Friday, April 26, 2013

KEINDAHAN Dunia TERSEMBUNYI ; Subhanallah...


Melangkah ke gua-gua semulajadi ternama di dunia ibarat 'syurga' untuk para pelancong dan peminat alam semulajadi.

Ikuti keindahan gua-gua dan tasik-tasik di dalam gunung yang sungguh menakjubkan.


Thursday, April 25, 2013

PRU 13 ; Replika BERKEMPEN Yang MENARIK Perhatian



PRU 13 ; Replika BERKEMPEN Yang MENARIK Perhatian
Ragam yang menarik bersempena kempen PRU 13 yang bakal menjelang tiba tarikh pengundiannya pada 5 Mei 2013

Lihat sendiri kesemua 21 Gambar yang menarik perhatian ini. Ianya pasti menambahkan kemeriahan PRU 13. Hindari kekerasan dan keganasan.

Wednesday, April 24, 2013

PENERIMA Cenderahati KEDUA Dari Suara Pemikir Buat...



Cenderahati KEDUA Dari Suara Pemikir Buat Pija sebanyak RM 30.00 telah selesai di kreditkan ke akaun beliau setelah beliau memberikan buturan yang diperlukan. Cenderahati ini adalah atas pengumuman terdahulu (Klik Di SINI) dan cenderahati pertama adalah milik Leeza iaitu wang tunai RM 50.00 (klik Di sini)

TAHNIAH dan Teruskan Menyokong Blog Suara Pemikir. Semua pembaca berpeluang memenangi wang tunai hanya dengan menjadi mereka yang memberikan komen terbanyak di Suara Pemikir. Namun, komen tersebut hendaklah berkualiti.
Harap Maklum


UniSZA Jadi Universiti ISLAM Terbaharu Malaysia

Unisza jadi universiti Islam

Setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah (tiga, kanan) berbual bersama Presiden MPP Unisza), Muhammad Marzuqi pada sesi lawatan beliau ke universiti berkenaan.

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) akan tersenarai sebagai universiti Islam ketiga di negara ini, selain Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, pengiktirafan kepada Unisza sebagai universiti Islam berdasarkan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan universiti berkenaan sebagai universiti Islam.

PRU 13 Dan GELAGAT Artis POPULAR Berkempen (12 Gambar)

Persatuan Artis, SENIMAN

Stacy and Adam

PRU 13 Dan GELAGAT Artis POPULAR Berkempen
Dikongsikan beberapa ragam artis pada PRU 13 kali ini.
Ada yang sekadar berkempen dan tidak kurang juga yang menjadi calon. Apakah sesuai artis menjadi ahli Politik segera? Apa pendapat anda.?

Tuesday, April 23, 2013

TRANFORMASI Sungai Yang MENAKJUBKAN Di Korea (10 Gambar)

Terletak di pusat kota, sungai itu juga mampu menarik minat para pelancong tempatan dan luar negara. Cheonggyecheon benar - benar menawarkan daya tarikan tersendiri.

Suasananya cukup tenang walau di atasnya berlalu-lalang beragam kenderaan bermotor. Sisi kiri dan kanan sungai itu disediakan laluan khas untuk pejalan kaki, sehingga mereka dapat merasakan secara langsung kesejukan udara sekaligus mendengarkan aliran air yang menyegarkan. Walaupun tidak boleh diminum, namun air di sungai ini sangat jernih.

Sungai sepanjang hampir 6 km ini dahulunya sangat kotor, bahkan pernah menjadi jamban dan tempat membuang sampah bagi kebanyakan orang. Menurut laman pemerintah Seoul, setelah Perang Korea (1950-1953), Cheonggyecheon menjadi lokasi penempatan kaum pendatang yang ingin mengadu nasib di ibukota.

Pada dekad 1970-an, Cheonggyecheon berubah fungsi menjadi salah satu simbol "modernisasi" Korea Selatan. Sungai itu dipenuhi banyak tiang konkrit untuk pembangunan jalan bertingkat. Pelbagai pencemaran berlaku sehinggakan air sungai itu tidak dapat mengalir.

KANTOI Mencuri... Setengah MATI Dibelasah Orang RAMAI



KANTOI Mencuri... Setengah MATI Dibelasah Orang RAMAI
Ditangkap orang ramai dan dibelasah setengah mati sebelum polis sampai. Itu pun nasib baik polis cepat sampai. Kalau tidak memang naya mamat ni. 
Apa Lagi... Kena La...

Monday, April 22, 2013

PENERIMA Cenderahati PERTAMA Dari Blog Suara PEMIKIR



PENERIMA Cenderahati PERTAMA Dari Blog Suara PEMIKIR

Alhamdulilah... 

Kemalangan MELUCUKAN Para ASKAR Di Seluruh DUNIA


Kemalangan MELUCUKAN Para ASKAR Di Seluruh DUNIA

Saksikan sendiri VIDEO Di Bawah

SEMAK Daftar Dan Kawasan MENGUNDI Anda


SEMAK Daftar Dan Kawasan MENGUNDI Anda 
Jangan lupa semak daftar mengundi di laman web SPR untuk mengetahui dimana anda akan mengundi. InsyaAllah tahun ini akan sekali lagi menunaikan Tanggungjawab kepada diri, negara, agama, bangsa masyarakat. 

SELAMAT MENGUNDI MALAYSIA

Klik Alamat di Bawah utk Tujuan SEMAKAN

CERITA Seorang Anak MELANAU (Episod 2)

Kampung Penipah, Pulau Bruit

Kampung Penipah, Pulau Bruit pastinya asing buat anda semua. Namun disinilah catatan ini bermula. Kampung Penipah, Daro, Mukah, Sarawak, Malaysia hehehe adalah sebuah penempatan terpencil yang jauh dari suara pembangunan apatah lagi realiti pembangunan di bumi nyata. 

Terletak di sebuah pulau yang lebih sesuai dikenali sebagai sebuah delta di muara Sungai Rajang iaitu sungai terpanjang di Malaysia ini bukanlah satu tempat yang menjadi idaman mereka yang rindukan kemajuan. Tetapi pada saya, apa pilihan yang ada. Alhamdulillah... saya tetap bersyukur walaupun dalam serba kekurangan.

Di sini, pembangunan hanyalah sekadar mimpi indah bagi kebanyakan warganya. Namun, sedikit demi sedikit pada masa sekarang pembangunan mula menjalar masuk ke Pulau Bruit seiring dengan arus pembangunan global walaupun tidak setara dengan usia kewujudannya. 

Sunday, April 21, 2013

BAGAIMANA Seorang ABANG Membantu ADIKNYA


BAGAIMANA Seorang ABANAG Membantu ADIKNYA
Sebagai seorang dewasa pun, kemungkinan anda tidak pernah terfikir pun cara bagaimana seorang Abang dalam video ini membantu adiknya untuk menyeberangi longkang. 

SooooSweeet...

CERITA Seorang Anak MELANAU (Episod 1)

Gambar Hiasan
Kejayaan aku bukanlah sehebat mana berbanding kebanyakan orang hari ini. Aku tidak sekaya mereka, aku bukan terkenal sebagaimana mereka, tetapi aku berjaya melangkah jauh dari mana aku bermula walaupun sesetengah beranggapan bahawa itu hanyalah satu permulaan atau sesuatu yang dianggap BIASA bagi mereka dan bukannya KEJAYAAN. Apa pun, kejayaan itu adalah subjektif...

Pun begitu, Aku seorang anak Melanau dan aku berbangga menjadi anak Melanau. Aku bangga dengan kejayaan beberapa anak Melanau tetapi aku lebih bangga bahawa aku boleh menyebabkan anak Melanau yang lain berbangga dengan aku sebagaimana aku bangga dengan anak melanau yang lain.

Tidak banyak cerita hebat yang boleh aku ceritakan sebagai seorang yang muncul dari tengah rimba dan dari arena yang terpencil dari pembangunan dan kemajuan dan ianya bukan hanya kepada infrastruktur tetapi juga dari segi pemikiran.

Saturday, April 20, 2013

Pemikir KINI Mencuba ADVERTLETS Setelah Bersama NUFFNANG

Advertlets

Vs
 
Nuffnang

April 2013 adalah tempoh genapnya SETAHUN pemikir menceburi bidang Blog. Maka dengan ini juga, tempoh tersebut turut merujuk kepada tempoh genapnya setahun Pemikir setia bersama Nuffnang. Sudah tentu pendapatan bersama Nuffnang agak baik namun sasaran Pemikir adalah untuk mengetahui sejauh mana mana Blog Pemikir boleh menjana pendapatan dengan program IKLAN yang di sediakan di alam maya.

Oleh itu, adalah menjadi satu usaha yang baik Pemikir rasakan untuk mencuba beberapa syarikat terbabit dengan industri ini sebalum memutuskan untuk terus setia kepada syarikat mana pada tahun ke 4 nanti. Makanya, pada tahun kedua ini Pemikir berhasrat untuk mencuba dua 92) buah syarikat iaitu Advertlets dan Innity sekiranya berjaya pada akhir tahun ini.

KEJUTAN Awal PRU 13 Di Dua Kawasan

Pengumuman Kamilia jadi calon bebas beri kejutan besar

20 April 2013
Kamilia bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar sebagai calon Bebas. Beliau dipecat dari Umno secara automatik hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pengumuman Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar memberikan kejutan besar pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ekoran tindakannya itu, beliau dipecat daripada parti.

PRU 13 ; Tempoh KEMPEN PRU 13 Bermula



PRU 13 ; Tempoh KEMPEN PRU 13 Bermula

Berkempenlah dengan berhemah dan bijaksana. Jahuilah budaya samseng dan kekerasan yang telah terbukti memberikan kesan buruk pada negara, bangsa dan agama. Gambar; Tun Mahathir 'Lepak' di tepi longkang semasa mengiringi anaknya ketika penamaan calon di Jerlun siang tadi. Cayalah Tun M.


"Janganlah melampau di saat anda bergembira, kerana ia adalah bayangan anda ketika marah dan berduka"

Friday, April 19, 2013

PARODY Lagu Sayang 'BOBO' ; Dipersembahkan Kembali Oleh JOHAN


PARODY Lagu Sayang BOBO Dipersembahkan Semula Oleh JOHAN
Anda dinasihatkan dalam keadaan selesa untuk GELAK Pecah Perut
Saksikan sendiri Video Dibawah

AIR MATA Tun Mahathir Untuk BANGSANYA, Kenapa?


MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Thursday, April 18, 2013

Inilah JADINYA Kalau JURUTERBANG Jet PEJUANG Menerbangkan Pesawat KOMERSIAL


Juruterbang JET PEJUANG dengan juruterbang pesawat penumpang mempunyai skill yang SANGAT berbeza. Apa akan jadi kalau mereka ini diberi peluang untuk memandu pesawat penumpang (Boeing 787)?

Saksikan sendiri VIDEO di bawah.

Benarkah TIADA KALOGEN Dalam Rumpai LAUT ???

Sambil mencari bahan bacaan menarik di internet. Permikir terjumpa satu artikel yang agak menarik untuk dibaca memandangkan ianya adalah tren semasa dan satus atunya isu yang boleh menyaingi kehebatan PRU 13. Oleh itu Pemikir berhasrat untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian untuk menilainya sendiri.

Ianya adalah berkaitan dengan RUMPAI LAUT yang sering menjadi bualan para wanita terutamanya buat masa ini. Namun, Pemikir juga tidak menolak perkara sebegini timbul akibat persaingan perniagaan. 
__________________________________________________________________________
TIADA KALOGEN Dalam Rumpai LAUT

Wednesday, April 17, 2013

Kaedah PROFESIONAL Menangkap ULAR Dari AFRIKA (6 Gambar)


Kaedah PROFESIONAL Menangkap ULAR Dari AFRIKA
Jangan sekali kali tiru gaya ini tanpa latihan yang mencukupi.

ANALISIS Lengkap; KENALI Siapa Itu ANWAR IBRAHIM



ANALISIS Lengkap; KENALI Siapa Itu ANWAR IBRAHIM
Ramai yang bertanya, kenapa Pemikir sering menghentam Anwar Ibrahim, dan kenapa tidak TG Nik Aziz, Hadi Awang dll...

Biarlah Pemikir jawab dengan IKHLAS;
Orang yang pemikir rasakan tidak layak berada dalam arena kepimpinan negara dan politik Malaysia adalah; Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Badrul Amin, Azmin Ali, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Tian Chua. Sebagai Pemerhati bebas, Mereka mereka ini Pemikir kategorikan sebagai golongan yang akan merosakkan masa depan negara dan agama.

Manakala mereka yang Pemikir kagumi ialah seperti;

Monday, April 15, 2013

PERNAHKAH Anda Melihat Posisi MUTIARA ASLI Dalam Tiram (7 Gambar)


PERNAHKAH Anda Melihat Posisi MUTIARA ASLI Dalam Tiram
Lihatlah sendiri bagaimana kedudukan mutiara dalam tiram yang sebenar. Mungkin ini menjadi pengalaman menarik buat anda dan menambah pengetahuan am kita semua.

Pelbagai Kedudukan Mutiara Dalam Tiram

DUBAI ; Pembangunan Paling PESAT DI Dunia ( 1991 Hingga 2012 )


Duit bukan satu masalah bagai mereka yang berada di dubai terutamanya kepada pemerintah. Bandaraya Dubai mencatatkan rekod dunia sebagai bandaraya paling berkembang pesat dunia. Mana tidaknya, dalam tempoh tidak sampai dua dekad, ia berkembang menjadi sebuah kota metropolitan yang paling pantas di muka bumi. Dianggarkan satu per tiga daripada kren-kren pembinaan di seluruh dunia ini, terletak di bandaraya ini sahaja. Bayangkan betapa pesatnya pembangunan di sana.

Wednesday, April 10, 2013

LIMA (5) Aset TERMAHAL Tentera Amerika Syarikat (USA)

1. Northrop Grumman B-2 Spirit 

The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 buah kepada 21 sahaja. 

Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini). 

Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan. 

KENALI Samseng PEMBULI SMK Tun Hussein Onn PENANG


MAKLUMAT SALAH SEORANG PEMBULI SMK TUN HUSSIEN ONN PENANG | Inilah muka salah seorang pelajar yang dipercayai membuli ketua tingkatan dalam klip video bertajuk VIDEO KETUA TINGKATAN KENA BELASAH! yang sangat mengejutkan dan ganas di mana mereka telah beramai-ramai (lebih dari seorang) memukul pelajar yang tidak melawan dan tidak bermaya.

NAMA : IZZAT SYAFIQ BIN ABDULLAH

BLOG :
http://izzatashadiari.blogspot.com/

BBPIN : 2A9E01F1
SEKOLAH : SMK TUN HUSSIEN ONN

SILA SEBARKAN, SUPAYA BUDAK INI BERJAYA DIBERKAS DENGAN SEGERA! PDRM PON DAH KELUARKAN ARAHAN SURUH MANGSA BUAT REPORT. DENGAN TERSEBARNYA GAMBAR INI, IA AKAN MEMUDAHKAN KERJA PIHAK POLIS.

LAGI GAMBAR BUKTI Di Bawah:

Tuesday, April 9, 2013

AJAR Samseng INI Agar TIDAK Terus MENYUSAHKAN Orang LAIN


AJAR Samseng INI Agar TIDAK Terus MENYUSAHKAN Orang LAIN
Tindakan tegas harus dilakukan kepada samseng ini agar tidak terus menyusahkan orang lain di masa akan datang. Jangan biarkan perkara sebegini terus berleluasa kerana ia mungkin akan menyebabkan negara dan bangsa kehilangan ASET yang mungkin dirosakkan.

SAKSIKAN Video Kekejaman Samseng INI dalam video di Bawah

Bangunan TERBESAR Dunia Akan Di Buka Di CHINA (13 Gambar)



Bangunan yang diberi nama New Century Global Centre ini terletak di Chengdu, wilayah Sichuan, China. Bangunan yang bakal dibuka pada Jun 2013 ini melayakkannya medapat gelaran bangunan terbesar di dunia dengan berketinggian 100 meter, 500 meter panjang dan 400 meter lebar.

Dengan berkeluasan 1.7 juta meter persegi, dianggarkan ianya mampu memuatkan 20 buah Sydney Opera House dan mengikut perbandingan dengan Pentagon di Washington, yang masih lagi merupakan salah satu bangunan pejabat terbesar di dunia, ianya hanyalah satu pertiga daripada keseluruhan luas bangunan ini.

Monday, April 8, 2013

KAJIAN 3 Tahun SIDEK BABA Akhirnya Mendapat JAWAPAN


Sesuatu yang menarik untuk difikirkan apabila insan yang bernama Sidek Baba BERSUARA. 3 Tahun Kaji Anwar Dengan 28 Teman Rapatnya, Solat Isthikarah Dan Akhirnya Sidek Baba....


KUALA LUMPUR - Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.


"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Saturday, April 6, 2013

MANIFESTO Barisan Nasional Untuk PRU 13, Janji DITEPATI


MANIFESTO Barisan Nasional Janji DITEPATI
Untuk manifesto PR kita tunggu untuk membuat perbandingan
Manakala manifesto adalah berlainan untuk setiap negeri berbanding manifesto pusat.

Menariknya Sarawak akan dapat 2,300km Lebuh Raya PAN BORNEO. Boleh tak mintak 23km untuk Pulau Bruit.... nampak susah sangat nak bina sejak merdeka.

Tun Mahathir MENJAWAB Serangan Dan FITNAH

FITNAH
by Dr. Mahathir bin Mohamad (Notes) on Tuesday, 26 February 2013 at 10:34

1. Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat Petronas telah terlibat dalam pemberian kontrak Petronas kepada anak saya.

2. Bagi Anwar inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

3. Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agong UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai.

4. Semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak ada satu pun daripada anak saya yang mendapat tempat dalam Kerajaan atau dalam parti. Beberapa kali nama mereka di calon tapi saya tidak benar sehingga saya bersara. Juga tidak ada kontrak Kerajaan yang terdapat oleh mereka.

JOM Melawat ISTANA Sultan Brunei (17 Gambar)


Seringkali kita mendengar di kuliah-kuliah ataupun ceramah-ceramah agama tentang ayat di atas yang membawa maksud "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya". Terlalu besar nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya. Tetapi apakah dengan nikmat itu dapat membawa insan kepada sebuah kehidupan yang tenang dan bahagia? BELUM TENTU!

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah yang merupakan sultan kedua terkaya di dunia dengan kekayaan berjumlah RM 65 billion dan setiap hari kekayaan itu akan meningkat. Selain itu, beliau juga amat gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan sehingga kini koleksi kereta beliau melebihi 7000 buah kereta. Tuanku Sultan juga memilki jet peribadi mewah, beberapa istana megah dan banyak lagi. Sangat luar biasa!

ALEXA Top Rank BLOG Pro Kerajaan Dan Pro Pembangkang


Menjelang PILIHANRAYA (PRU 13) Blog adalah antara senjata paling ampuh dalam melakukan serangan terhadap musuh POLITIK. Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga 1 April 2013. Blogger UMNO/BN menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata mereka dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber. 

Friday, April 5, 2013

HEBAT : Pangkalan Tentera UDARA Malaysia SEBAGAIMANA Milik U.S.A

Pangkalan Tentera Udara Malaysia Terapung di Pulau Layang-Layang


Pasti ramai yang tidak tahu atau sedar akan hal ini. Tidak semua rahsia ketenteraan negara adalah untuk maklumat umum. Banyak lagi maklumat menarik seperti pengkalan tentera laut yang terletak dibawah bukit...

Ketahui kisah lanjut dan saksikan lagi gambar hebat Pengkalan Milik Malaysia ini.

Thursday, April 4, 2013

TAHNIAH : RM 50 dan RM 30 Milik Leeza & Norshahfeza

TAHNIAH : RM 50 Milik Leeza & Norshahfeza

Bersempena dengan ulangtahun PERTAMA Blog Suara Pemikir. Maka, dengan ini Pemikir berhasrat untuk memberikan PENGHARGAAN Kepada beberapa rakan pembaca Blog Suara Pemikir. Oleh itu, RM 50 pada kali ini adalah milik Milik Leeza dan RM 30 untuk Norshahfeza Sebagai mereka yang paling banyak memberikan komen di ruangan ini.

Kepada mereka yang sering memberikan komen tetapi dengan nama 'anonymous' harap dapat menggunakan nama sebenar untuk mendapat peluang memenangi wang tunai dari Blog Suara Pemikir. 

Pemikir mohon Leeza dan Norshshfeza memberikan nombor akaun dan Nama penuh untuk urusan pemindahan wang ke akaun anda berdua. Sila emailkan butiran lengkap ke mhailmi78@gmail.com 
Harap Maklum

DR. MAZA ; UNDILAH Dengan ILMU, Bukan MELULU


Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

RAHSIA Lelaki TERAPUNG Dengan TANGAN Di Dinding TERBONGKAR



Lelaki mengapungkan dirinya dengan cara memegang dinding. Aksi tergantung di dinding tersebut menyebabkan ramai orang tertarik dengannya dan ianya dianggap sangat menakjubkan. Ini tidak mungkin dilakukan spiderman atau manusia biasa .Jom kita bongkarkan rahsia bagaimana dia boleh tergantung seperti ini.

Wednesday, April 3, 2013

PARLIMEN Malaysia DIBUBARKAN ; Selamat BERKEMPEN dan Selamat MENGUNDI


PARLIMEN Malaysia DIBUBARKAN 
Selamat BERKEMPEN dan Selamat MENGUNDI
Dengan TERBUBARNYA PARLIMEN Malaysia. Jawatan dan tanggungjawab serta kerja yang 
turut terbubar adalah jawatan, tanggungjawab dan kerja AHLI politik Ye... Harus di ingat, Bukan jawatan, tanggungjawab serta kerja SEMUA ORANG... Hehehe

Jalankan tanggungjawab seperti biasa dan dengan penuh amanah. Harap Maklum