Saturday, February 16, 2013

MAKANAN Dan TABIAT Makan Yang MENGGEMUKKAN



Telah hampir seminggu blog Suara Pemikir berhabuk. Kebelakangan ini Pemikir agak sibuk menjelajah Utara Semenanjung Malaysia atas urusan rasmi yang melibatkan masa depan. Namun, dalam perjalanan itu, banyak perkara yang Pemikir boleh kongsikan di ruangan ini selepas ini.

Makan makanan rendah/bebas lemak
Hakikatnya makanan rendah lemak ni bagus tetapi kadangkala ia juga boleh membuat anda cepat lapar. Bagi mereka yang baru bermula dengan diet, Pemikir rasa memang agak sukar untuk mengawalnya. Jadi caranya, jangan terlalu obses mengambil makanan rendah lemak seterusnya mengabaikan makanan banyak kalori 100% ye.

Tidur terlalu sedikit / banyak
Pemikir pernah membaca satu artikel yang melibatkan perihal tidur. Tidur kurang dari 5 jam boleh menyebabkan perut buncit 2 kali setengah kali ganda berbanding keadaan biasa. Manakala tidur berlebihan pulak boleh menyebabkan gemuk lebih cepat dari biasa. Bagaiman dengan tidur anda?

Minuman bergas
Orang yang minum minuman bergas sebanyak 1-2 tin sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Pemikir amat bersetuju dengan kenyataan ini malah bukan sahaja minuman bergas tetapi apa sahaja makanan bergula pasti akan menjadi penyumbang besar kepada faktor kegemukan anda.

Makan Terlalu Cepat
Tips ini agak unik kerana ia telah dilaungkan oleh orang tua kita sejak turun temurun.  Biasanya orang yang makan cepat akan mengambil makanan berlebihan dan ini kerana perut mengambil masa 20 minit untuk memberitahu otak bahawa korang telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

Adapun tips ini adalah pandangan peribadi dan Pemikir bukanlah seorang pakar pemakanan. Semoga memberikan sedikit idea untuk menguruskan program diet anda.

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks