Friday, May 17, 2013

KENALI Ketua POLIS Negara Yang Baharu : Tan Sri KHALID Abu Bakar


Biodata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Biodata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar | Tan Sri Khalid Abu Bakar menggantikanTan Sri Ismail Omar, yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak. Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, pelantikan Bakri Zinin juga berkuat kuasa tarikh sama.
“Selaras peruntukan Perkara 140 (4) dan Perkara 140 (5) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan dua pelantikan jawatan khas itu berkuat kuasa 17 Mei,” katanya.

Tan Sri Khalid Abu Bakar lahir pada 1957 adalah Ketua Polis Negara Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 17hb Mei 2013, menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak. Datuk Seri Mohd Bakri Zinin menjadi timbalannya.

Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 April 2011. Perlantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Husin Bin Haji Ismail yang akan bersara wajib. Tan Sri Khalid memegang jawatan sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan pernah memegang jawatan Ketua Polis Selangor sebelum ini.

Awal Penglibatan
Tan Sri Khalid yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976.

Ketua dalam PDRM 
Tan Sri Khalid pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti-Narkotik Kedah pada 1997. Enam tahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang dan pada tahun yang sama dilantik Ketua Polis Daerah Kuantan.

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan pada Jun 2007 sebagai Ketua Polis Selangor.

Pada 2010, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara setahun kemudian.

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Kembali BERSUA

Sudah lama rasanya Pemikir tidak menulis di laman ini. Masa menjadi penghalang antara pemikir dan Blog Suara Pemikir. Dalam kesibukan ...