Thursday, January 24, 2013

Kisah BENAR Ditipu Peniaga SMARTPHONE


Kisah BENAR Ditipu Peniaga SMARTPHONE
Ditipu ketika membeli smartphone bukanlah sesuatu yang baharu. Namun, ramai yang tidak ambil peduli menyebabkan perkara ini terus berulang. Ambil pengajaran dari cerita ini dan bolehlah meneliti langkah yang beliau ambil setelah sedar ditipu. Pengajaran dan panduan berguna untuk dikongsi bersama.

---------------------------------------------------------------------------------------------
Setiap hari sebenarnya boleh dikatakan pasti ada yang tertipu apabila membeli handphone baru lebih-lebih lagi jika kurangnya pengetahuan tentang smartphones. Antara yang selalu menjadi mangsa penipuan ni adalah kaum wanita dan juga orang tua. Kesian sebenarnya lihat makcik pakcik kat kampung yang selalu tertipu. 

Beli phone dengan harga mahal, percuma itu ini tapi sebenarnya dapat phone tiruan. Kami menerima satu kisah dari seorang pembaca Oh! Tidak untuk dikongsikan bersama anda semua agar dapat jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Kalau bukan kita yang ditipu, tak mustahil akak, adik, ibu atau kawan-kawan kita yang tertipu. Jadi, ambillah pedoman dari apa yang akan dikongsikan ini.

Email dari Azlan Awang (azlan736@gmail.com):

Salam buat semua penggemar smartphone..especially Samsung Galaxy..aku nak share cerita pengajaran membeli telefon untuk semua orang yg berhajat nak beli..


Pada 29/12/2012 aku pergi ke Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk membeli Samsung Galaxy S2 untuk abg ipar aku..biasala nak cari yang paling murah kan..So aku survey la 5-6 buah kedai nak buat comparison..aku dah banyak kali beli phone kat sana..S plus..Note..tp mungkin hari tu kelam kabut so aku tak pikir sangat..just sambar je.. 

sbb apa yg aku paham selama 10 tahun duk Shah Alam ni..Plaza Alam Sentral tak jual barang tiruan..so dengan confident aku tanya cina tu tentang galaxy S2 ni ( tingkat 3 kedai dekat escalator..selang 3-4 kedai dari kedai SAMSUNG)..dia pun offer aku Original SME set dengan AP set..harga mmg cun la..siap kasi free aksesori lagi..kita dengar free ape lagi..sbb seblum ni tak penah aku beli Samsung dapat SD card..casing…tetiba dapat..aku ape lagi..so dia terang la kat aku..SME set dengan AP set ni sama.. 

Cuma beza warranty..SME warranty SAMSUNG dan AP warranty kedai..so normal la tu kan..aku pun belek2 la phone tu…sbb aku tak pernah cek details pasal S2 ni..aku pun percaya cakap cina tu..aku dah tanya berulang2 jgn jual china or recond set kat aku..fuhh dengan selamba dia cakap ‘’if china set..dia takkan kasi satu tahun warranty maa’’… 

Dengan happy aku balik..dapat AP set RM 1050.00 maa…..balik aku charge..pastu aku terus update version 2.0.3 gingerbread tu ke version 4.0.1 ICS..tuhan nak tunjuk…tetiba hanset tu problem software..pelik gak aku..sbb seblum ni AP set aku update selamber je…so aku rujuk la ke kedai cina lain kat kampung aku (time cuti new year)…dia tgk jer cek2 belakang betri..’’ni CHINA set maaa..u da kena tipu maa..berapa u beli?..ini tepi jalan punya handset maa’’…perggh..berderau darah aku dengar..dengan pastas aku drive balik Shah Alam.. 
1/1/2013 aku pun pergi jumpa cina dekat PAS tu..dia mati2 taknak mengaku..so aku bawak handset tu pegi kedai lain suruh cek..mmg cina situ pun cakap tu China Set…siap tunjuk aku comparison lagi dengan yg betul punya..so aku bergaduh2 dekat 3 jam kat situ..dia tetap taknak pulangkan duit aku balik..dia marah aku sebab pergi update version la..dia cakap if nak update hantar kedai dia..dia hantar kilang nak update..dia ingat aku tak pergi sekolah ke?..siot..lepas tu kasi alasan cakap tu AP korea la ape la.. 

lepas tu aku tarik pekerja perempuan melayu dia pergi cakap dekat tempat lain..aku pressure dia tanya suruh dia cakap jujur..mula2 dia pun tak mengaku..nak cover boss dia kan..last2 dia mengaku..boss dia jual handset tipu..so aku mintak refund..dia tak bagi..tapi dia boleh plak offer aku ‘AP set yang betol’..siot je kan…trade in..aku kena tambah RM 200..memang dasar penipu.. 

Sebab dah malas nak kena tipu lagi..atas nasihat kawan2…aku pun pergi Balai Polis buat laporan..dan polis pun suruh aku pergi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan tribunal buat laporan..tapi agak mengecewakan dengan layanan pihak KPDN yang lebih menyebelahi pihak cina tu..siap suruh aku pikir masak2 if nak buat laporan kes ni… 
aku pun balik dengan kecewa…sbb mereka tak ada kuasa nak tangkap..dakwa..if paling berat pun hukuman denda RM 5000 atau penjara dan lepas tu cina tu still boleh jual handset tiruan dan tipu orang Melayu dengan selambernyer…dia ckap if nak lebih2..kena pergi mahkamah civil..upah lawyer..bla bla..hmm.. 

Pastu 3/1/2013..tetiba seorang detektif polis call aku..nak barang bukti..dia nak pergi serbu kedai cina tu..and tangkap..perrghh aku rasa mcm cerita Gerak Khas..1st time aku rasa nasib aku dibela polis..seblum ni asyik menyamannn je kan..kira-kira 2-3 jam lepas tu..Inspektor dorg call aku..bagitahu cina tu dah bagi statement dan bersetuju nak refund duit aku if aku tarik balik report..so atas nasihat polis taknak kes ni panjang2 aku pergi la amik refund..aku puas hati la bab refund..tapi kecewa sebab dia still boleh tipu orang melayu dengan sewenang2nyer.. 

So kepada KPDN hope korang udah2 la makan gaji buta..guna la kuasa yang ada..buat kerja yang sepatutnya..buat skuad Polis IPD seksyen 9..dan Seksyen 11..terima kasih kerana buat kerja yang aku rasa ni just jenayah kecil and KPDN yang patut ambil tindakan..
Buat kawan2 yang nak beli handset..berhati2la..cek betul2..detail.. 

compare dengan SME..if nak selamat beli SME terus..or nak betul2 murah beli yang kat tepi jalan..mcm kat jalan TAR or jalan pasar…

3 comments:

  1. Replies
    1. SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih


























      SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks