Wednesday, January 9, 2013

Taufan SONAMU Beralih Arah Ke SARAWAK

1. Ada pun pemikir agak lambat untuk Update berkaitan ramalan ini adalah kerana terlalu bimbang bila melihatkan laluan SONAMU itu benar benar melalui muara sungai Rejang Sarawak di mana Kampung Pemikir dan keluarga Pemikir tinggal. 


2. Sejak jam 8 tadi asyik menghubungi kampung moga moga tiada apa yang buruk akan berlaku. Angin memang kencang dari biasa kata mereka sejak semalam tetapi tak lah sekuat mana. Mudah mudahan itulah keadaanya sehingga semua ini berakhir.
3. Menjadi kebimbangan utama apabila memikirkan laluam Sonamu itu adalah kawasan perkampungan nelayan dan kebanyakan rumah adalah ala kadar dan berasaskan kayu kayan dan bukanya 'batu'. Tentunya mudah untuk rosak sekiranya benar ramalan bahawa kelajuan sonamu adalah pada kelajuan 60km/jam.
4. Dan kebimbangan itu adalah berasaskan kepada pernyataan di bawah.
Ramalan pada 08/01/2013 jam 12.00 mlm
Semoga ramalan mereka tersasar sekali lagi. Tiada daya upaya kami, melainkan semuanya atas kehendak Tuhan pencipta alam ini, kepadanya kami memohon pertolongan dan hanya kepadanya sahaja kami berharap.
sumber: nrlmy.navy.mil



2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks