KENALI Tanda TANDA Bahawa Anda Sedang KETAGIHAN Internet
Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ketagihan internet. Apabila sudah ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun,berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba.
Hindarilah ketagihan internet agar kesihatan anda terjaga dengan baik dan aktiviti harian anda tidak terganggu. Ia juga akan melibatkan prestasi kerja anda akan terganggu.
Berikut bolehlah dikatakan sebagai tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.
1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.