Friday, March 1, 2013

TERKINI : Pencerobohan Di Lahad Datu

HISHAMMUDDIN: Mereka (Penceroboh) MELEPASKAN TEMBAKAN Ke Arah Kita Pukul 10 Pagi Tadi!


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku tembakan di kawasan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah jam 10 pagi tadi tetapi dimulakan pihak penceroboh.

Beliau berkata, pasukan keselamatan Malaysia tidak memulakan sebarang insiden tembakan.

“Saya mengesahkan bahawa pasukan kita tidak melepaskan sebutir tembakan pun tetapi menerima tembakan pukul 10 pagi ini,” katanya.

(Lahad Datu – I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10am this morning!- Hishamuddin Hussein).

Hisahmmuddin bagaimanapun mengesahkan keadaan masih terkawal.

Pencerobohan di Lahad Datu sudah hampir 4 minggu berlaku melibatkan 180 anggota yang mendakwa sebagai Askar DiRaja Kesultanan Sulu.

Sebahagian daripada mereka memiliki senjata berat.

Kerajaan Malaysia telah mengambil sepenuhnya langkah-langkah diplomatik dan memujuk kumpulan berkenaan agar pulang ke Selatan Filipina tetapi tidak diendahkan.

Sumber : Malaysiakini

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks