Monday, December 30, 2013

TIPS Menjaga KESIHATAN Buah Pinggang


Kali ini kita berbicara sedikit berkaitan tips kesihatan yang merujuk kepada buah pinggang. Semoga kita boleh memberikan sedikit perhatian dan seterusnya mengamalkan apa yang dirasakan atau terbukti benar.

Antara tips penting bagi menjaga kesihatan Buah Pinggang adalah seperti berikut.

1. Minum Banyak Air Kosong
Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. Emmm... Jeruk Penang terutamanya jeruk Pak Ali dah la memang Favorite kan kan kan... Boleh makan tetapi cuba kurangkan. 

Thursday, December 12, 2013

Jawapan Seorang JURUTERA Kepada Para Pengkritik PROTON .

APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

Wednesday, November 27, 2013

Islam DIHARAMKAN : Ulama DUNIA Bidas Kerajaan ANGGOLA

SHAH ALAM - Persatuan ulama dunia di bawah kepimpinan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi hari ini menolak keras laporan berkaitan tindakan pemerintah Angola yang melarang umat Islam mengerjakan ibadat dan merancang untuk menghancurkan masjid-masjid di negara itu.

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam satu kenyataannya mengajak organisasi dunia membela hak minoriti Muslim di Angola.

"Kita meminta kepada pemerintah Angola untuk menarik kembali keputusannya yang tidak adil ini... bersikap adil lah terhadap minoriti umat Islam, dengan tidak mencampuradukkan umat Islam dengan kelompok radikal dan teroris," ujarnya seperti yang dipetik Islampos.com.

Persatuan ulama itu juga turut menggesa campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan masalah ini yang dilihat semakin parah apabila sebuah masjid di  di ibu kota Angola turut dimusnahkan bulan lalu.

Monday, November 25, 2013

Gaji GURU Lebih LUMAYAN Berbanding Gaji PENSYARAH

Gambar Hiasan
Keluhan seorang Profesor Jusa B, bekas Dekan dari sebuah IPTA



"Gaji Guru Lebih Lumayan Berbanding Gaji Pensyarah. Sedangkan Tugas Pensyarah Lebih Berat Daripada Guru!"

SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi.

Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernahmenyandang jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya berpendapat bahawa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi.

Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (Key Performance Indicator – KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan “rangking dunia,” maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (SCOPUS dan ISI).
KPI Pensyarah Malaysia Mengikut ketentuan Kuasa Barat?

Saturday, November 9, 2013

DAWN RAID = Serangan Subuh 'Tun M' MENGEJUTKAN Dunia

Dawn Raid - Serangan Subuh.

Di pagi itu dunia perniagaan bergegar Terutamanya LONDON.

Satu Operasi ala tentera dengan military precision yang diadaptasikan untuk Dunia Korporat yang mengejutkan seluruh Dunia dan menjadi sejarah Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali Dawn Raid Project atau "Serangan Subuh." 

Peristiwa terjadi pada 7 September 1981, 2 bulan selepas Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PERDANA MENTERI. 

Sunday, October 20, 2013

Top 10 Muslim TERKAYA Di DUNIA ...?

10. Mohammed Hussein Ali Al Amoudi
Country of Citizenship: Saudi Arabia/Ethiopia
Religious Sect: Sunni
Ethnicity: Black
Net Worth: $13.5 billion
Industry: Oil, construction, mining, agriculture, hotels, hospitals, finance
Source: Corral Petroleum Holdings, MIDROC
Significance: Ethiopia’s richest man, monopolistic control of nation’s most profitable businesses

Tuesday, October 8, 2013

BAKI Akaun Setiap NEGARA Di DUNIA

BAKI Akaun Setiap NEGARA Di DUNIA

Tersenarai di atas adalah kedudukan Malaysia di DUNIA dalam kategori simpanan wang setiap negara. Malaysia menduduki tangga ke 16 dari senarai tersebut dan merupakan pencapaian yang jauh lebih baik berbanding negara negara di rantau ini selain Singapura. Untuk melihat senarai Penuh sila Klik link di bawah.


DR ASRI : Kerajaan ISLAM / Gerakan Islam / Negara Islam




DR ASRI : Kerajaan ISLAM / Gerakan Islam / Negara Islam
Dengar dengan teliti

Sunday, October 6, 2013

Friday, October 4, 2013

VIP Miliki MD dan PhD PALSU Daripada Mickey Mouse Clubhouse


PANAS : Pendedahan terbaharu insan yang pernah mendedahkan isu berkaitan AC Mizal dan Banyak Penipuan MLM suatu ketika dahulu kini kembali. Pendedahan beliau yang membawa kepada logik dan analisis lengkap menjadikan AIDID MUADID 'Penyerang' kelihatan berintegriti kepada program SCAM atau PENIPUAN yang berlaku di Malaysia. Gaya penyampaian yang bersahaja dan penuh dengan sindiran tajam menjadikan blog ini antara yang paling tinggi trafik di Malaysia tetapi telah di serang beberapa kali oleh Hackers.

Kita ikuti ilasan beliau berkaitan idu MD dan PhD PALSU... Kebijaksanaan anda di mohon dalam membaca artikel dibawah. Saya tidak menyatakan bahawa ianya benar atau salah.  

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku dah masukkan isu ini pada entry ECPbersepai hari tu, tapi aku rasa elok mende ni duduk kat satu entry dia sendiri. Ini kira aku punya "open letter" pada pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang berkenaan. Jadi kiranya ini entry sambungan. Entry tergempar yang original - aku tengah karang neh.


Surat Terbuka Kepada Pihak Berkuasa (Versi No. 1):

Tuan/Puan,

Monday, September 30, 2013

Berhati HATI Membuat PEMBELIAN Online

1. Dunia semakin dekat, cepat, mudah dan terbuka. Itulah yang boleh kita katakan dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) pada hari ini. Sama ada anda membicarakan hal berkaitan Facebook, Twitter, Instagram atau Blog... Ianya mempunyai IKATAN yang sangat rapat antara satu sama lain.

2. Menemui rakan rakan lama di alam maya menjadi lebih mudah. Bertanya khabar menjadi lebih mudah. Menjejak keluarga yang lama menghilang semakin mudah, mengesan mereka yang melakukan jenayah juga semakin mudah. Malah, banyak lagi perkara baik yang menjadi mudah dengan kemajuan itu. Namun, dalam perkembangan itu, tidak dilupakan juga, bahawa banyak juga perkara yang SALAH dan TERKUTUK semakin mudah dengan teknologi yang sama.

3. Antara yang akan kita bicarakan pada kali ini adalah PENIPUAN pembelian Online. Satu cara perniagaan yang semakin memudahkan peniaga, namun ramai yang turut 'menangguk di air keruh' dengan MENIPU dalam urusan jual beli mereka.

Saturday, September 28, 2013

KENALI Batu Permata OPAL : AUSTRALIA'S NATIONAL GEMSTONE

Opal Indonesia
OPAL-AN INVESTMENT.

Opal production has decreased over the last decade. Demand has risen. More people are working the opal fields with greater mechanisation. Opal is like other resources- we are exhausting the existing known supplies and hoping new strikes will be found. The mining of opal is done by individuals or syndicates- no large companies are mining any of the fields. Stockpiling of the gem therefore cannot occur: this means that prices are a true reflection of market demand.

Opal as an investment will be a very good investment. The value of these gems can only increase as the better quality stones are becoming rarer to find.

Tuesday, September 24, 2013

MENCARI Nama Anak LELAKI Rupanya Bukan MUDAH

MENCARI Nama Anak LELAKI Rupanya Bukan MUDAH

1. Assalamualaikum Semua Pembaca Blog Suara Pemikir Sekalian.

2. Post kali ini Pemikir hendak membicarakan berkaitan tajuk sebagaimana yang tertera di atas. Fuhhh... Sungguh tidak disangka sangka. Mencari nama anak lelaki rupanya bukan mudah.

3. Ini adalah pengalaman pertama bagi Pemikir setelah sekian lama mendirikan rumah tangga sekian lama.  Mencari nama anak lelaki rupanya bukan mudah, dan tentunya tidak semudah yang disangka. Itulah hakikat yang sedang pemikir hadapi pada masa ini. Menunaikan tanggungjawab awal sebagaimana di 'seru' oleh Islam dan juga nabi kita, Muhammad SAW agar memberikan nama yang baik baik kepada anak agar perilakunya nanti akan baik sebagaimana nama panggilanya. 

4. Bukannya Pemikir tidak bersedia dari awal, hakikatnya Pemikir belum pasti apakah nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal lahir kerana tentunya jantinanya belum disahkan. Maka pemikir melihat kepada 'musim' kelahiran yang lebih ramainya adalah perempuan. Maka, Pemikir telah bersedia dengan nama Perempuan / muslimah sebaliknya Pemikir menghadapai kesukaran untuk mendapatkan nama sekiranya kelahiran ini adalah lelaki. Menetapkan asas, sedap di dengar dan membawa makna yang baik, rupanya menjadi sesuatu yang agak sukar.

Sunday, September 22, 2013

Bapa TANAM Anak HIDUP HIDUP Di Amazon



Bapa TANAM Anak HIDUP HIDUP Di Amazon

Sanggupnya si bapak ni tanam anak sendiri dan si emak membiarkannya hanya si abang sahaja yg sayangkan adiknya. .inilah tradisi yang paling kejam yang masih diamalkan masyarakat yang terpelosok jauh dari tamadun dan pembangunan. Khabarnya perkara ini berlaku di pedalaman Amazon.

Namun kepada mereka yang tidak KUAT semangat dinasihatkan agar tidak menonton video ini. Adapun dalam video di bawah, bapa cuba menanam dua orang anak nya hidup hidup. Setelah berjaya menanam seorang, di saat mahu menanam seorang lagi abangnya bertindak untuk melarikan (menyelamatkan) adiknya.

Program Pay Per Clicks (PPC) TERBAIK Pengganti AdSense



Google Adsense adalah program PPC terbaik dan tentunya sangat dikenali dan diidamkan oleh para blogger. Google AdSense telah terbukti memberikan pendapatan yang sangat lumayan kepada ramai blogger.
Namun, kekerapan Google menyekat akaun Adsense blogger menjadikan ramai blogger terpaksa mencari pengganti yang setara untuk tujuna penjanaan pendapatan sebagai seorang blogger.

Selain daripada Google AdSense. Sebenarnya banyak program lain yang boleh memberikan pendapatan kepada para blogger sekalian. Walaupun ianya tidaklah semewah Google AdSense namun, perkembangan baik program program ini pasti menjanjikan sesuatu yang baik di masa hadapan. Apa yang lebih penting adalah untuk para blogger sekalian untuk terus konsisten dalam memuat naik kandungan blog.

Berikut adalah senarai program IKLAN Alternatif yang boleh anda cuba untuk mengantikan Google AdSense.

Tuesday, September 17, 2013

INDAHNYA Batu Permata OPAL / Kalimaya



Ini merupakan gambar batu Opal Etopia yang seakan-akan mempunyai lautan di dalamnya. Batu ini telah digali 10 tahun lepas dan telah dipolish. Pemikir ada koleksi batu Opal kecil yang dalamnya terdapat akar kayu yang langsung tidak terjejas dan nampak segar dan masih hidup. Menakjubkan.

Saturday, September 14, 2013

Melayu Oh Melayu Di Showroom PROTON

1. Sekadar berkongsi pengalaman seminggu dua ini kepada rakan rakan pembaca blog Suara Pemikir. Ya lah kan, dah lama tidak menulis dan berkongsi cerita.

2. Kebelakangan ini Pemikir merasakan sudah tiba masanya Pemikir melepaskan kereta Pertama yang telah berusia 6 Tahun dan mengantikannya dengan kereta yang lebih selesa walaupun bukanlah kereta mewah. Pun begitu, Pemikir masih membuat campur dan tolak untuk tujuan tersebut.

3. Maka, Pemikir berkunjunglah ke 3 buah Showroom Proton di sekitar Serdang, Seri Kembangan dan Bangi. Tidaklah menyangka akan mendapat pengalaman baharu pada kunjungan tersebut. Apa pun, ia memberikan pengajaran kepada diri pemikir sendiri akan bagaimana melihat sesama manusia.

4. Memasuki showroom Proton yang pertama, pemikir masuk dan tentunya memerhatikan model kereta yang dipamerkan. Dalam perjalanan tersebut, Pemikir melimpasi dua orang juru jual berbangsa Melayu lantas melemparkan senyuman. Mungkin Pemikir ni tiada gaya seorang jutawan, maka, mereka pun tidak melayan atau bertanya Pemikir. Memerhatikan keadaan sekeliling, akhirnya seorang jurujual berbangsa cina, datang setelah selesai urusan dengan seorang pelanggan sebelumnya. 

SENARAI Business ONLINE Yang DSYAKI Menipu / Diragui

kedaionlinetipu
Malaysia mungkin belum semaju Korea. yang mana kebanyakan perniagaan mereka adalah secara dalam talian atau online. Penghantaran on the spot / penghantaran cepatnya pula adalah antara yang terbaik. Mungkin sebab itu Korea boleh melonjak sebagai pusat peniagaan baharu di dunia dan mungkin sebab itu juga mereka mampu maju dalam masa yang singkat.

Tapi di Malaysia berlainan pula ceritanya. Dalam kemajuan yang dicapai, perniagaan online juga tumbuh bagai cendawan, namun, masih ramai makhluk yang mengambil kesempatan di atas kecanggihan teknologi. 

Beberapa perniagaan online adalah jelas berteraskan untuk menangguk di ari keruh dengan melakukan penipuan terhadap pembeli. Maka, perniagaan online yang semakin memudahkan peniaga dan pembeli ini menghadapi cabaran baharu. PENIPUAN...
Bagi pembeli, sebaik-baiknya lihat testimoni atau komen pembeli yang lain dulu samada beliau peniaga yang boleh dipercayai atau tidak. Kalau takde testimoni sila tinggalkan. Dalam Islam pun ada kata; kalau was-was elok tinggalkan.
Berikut adalah antara nama kedai online di Malaysia yang disyaki menipu ramai pembeli. Harap berjaga-jaga dan siasat perniagaan yang ingin anda ceburi atau membuat pembelian.:
1 ) Az Iman
Report by many people, payment made but nothing have been deliver. Gambar ambil dari google

Friday, September 13, 2013

BLOGGER Paling Ramai FOLLOWER Milik SIAPA...?


BLOGGER Paling Ramai FOLLOWER Milik SIAPA...?

Bilangan follower yang ramai adalah sesuatu yang sangat bermakna kepada seseorang blogger dan juga blog. Jumlah follower ini secara langsungnya memberikan gambaran betapa ramai pembaca blog tersebut dan juga menunjukkan betapa glamournya Blogger dan Blog tersebut dalam banyak keadaan.

Sesuatu yang menarik untuk kita tahu siapakah pemilik blog blog ini terutamanya kepada mereka yang berhasrat untuk menyewa ruangan iklan bagi memperkenalkan produk dan perniagaan mereka memandangkan blog merupakan  medium yang telah terbukti berkesan untuk promosi.

Wednesday, September 11, 2013

TIPS Dan PANDUAN Keluar Dari HUTANG



MENGGERUNKAN. Itulah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan betapa teruknya bahana hutang yang menghantui ramai rakyat malaysia terutamanya golongan MUDA.

Di sini Pemikir berikan sedikit TIPS bagaimana menguruskan hutang. Walaupun ia adalah secara ringkas namun ianya sangat berguna dalam membantu pengurusan kewangan anda. 


1. Niat dan Matlamat.
Tetapkan niat dan matlamat untuk membayar kesemua hutang yang telah kita buat. Impikan hidup kita setelah bebas daripada hutang, dan betapa bahagianya kita.

Nyatakan matlamat kita untuk bebas hutang dengan jelas, berpandukan cara menetapkan matlamat.
2. Buku Hutang.
Senaraikan semua hutang yang kita, daripada pinjaman pelajaran sehinggalah kepada pinjaman peribadi. Lihat status hutang kita, berapa jumlah yang masih perlu dibayar, tempoh yang masing tinggal dan ansuran bulanan.

3. Berhenti Buat Hutang Baru. 
Tiada guna usaha kita untuk menutup lubang, tetapi dalam masa yang sama kita menggali lubang baru yang lain. Justeru, berhenti berhutang berusahalah untuk tidak berhutang kecuali benar-benar perlu dan terdesak.

Jangan sesekali berhutang untuk membeli benda yang tidak memberikan keuntungan jangan panjang kepada kita. Cari alternatif lain sebelum berhutang.

Tuesday, September 10, 2013

TINGGALAN Mesir KUNO Di Temui Di Dasar LAUT Mediterranean

(17 Gambar Kesemuanya)
Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang dipelihara dengan baik.

Franck Goddio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung firaun. Patung amat besar itu dibina dari granit merah dan berukuran lebih 5 meter

Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.

Monday, September 9, 2013

RAHSIA Perniagaan RASULULLAH S.A.W

Assalammualaikum....w.b.t, 



Ramai bermatlamat untuk mengikuti apa jua amalan nabi kerana ia termasuk dalam sunnah termsuk dalam perniagaan. Melalui pembacaan di laman maya baru-baru ini, "Rahsia Perniagaan Rasullulah Saw". Sesungguhnya Nabi Muhammad saw, junjungan besar kita adalah sebaik-baik contoh dan ikutan sepanjang zaman. 


Baik daripada segi percakapan, berpakaian,makan dan minum dan lain-lain perkara. Maka pada kali ini Pemikir berhasrat untuk kongsikan "Cara Rasullulah Saw BERJAYA Dalam Perniagaan" .

Nabi dilatih menjadi seorang pemimpin dalam bidang perniagaan sejak kecil. Ia bukanlah satu proses yang singkat dan mudah. Sebaliknya Baginda menerima "latihan perniagaan" sejak berumur 12 tahun daripada bapa saudara Baginda, Abu Talib.

Monday, September 2, 2013

Fakta MENARIK Akan KEAJAIBAN Ka'abah


Beberapa keajaiban yang ada pada Kaabah yang menarik untuk kita tahu. Semoga ia akan menambahkan keimanan kita kepada Allah dengan bukti yang diberikan-Nya di muka bumi ini.

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

Friday, August 30, 2013

TERKINI : 10 Website TERMAHAL Dunia

1. Google.com
 
Alexa Rank: 1
Pagerank:
Site Price: $ 2 Bn

2. Calendar.google.com 
 
Alexa Rank: 1
Pagerank:
Site Price: $ 2 Bn

TERKINI : 10 Website TERMAHAL Dunia 

Thursday, August 29, 2013

Kisah SEDIH Seorang ARTIS Anak Pemotong Rumput

Terasa hiba pula membaca kisah sedih artis ini. 

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20

Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.

Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi. "Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.

Tuesday, August 27, 2013

DOMAIN Website TERMAHAL Yang Pernah DIJUAL

www.suarapemikir.com
Ungkapan 'apa ada pada nama' bukanlah sesuatu yang boleh dipegang sebagai prinsip hidup pada masa kini. Sebab keunikan sebuah nama dipercayai turut mempengaruhi seseorang atau produk supaya lebih dikenali masyarakat masyarakat atau golongan sasar dalam perniagaan. Bahkan ada mereka di luar sana sanggup meneluarkan wang yang banyak untuk satu nama. Memiliki nama domain yang eye or ear catching bak menjadi sebuah kewajipan agar pengunjung berbondong-bondong masuk ke laman sesawang mereka.


Tersenarai dibawah adalah nama nama website yang Sangat Malah pernah di jual beli di DUNIA. Berapakah pula harga bagi www.suarapemikir.com?

1. Shopping.de

Monday, August 26, 2013

Uji MINDA Anda Dengan 4 Soalan MUDAH

Entri kali ini Pemikir ingin berkongsikan sediki bahan bacaan yang melibatkan pengujian minda. ini adalah antara SOALAN yang menarik kerana pasti kita akan tersenyum bila kita selesai membaca dan menjawabnya. Mari uji tahap kepintaran anda dengan 4 soalan ini.

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan PANTAS. Ingat, pastikan anda menjawab dengan PANTAS sekiranya benar benar hendak menguji MINDA. Anda tidak boleh mengambil masa dan perlu menjawabnya dengan segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda. Adakah anda telah bersedia... PASTIKAN anda menjawab dengan SPONTAN dalam Beberapa SAAT kalau ingin benar benar menguji minda anda. Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

KENAPA Doktor BEDAH Memakai Baju HIJAU?


Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Kisah SALAHUDDIN Al-Ayubbi Yang WARAK ...

Sebuah kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu. Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia (LINK). Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

Hurm..

PEDANG Paling TAJAM Di Dunia MIlik SIAPA...?

Siapakah pemilik pedang paling tajam di dunia? Ia pasti menjadi satu persoalan yang menarik untuk dirungkaikan.  Adakah ia pedang Samurai @ Katana dari jepun, adakah ia pedang Excalibur milik Raja Arthur yang terkenal...

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?

Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.

Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang rahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian meterialogi moden setakat hari ini juga, masih tidak mampu untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Sunday, August 25, 2013

PEMBEBASAN Suspek BUNUH Altantuya : 9 Hujah MAHKAMAH RAYUAN Yang Perlu Kita TAHU

Spekulasi berkaitan pembebasan dua suspek pembunuhan altantuya semakin tersebar luas. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita teliti sedikit Hujah mahkamah rayuan untuk mengetahui serba sedikit berkaitan hal ini.

Panel membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dengan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah material.

Dalam hal bahan letupan, mereka memutuskan bahawa selepas mengaitkan bahan letupan kepada kematian Altantuya, hakim perbicaraan sepatutnya perlu membuat pencarian seterusnya untuk mengaitkan bahan letupan kepada perayu. 

"Oleh itu, dengan ini, kita membebaskan dan keluarkan kedua-dua perayu," kata Hakim Tengku Maimun. seterusnya

Di bawah pula adalah perincian hujah Mahkamah Rayuan membebaskan 2 suspek tersebut : Hakim mahkamah Tinggi tersilap arah 

Saturday, August 24, 2013

STATUS Juara Liga PERDANA Vs Juara Liga SUPER Tiada NILAI Pada RTM1 @ Astro 801


STATUS Juara Liga PERDANA Vs Juara Liga SUPER  Tiada NILAI Pada RTM1 @ Astro 801

1. Sebagaimana tajuk di atas. Itulah hakikatnya yang berlaku di Liga Malaysia atau Piala Malaysia. Selangor, Selangor dan Selangor. 

2. Agak sukar nampaknya pasukan lain untuk mendapat tempat untuk disiarkan secara langsung di TV1 atau Asrto 801 selain dari pasukan selangor. Sebentar tadi, pertembungan antara SARAWAk dan Lion XII nampaknya Tidak cukup HEBAT untuk memikat hati penyiar yang bergelar RTM dan ASTRO untuk di siarkan secara langsung. Bukan menidakkan hak Selangor tetapi apa jua keadaan Selangor sama ada mereka berprestasi baik atau jatuh ke liga lebih rendah, Selangor tetap menjadi pilihan untuk siaran langsung. Peluang sama rata harus diberikan keada semua pasukan terutamanya mereka yang menunjukkan prestasi baik.

Suara PEMIKIR Serba SALAH Dan PENAKUT

1. Apa yang berlaku...? Mungkin kerana pengalaman yang masih cetek. Pemikir selalu dalam keadaan serba salah dan takut untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk meletakkan IKLAN di Blog Suara Pemikir.

2. Sebenarnya, ada beberapa individu telah menghubungi Pemikir sama ada melaui email atau Personal Message di Facebook menyatakan hasrat mereka untuk beriklan di Blog Suara Pemikir. Namun, setelah perbincangan berjalan dan kebanyakan waktunya pelanggan telah bersetuju, entah kenapa Pemikir selalu meyakinkan mereka kembali agar mencari blog lain terlebih dahulu agar bayaran yang mereka buat untuk iklan mereka lebih berbaloi.

3. Begitulah situasinya yang berlaku beberapa kali. Ramai jugalah yang menarik balik hasrat untuk melatakkan iklan di sini walaupun ada yang terus yakin akan blog Suara Pemikir untuk tujuan itu.

SEBAB Kenapa MEREKA Suka Berkunjung Ke IKEA


ALASAN Kenapa MEREKA Suka Berkunjung Ke IKEA

Ini adalah antara ragam pengunjung (sama ada pelanggan atau tidak, tidaklah diketahui) IKEA yang sebenarnya menyusahkan IKEA dan menganggu pelanggan lain yang benar benar ingin mencuba peralatan atau perabot sebelum membuat pembelian.

Ada kebarangkalian mereka ini adalah pekerja di kedai kedai berhampiran dan ke IKEA untuk menikmati waktu rehat yang selesa sebelum menyambung kerja.

Lagi Gambar Di Bawah..

Friday, August 23, 2013

ANTARA Sebab KENAPA Masyarakat CINA Lebih BERJAYA....


Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama... Pedoman buat Umat Islam, bumiputera dan Melayu... Renungkan bagaimana gaya berfikir kita dan bagaimana pula gaya pemikiran mereka sehinggakan mereka mendahului hampir dalam semua hal di sekeliling kita. Belajar... bukan ... berhasad dengki...


Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:

Thursday, August 22, 2013

Pemandangan MENAKJUBKAN Dari Bumi Bergolak KASHMIR

Kashmir merupakan sebuah wilayah yang terletak di bahagian barat laut India. Selain daripada buminya yang sangat mempersona dan memukau mata, ianya juga merupakan satu kawasan yang sangat penting dari segi kajian geografi kerana statusnya sering dipertikaikan, yang sering menyebabkan terjadinya konflik di rantau tersebut, terutamanya antara India dan Pakistan. Keindahan alam iniboleh menjadi aset negara melaui industri  pelancongan yang membawa keuntungan Jutaan ringgit setahun.

Lagi 20 Gambar Di Bawah

Tuesday, August 20, 2013

MAKANAN Membantu MENINGKATKAN Daya INGATAN


Avokado

Avokado memang merupakan makanan yang hebat! Banyak khasiat. Kandungan asid oleik yang tinggi dalam avokado boleh melindungi saraf neuron kita. Selain itu ianya juga meningkatkan aliran darah dalam otak sekaligus memperbaiki fungsi jantung.

Blueberry
Blueberry juga merupakan makanan yang sangat bagus untuk kesihatan. Juga dikenali sebagai 'brainberries', buah ini mengandungi antioksidan yang paling tinggi dalam kalangan buah-buahan. Buah ini juga selalu digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer, iaitu nyanyuk.

Kacang
Kacang (kekacang) juga makanan untuk kesihatan otak. Ianya boleh menstabilkan aras kandungan gula dalam badan sekaligus meningkatkan fungsi otak. Amalan memakan kekacang juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan berkanji tinggi.

Bijirin dan Bijian

Monday, August 19, 2013

Proton SUPRIMA S Pencabar Terbaharu DUNIA Auto MALAYSIA

Sebagai seorang peminat kereta keluaran Proton, Pemikir hendak berkongsi sedikit spesifikasi kereta terbaharu Proton yang boleh dianggap kereta TERBAIK keluaran Proton setakat ini.

Proton Suprima S yang dilancarkan pada hari Sabtu pada harga serendah RM76,338, bagi varian Eksekutif manakala RM79,638 bagi Premium di anggap sebagai kereta terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Proton. Apa istimewanya Proton Suprima S berbanding yang lain ya? Jom Tengok!!!

STYLE
Proton Suprima S bergaya serta dilengkapi dengan ciri-ciri "Athletic".

PRESTASI

Sunday, August 18, 2013

Bahan BERBAHAYA Dalam MEE SEGERA

Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa.


Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.

Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.

Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.

10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera

Thursday, August 15, 2013

Amalan SEDEKAH Menyubur Benih KEIMANAN

Amalan SEDEKAH Menyubur Benih KEIMANAN 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anggota manusia dkehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”.


Huraian Hadith:

1) Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota manusia adalah sedekah dan ia akan diberi balasan pahala oleh Allah SWT.

2) Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia.

ECPI Dan SYIAH : Jangan Lagi TERTIPU

ECPI & hubungannya dengan Syiah.

Nampaknya perniagaan air terkenal ECPI semakin menunjukkan taring mereka MEMBELA SYIAH. Umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan:

1. Tidak memboikot perniagaan ini atas dasar 'Perniagaan orang Melayu', lalu keuntungannya disumbangkan kepada PUAK SYIAH untuk menyesatkan umat Islam Sunni.

2. Memboikot perniagaan ini atas dasar 'Aqidah Islam Ahli Sunnah', lalu dengan ruginya syarikat ini, maka Syiah menjadi lemah dan tidak berupaya untuk menyebarkan kesesatan mereka.

Demi Allah, hanya iman anda sahaja yang boleh menentukan jawapan.

Berkenaan ECPI:

Sunday, August 4, 2013

Thursday, August 1, 2013

'KONGSI CONCEPT : Artikel Tun M Yang DISERANG RBA

'KONGSI CONCEPT : Artikel Tun M Yang DISERANG RBA. Hilang dari Facebook secara tiba tiba.
By Tun Dr Mahathir Mohamad
’KONGSI’ CONCEPT: Each side has to sacrifice something so that the other can gain something
IN response to the emergence of a Malay political party, Umno and its success in rejecting the British inspired Malayan Union, the Chinese community of the 1940s saw the need for a political party of their own to present their views to the British government.
Thus was the MCA conceived and born, led by Malacca’s Sir Cheng-Lock Tan. Although it was intended to counter the influence of Umno and protect the interests of the Chinese community, events changed the strategy and role of the MCA.
In 1952 the Kuala Lumpur Umno leaders and the Kuala Lumpur MCA branch leaders decided that in the Kuala Lumpur municipal elections, they should not contest against each other, but instead should support each other’s candidates in their respective constituencies.