10 Lapangan TERBANG Yang MENGGERUNKAN Di Dunia

Di sini dipaparkan 10 Lapangan Terbang yang paling menakutkan di dunia dan salah satunya ada di Malaysia. Dikatakan ukuran landasan sangat singkat dan memerlukan kemahiran sepenuhnya pilot. Hanya sedikit kesilapan juruterbang akan membawa bencana. Oleh itu, juruterbang yang hendak mendaratkan kapalterbang dilapangan terbang ini mestilah mere

1) Lapangan Terbang Pulau Tioman


Terletak di Pulau Tioman di dalam negeri Pahang. Landasannya hanya berukuran 3,254ft (992m) dan utk mendarat ke sini, pilot perlu menuju ke arah pergunungan sebelum mendarat pada waktu yg tepat. Jika tayar lambat kena dekat landasan maka lambat brek dilakukan & kemungkinan besar kemalangan akan berlaku.

2) Princess Juliana International Airport, St. Maarten

Asalnya adalah lapangan terbang tentera pd zaman perang dunia ke-2 dahulu tetapi sekarang menjadi hub utama untuk ke pulau-pulau Caribbean sekitarnya. Sebelum mendarat akan ada satu pantai yg memang ramai orang berkumpul untuk melihat kapal terbang mendarat dan berlepas.


3) JFK International Airport (Runway 13L), New York, USA
Lapangan terbang ni adalah yg tersibuk di Amerika.
Mempunyai 3 buah landasan dan yang paling panjang 14,572 feet (4,442 m). Jadi pilot-pilot tidak boleh buat silap walaupon dengan jarak penglihatan yg agak terhad.


4) Toncontin Airport, Tegucigalpa, Honduras
Tegucigalpa, ibukota negara Honduras mempunyai landasan hanya 6,112 ft (1,862 m) panjang. Ini membuatkan pendaratan oleh jet-jet lebih besar dari Boeing 757 agak mustahil disini. Lapangan terbang ni terletak 1,004 meter dari aras laut dan dikelilingi gunung-ganang.

5) Tenzing-Hillary Airport, Lukla, Nepal

Tenzing-Hillary Lapangan Terbang Lukla, Nepal adalah nama untuk dua pendaki pertama yg mencapai puncak Gunung Everest. Lapangan terbang ini beroperasi pada ketinggian 8,000 kaki (2,438 m) dan hampir tidak ada ciri-ciri modern air traffic control - bahkan tidak ada lampu, dan tenaga elektrik sangat sedikit sekali. Sebab itu hanya penerbangan waktu siang yang dibenarkan dan bergantung kepada pilot yang mahir di kawasan tersebut.

6) Gibraltar Airport, Gibraltar

Lapangan Terbang Gibraltar juga mempunyai landasan yg sangat pendek, hanya 6,000 kaki (1,828 m). Cuaca di lapangan terbang ini selalunya buruk dan menyebabkan beberapa penerbangan di lencongkan ke Malaga, Spain atau Tangier, Maghribi. Satu benda yg unik di sini adalah landasannya yg memotong 1 jalan utama.

Bila pesawat hendak mendarat atau berlepas, loceng; penghadang jalan akan diturunkan macam kebanyakan landasan kereta api.


7) Juancho E. Yrausquin Airport, Saba, Netherlands Antilles


Merupakan lapangan terbang di kepulauan kecil Saba dimana landasannya hanya 1,300 kaki (396 m). Ia terlalu pendek untuk pesawat penumpang. Oleh itu pilot perlu mengelilingi pulau beberapa kali sebelum mendarat, bahan bakar utk pesawat juga tidak terdapat disitu.

8) Madeira Airport, Funchal, Canary Islands


Pada asalnya panjang landasan ketika lapangan terbang ini dibuka pada tahun 1964 hanyalah 5,250 kaki (1,600 m). Tetapi lepas peristiwa kemalangan ngeri pada tahun 1977, panjang landasan ditambah menggunakan tiang-tiang yang tingginya 70 m. 


9) Courchevel Airport, Courchevel, France

Panjang landasan ini cuma 1,722 kaki (525 m) dan tidak rata. Ini membuatkan pesawat susah uutuk mendarat disini dan ditambah pula dengan keadaan salji di kawasan lapangan terbang tersebut.

10) Kai Tak Airport, Hong Kong

Walaupun sudah ditutup pada 1998, lapangan terbang ni masih diingati kerana kedudukan yg berdekatan dgn penempatan awam. Penumpang-penumpang dapat melihat kerlipan tv dari rumah berdekatan sebelum mendarat atau berlepas.

Sumber : BudakBotak

1 comment:

AIK... Baca Je / Tengok Je...
Tinggallah KOMEN Sikit Untuk Kenangan Dan TANDA Sokongan Kepada Suara Pemikir Untuk Terus Berkarya dan Mencari Bahan MENARIK Untuk DIKONGSI Seterusnya.

Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis