada badan obor obor merah untuk di proses dengan tawas dan garam. Obor obor saiz AAA (paling besar) bolehlah mendapat upah RM 0.50 satu obor obor, manakala saiz lain adalah sepuluh obor obor bersamaan dengan RM 0.10 yang pastinya memerlukan 10 obor obor untuk mendapat RM 1.00. Berperang dengan kegatalan obor obor, kerja tetap dilakukan demi mendapatkan wang saku. Kemahiran dan kepantasan sangat memainkan peranan dalam semua proses ini kerana kita terpaksa bersaing dengan orang lain.

Mungkin anda tidak tahu bahawa bahagian bawah obor obor merah atau dikenali sebagai 'tangan' obor obor mempunyai rasa yang sangat sedap setelah melaui proses pengawetan dengan garam. Harganya juga bukanlah murah iaitu sekitar RM 8 sekilo yang tentunya mahal untuk satu benda basah. Setelah di basuh dengan air panas jumlah sekilo menjadi sangat sedikit kerana tangan obor obor ini akan mengecut. Tak tahu kan ... hehehe

Sebagaimana sebelumnya, musim ikan dan udang ini juga menimbulkan pelbagai kerenah kepada kami yang masih berada di sekolah rendah. Sekiranya hasil nelayan adalah banyak dan memerlukan tenaga kerja yang lebih, makan, ramailah pelajar sekolah rendah yang tidak menghabiskan persekolahan pada hari tersebut untuk membantu keluarga. Guru sekolah serba salah apabila berhadapan dengan warga kampung pada masa itu kerana kalau tidak dibenarkan balik, nanti hasil yang diperolehi akan busuk dan kehidupan keluarga semakin susah. Pastinay serba salah kan...

Itulah hahikatnya kehidupan di kampung aku pada masa kecil...

Comments

  1. bestnye tempat ko ujay

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka <<< 2722 >>> alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 475
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






      KLIK DISINI 2D-3D-4D-5D-6D-




      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos











      Delete
  2. Nang best lh.. ada ketenangan di sia....

    ReplyDelete
  3. Obor2 nang mahal bila dh di polah masin....bila musin obor2 lumayan...

    ReplyDelete
  4. Blogger Suara Pemikir.,mcmni cara kmk mok bhubung dgn orang nok molah sesar unjur ,molah lumek ya kah? boleh berik contact number sik?? hubungi saya di aquaponic.cultures@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh join Facebook "Pendokong Pembangunan Pulau Bruit (3pb)" https://www.facebook.com/groups/366510103361774/

      Delete
  5. Elow kpd pemunya blog tok,kitak da x contact no cdak nok molah salai ikan lumek tok?mun da email kmek no nya d melinda.xavier738@gmail.com..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh join Facebook "Pendokong Pembangunan Pulau Bruit (3pb)" https://www.facebook.com/groups/366510103361774/

      Delete
  6. wow.... nice post. i like this blog.
    i have blog which have free download full Hollywood, Bollywood, Hollywood movies in Hindi

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Popular posts from this blog

Jom BELAJAR Bahasa Melayu SARAWAK

Bahasa Melayu Sarawak...
Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, belajar bahasa dari kaum dan masyarakat yang berbeza adalah menjadi satu 'kemestian' yang boleh membawa kepada ikatan yang lebih erat sesama kita.
Kali ini kita akan melihat sedikit sebanyak bahasa yang menjadi bahasa RASMI rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum yang berbeza.
Kepada mereka mereka (terutamanya guru guru) yang akan posting ke Sarawak bolehlah belajar sedikit sebanyak sebagai persediaan bagi memudahkan komunikasi bila tiba di sana nanti. Tidak kita Iban, bidayuh, Orang ulu, dayak, Melanau Cina, bidayuh dll... Bahasa Melayu Sarawak menjadi bahasa rasmi bagai semua kaum kaum ini...
1. Tedah - Kesian 2. Kepak - Letih 3. Kayokayo - Kehulu kehilir 4. Plente - Bergurau 5. Pozer - Peniru/ Ciplak 6. Gai / Ucak - Poyo 7. Ilek 1 - Rehat 8. Ilek 2 - Sabar 9. Dolok - Dulu 10. Agik - Lagi 11. Nok ya - Yang itu 12. Madah/ Padah - Bagitahu

Rahsia TERSEMBUNYI Waktu Solat Yang 5 (Fakta Menarik)

1. Ada pun pada mereka yang berfikir. Maka tidak Allah jadikan sesuatu itu hanya sia sia dan pasti ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan kepada hambanya yang berfikir dan yakin kepada Allah.
2. Makan hal ini tidak lah di sia siakan oleh orang tua tua dahulu apabila menyatakan waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran dan istilah 'PANTANG' telah diguanakan untuk tidak  berada di luar rumah malah menutup pintu dan jendela pada waktu sebagini.
3. Mungkin beranggapan mereka lebih moden dan lebih saintifik dari orang dahulu. Masyarakat pada hari ini telah mengabaikannya malah sesetengah memperlekehkan 'amaran' dan teguran ini. 
4. Mari kita pandang hal ini sedikit lari dengan sudut sains semata mata.

DIVIDEN HEBAT Simpanan ANDA : Pinjaman ASB Vs Simpan SENDIRI ?

1. Awal Tahun 2013 ni Ramai rakan rakan Pemikir berbicara tentang Dividen Hebat daripada simpanan masing masing dan kebanyakan mereka adalah penyimpan Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Maklumlah, PNB Mengumumkan bahawa dividen ASB tahun 2012 adalah tertinggi dalam masa 5 Tahun. 
2. Namun Setelah berbicara sekian lama, kebanyakan mereka sebenarnya membuat pinjaman ASB dari beberapa bank seperti CIMB, Maybank dan yang terbaharu RHB Bank. Maka Pemikir melakukan sedikit penyelidikan berkaitan hal ini (loan ASB), dan dalam banyak banyak pembacaan Pemikir, Artikel oleh Blog Berita Semasa sebagaimana tercatat dibawah ini adalah yang paling munasabah dan bersandarkan fakta yang benar serta perlu diberi perhatian oleh para peminjam atau mereka yang berhasrat untuk meminjam sebagaimana Pemikir. 
3.  Melakukan sedikit pembacaan (kajian) terhadap apa yang cuba dilakukan adalah langkah terbaik sebelum kita meletakkan WANG (Duit) kita kepada risiko risiko yang ada dalam pasaran. Oleh itu luangkanlah …