SENIBINA Moden Yang MENAKJUBKAN Di Seluruh DUNIA (19 Gambar)



1. Ferrari World, Abu Dhabi, United Arab Emirates


Ferrari World adalah taman tema Ferrari yang terletak di Yas Island, Abu Dhabi. Merupakan taman tema terbesar di dunia, ianya dibina dengan bumbung yang berkeluasan 200, 000 meter persegi dan menelan belanja sebanyak 40 billion US Dollar. Mula dibina pada tahun 2008 dan siap dalam masa dua tahun, taman tema ini menempatkan Formula Rossa, roller coaster terpantas di dunia.

____________________________________________________________

2. Museum of Islamic Art, Doha, Qatar

Dengan rekaan seperti kiub-kiub yang disusun antara satu sama lain, Muzium Kesenian Islam di Qatar ini mengumpulkan antara koleksi seni Islam yang terbesar di dunia. Bangunan yang berkeluasan 46,450 meter persegi ini mula dibina pada tahun 2005 dan siap pada 2008. Arkitek yang bertanggungjawab mereka bangunan ini, I.M Pei, menjelajah seluruh Timur Tengah selama 6 bulan untuk mendapatkan inspirasi. Kos keseluruhan projek ini bernilai 47.7 juta US Dollar.

______________________________________________________________

3. Burj Khalifa, Dubai, United Arab Emirates

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, menara tertinggi di dunia ini merupakan tarikan pelancong paling popular di Dubai. Menara 163 tingkat dengan ketinggian 830 meter ini bernilai 1.5 billion US Dollar dan mula dibuka pada tahun 2010 lalu, setelah tergendala buat seketika akibat krisis kewangan.

_______________________________________________________
4. Infinity Tower, Dubai, United Arab Emirates

Dalam kebanyakan projek mega di Dubai yang dirancang sebelum krisis kewangan 2008, menara ini merupakan antara projek yang berjaya disiapkan walaupun tergendala buat seketika. Menara setinggi 80 tingkat ini merupakan menara lingkaran tertinggi di dunia (330 meter tinggi) dan antara ciri menarik padanya ialah ianya dibina tanpa menggunakan tiang pada mana-mana bahagian dalam menara ini. Bernilai 190.5 juta US Dollar, ianya mula dibina pada 2006 dan dijangka siap akhir tahun ini.

______________________________________________________________

5. World Trade Center, Bahrain

Dibina dengan dua buah menara yang disambungkan melalui tiga jejantas (sky bridge), World Trade Center di Bahrain ini merupakan menara pertama di dunia yang menampilkan turbin angin pada reka bentuknya. Menara yang berbentuk seperti layar ini mampu menjana elektrik dengan menggunakan kuasa angin. Mula dibina pada 2004 dan mengambil masa empat tahun untuk siap, kos keseluruhan projek ini bernilai 150 juta US Dollar.

_______________________________________________________________

6. Abraj Al-Bait Towers, Mekah, Arab Saudi

Menara yang juga dikenali sebagai Mecca Royal Hotel Clock Tower ini dibina berhadapan dengan Kaabah. Menara utamanya lebih besar berbanding Elizabeth Tower yang menempatkan Big Ben di London dan dilengkapi dengan dek pemerhati di bawah jam besar di samping ruang solat yang mampu memuatkan 10,000 jemaah. Menara berketinggian 600 meter dengan 120 tingkat ini mula dibina pada 2004 dan siap pada tahun lalu. Keseluruhan projek bernilai 15 billion US Dollar.

______________________________________________________________

7. The Chedi Muscat, Muscat, Oman

Berbanding dengan projek-projek mega lain di Timur Tengah yang kelihatan megah dan mengagumkan, Chedi Muscat ini menarik perhatian dengan senibinanya yang kelihatan sangat serasi dengan suasana persekitarannya. Hotel di tepi pantai ini dibina dengan beberapa buah bangunan yang turut menempatkan taman-taman mewah. Pada bahagian pusat hotel ini terdapat lobi dilengkapi khemah setinggi 12 meter yang mendapat inspirasi daripada khemah orang Badwi di tengah gurun. Hotel 160 bilik ini menelan belanja sebanyak 25 juta US Dollar dan siap pada tahun 2010 lalu.

______________________________________________________________

8. Bank Muscat, Muscat, Oman

Bank terbesar di Oman ini menampilkan senibina yang diinspirasi daripada gabungan senibina Islam dan moden. Antara ciri menariknya ialah hiasan skrin putih yang dibina pada bahagian facade bangunan. Corak bunga geometri yang terdapat padanya membenarkan pencahayaan semulajadi sambil menyejukkan bahagian dalam bangunan. Bangunan pejabat berkeluasan 32,500 meter persegi ini menelan belanja sebanyak 57.2 juta US Dollar dan siap dibina dalam jangka masa dua tahun. Melihat bangunan ini mengingatkan saya pada pusat Islam UiTM Seri Iskandar. Ada la sikit-sikit, haha.

_____________________________________________________________

9. King Abdullah Petroleum Studies and Research Center, Riyadh, Arab Saudi

Kompleks moden dan futuristik ini direka oleh arkitek terkenal Zaha Hadid. Apa yang menariknya tentang projek ini adalah konsep rekaannya yang dinamik di mana ianya mampu untuk dikembangkan dan diubah suai pada bila-bila masa apabila perlu. Di bawah bumbung keluli yang besar tersebut terdapat courtyard yang memberikan perlindungan daripada haba matahari. Projek ini dianggarkan bernilai 11.5 billion US Dollar dan mula dibina pada tahun 2009. Struktur berkeluasan 65,000 meter persegi ini dibangunkan oleh Aramco, syarikat tenaga terbesar di dunia

______________________________________________________________

10. Aldar Headquarters, Abu Dhabi

Bangunan berbentuk seperti duit syiling yang terletak di Abu Dhabi ini merupakan bangunan berbentuk bulat pertama yang dibina di Timur Tengah. Mendapat anugerah "Best Futuristic Design" di persidangan The Building Exchange (BEX) di Sepanyol, rekaannya dibina menggunakan grid keluli berpenjuru yang membolehkannya dibentuk sedemikian rupa. Bangunan ini siap dibina Januari 2010 yang lalu.

Sumber :

4 comments:

  1. Sungguh indahnya. jadi kepingin untuk berkunjung

    ReplyDelete
  2. Sungguh pemandangan yang indah dan menelan banyak biaya. Rasanya ingin saya menginjakan kaki ditempat tersebut.

    ReplyDelete
  3. Sekali lagi, kenapa Dubai banyak diberi perhatian?, segala yang hebat ada di Dubai

    ReplyDelete
  4. Teringat semasa menghadiri persidangan di Arab Saudi, cara pemimpin Arab Saudi berfikir agak luar biasa berbanding kebiasaan kita yang mahu segalanya dilakukan secara cekap dan efisien. Tetapi tidak di Arab Saudi, mereka akan terus melabur dan jalankan projek mega selagi ada duit, mereka "cash rich" seperti tidak berfikir untuk berjimat cermat, hanya to spend more and more for expansion and more expansion.

    ReplyDelete

AIK... Baca Je / Tengok Je...
Tinggallah KOMEN Sikit Untuk Kenangan Dan TANDA Sokongan Kepada Suara Pemikir Untuk Terus Berkarya dan Mencari Bahan MENARIK Untuk DIKONGSI Seterusnya.

Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis