Sunday, April 21, 2013

CERITA Seorang Anak MELANAU (Episod 1)

Gambar Hiasan
Kejayaan aku bukanlah sehebat mana berbanding kebanyakan orang hari ini. Aku tidak sekaya mereka, aku bukan terkenal sebagaimana mereka, tetapi aku berjaya melangkah jauh dari mana aku bermula walaupun sesetengah beranggapan bahawa itu hanyalah satu permulaan atau sesuatu yang dianggap BIASA bagi mereka dan bukannya KEJAYAAN. Apa pun, kejayaan itu adalah subjektif...

Pun begitu, Aku seorang anak Melanau dan aku berbangga menjadi anak Melanau. Aku bangga dengan kejayaan beberapa anak Melanau tetapi aku lebih bangga bahawa aku boleh menyebabkan anak Melanau yang lain berbangga dengan aku sebagaimana aku bangga dengan anak melanau yang lain.

Tidak banyak cerita hebat yang boleh aku ceritakan sebagai seorang yang muncul dari tengah rimba dan dari arena yang terpencil dari pembangunan dan kemajuan dan ianya bukan hanya kepada infrastruktur tetapi juga dari segi pemikiran.


Kenapa aku berkata sedemikian.? Kami terasing tanpa jalan raya dan air bersih. Dan, cuba anda Bayangkanlah betapa jauhnya kejirananku ketinggalan (dari sudut minda) dengan kekal utuh ungkapan keramat seperti ini;

"Sambung belajar itu hanya membuang duit, lebih baik kerja je lepas SPM, boleh tolong keluarga". 

Bukan mudah untuk anak melanau ini untuk memecahkan kepompong yang telah membaluti kejiranan ini sejak zaman berzaman. Biarlah saya ceritakan sedikit. Sewaktu saya hendak menyambung pelajaran di peringkat universiti, lebih ramai menentang dari menyokong. Keluarga saya terpaksa menjual tanah untuk tujuan itu namun semangat saya hampir diragut apabila ada keluarga kaya terpaksa menolak tawaran belajar dengan alasan mereka YAKIN mereka tidak akan dapat menampung pelajaran.

Masih terngiang ngiang ditelinga saya. 

"Adak melo mey pelok rm 6-7 Ribu wang agem, nak maq. Mulik kampung dagen aroh mo nah"

Itu adalah ungkaan dalam bahasa melanau oleh keluarga KAYA tersebut yang terkenal memiliki ratusan ribu dalam simpanan sekitar tahun 1997. Anda boleh bayangkan. Hehehe... sory... biar saya terjemahkan apa maksud ungkapan tersebut...

"Kalau korang tak ada Rm 6-7 Ribu dalam tangan tak payah nak cuba (masuk Universiti). Kang balik kampung setengah jalan"

Usah nak kata Rm 6-7 ribu. rm 500 pun keluarga saya tak ada pada masa tu. Saya ringkaskan dan akan saya ceritakan lebih lanjut secara detail nanti.... Sabar...

Kepompong mana? kejiranan mana? Apa ceritanya? siapa? kenapa? dan bagaimana?

Biarlah aku berikan sedikit gambaran akan penceritaan yang akan diluahkan oleh anak Melanau ini. 

1. Ianya akan bermula dari zaman kanak kanak
   Pengalaman yang tentunya berbeza dengan anda yang duduk di bandar atau kampung   yang telah dijengah kemajuan.

2. Zaman sekolah rendah
    Mungkin sesuatu yang anda tidak pernah fikirkan untuk anda lalui, malah anda akan terkejut dengan pengalaman ini yang boleh dianggap pengalaman zaman silam orang tua anda. Tetapi atas naman kemunduran saya merasainya sendiri.

3. Zaman sekolah Menengah
   Zaman yang mencatatkan banyak kenangan duka yang merubah hidup saya.

4. Seterusnya ke peringkat Universiti
   Yang merupakan sesuatu yang ASING. Tiada pengalaman sama ada pada diri saya atau orang keliling saya. Saya redah...dugaan, cabaran, berjaya atau gagal

5. dan sekiranya berkesempatan, alam kerjaya.

Mungkin ramai yang tertanya tanya kenapa saya perlu menceritakan semua ini.?

Ianya bermula apabila MEREKA yang ada di sekeliling saya sering membandingkan diri mereka dengan rakan rakan yang senasib dan sehina diri saya ini. Persoalan yang saya mohon anda fikirkan ialah;

1. Adalah adil membandingkan keuntungan RM1000 yang anda dapat dengan modal Rm1000 adalah lebih BERJAYA berbanding keuntungan RM 500 yang saya buat dengan modah RM 50.

2. Adakah adil untuk mengatakan anda berjaya dalam larian 100 meter kerana sampai di garisan penamat terlebih dahulu sedangkan anda bermula 50 meter di hadapan saya.

Kepada mereka yang senasib dengan saya iaitu, bermula dengan keadaan yang sangat susah. saya nasihatkan agar terus tabah. Biarlah mereka kata kita tidak berjaya... tetapi kita cukup berjaya dimata keluarga dan orang sekeliling tempat asal kita. Jangan lupakan mereka dan teruskanlah berbakti kepada mereka. Ikuti kisah ini seterusnya semoga ia dapat mengubat duka anda dan saya.

BERSAMBUNG... (selepas PRu 13 Lah Ye)

Apakah anda semua berminat untuk Mengetahui Cerita Seorang Anak MELANAU Seterusnya?

8 comments:

  1. :) menarik .. rinuk tan mbaca .. samah mk sngan , ko masuk u sbey , terlalu idak nawan membangkang, sehingga mak n apak ko putus asa .. sehinggalah Allah tujuh aroh ko knan masuk U. Alhamdulillah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah,tahniah untuk anda ,mengangkat nama MELANAU.

      Delete
    2. Alhamdulillah... Tumpang Bangga dan Gembira atas kejayaan anda....Zaman kamek Sabei ekah Fail Darjah xkeban keeh kinan Untung Lo jemanak ubas eh..Peluang pendidikan terbentang luas.

      Delete
    3. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka <<< 2722 >>> alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 475
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






      KLIK DISINI 2D-3D-4D-5D-6D-




      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos











      Delete
  2. Teruskan naken........nilai kejayaan..... kita lebih tahu tinggi-rendahnya....berbanding mereka yg hidupnya disaluti kemewahan sejak melihat dunia......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sokong anak bangsa kita setakat yg kita terdaya,wang ringgit,tenaga,kata2 semangat,berdoa,

      Delete
  3. tahniah ,apapun teruskan perjuangan anda,alhamdulillah.
    sekurang saya pun kena tempiasnya juga.kan gitu.
    anak tuo melanau keman SARAWAK ubak nawan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Kembali BERSUA

Sudah lama rasanya Pemikir tidak menulis di laman ini. Masa menjadi penghalang antara pemikir dan Blog Suara Pemikir. Dalam kesibukan ...