Sunday, December 9, 2012

Wahai Umat ISLAM, Usah Bermimpi Di Siang Hari


1. Satu gambar yang tersebar luas di internet atau secara spesifiknya blog dan Facebook rakyat Malaysia. Semuanya bagai meroyan melaungkan kenapa perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Malah apa yang lebih 'meroyan' lagi ada pihak yang sentiasa menyalahkan orang laian terutamanya Kerajaan kerana keadaan ini tidak berlaku di Malaysia.

2. Bukannya Pemikir tidak mahu keadaan sebegini berlaku di Malaysia. Tetapi biarlah bercakap atas dasar realiti dan berpijak dibumi nyata. Begitu juga berlaku kepada perkara memboikot produk Israel. Berapi rapi melalak. Tetapi, jelas tidak berpijak dibumi nyata. Persoalannya, kalau kita tidak menggunakan Internet yang dicipta oleh Yahudi ini, nak ganti dengan apa. Kalau tak makan KFC atau McD nak ganti dengan apa yang merupakan milik orang Islam. Lebih menariknya, mereka yang kerja di syarikat berkaitan Israel ini nak kerja kat mana kalau nak pulaukannya.

3. Kita atau Umat Islam bercakap selalunya atas dasar Emosi, Sebagaimana yang banyak mendorong mereka turun kejalanan hari ni dan melakukan kekerasan sambil menjerit Islam itu satu kelembutan dan kedamaian. hehehe 

4. Asasnya kita harus meningkatkan teknologi dan penguasaan ekonomi terlabih dahulu. Kalau ada umat Islam yang memiliki shopping komplek sebagaimana di atas. bolehlah diidamkan perkara sebagaimana dalam gambar di atas. Kesilapan umat Islam ialah sering mengidamkan sesuatu yang Berada di tangan orang lain untuk dijadikan HAK mutlaknya atau mengikut arahannya. Bukankah itu sesuatu yang pelik. namun itulah hakikat umat Islam pada hari ini.
                        

5. Usahkan nak menguasai ekonomi dan teknologi. Hendak bersatu sebagaimana bangsa lain pun sukar bagi umat Islam. Selagi itu, jangan bermimpi nak mengusai dunia. Ada umat Islam yang dah maju, mesti ada yang lain nak jatuhkan. hehehe fikir fikirkan... Tidak perlulah disenaraikan di sini, takut ada yang meroyan nanti. Bukan bangsa lain tetapi umat Islam atau lebih kepada Melayu Islam itu sendiri.

6. Wahai Umat ISLAM, Usah Bermimpi Di Siang Hari. "Yang bulat tidak akan datang bergolek, Yang pipih tidak akan datang Melayang"

Oleh : Pemikir
www.suarapemikir.com

7 comments:

  1. Betol ke abg.. anyware saya nk bagi tau blog abag sudah di review dalam blog saya.. segala komen jangan marah ye!! sori kalau salah bahasa.. so abg boleh baca dan komen kat http://gengentry.blogspot.com/2012/12/review-blog-012-suara-pemikiran.html

    ReplyDelete
  2. hmm xde perkara yg mustahil kl nak boikot jika sekiranya semua negara Islam bersatu dan produce produk sendiri..tp kl setakat boikot hangat2 tahi ayam..pastu bl abis perang makan blk semua produk yahudi.. mmg bermimpi di siang harilah jwbnye..

    ReplyDelete
  3. Orang islam hakikatnya memang suka menunjuk-nunjuk apabila berkaitan dengan bab sembahyang dan gaya alim-ulamak. Boleh pasang speaker baik pagi, siang dan malam(tapi orang lain tak boleh??)..Mesti pasang kopiah, serban, jubah dan simpan janggut lebih panjang lebih afdal. Kalau nak nampak lebih omm, pasang pulak bulu mata tebal dan pakai maskara supaya lebih hitam. Bukan hanya bersolat di masjid-masjid tapi di tepi-tepi jalan dan di mall-mall. Namun di sebalik semua hiasan kulit hanya Allah yang tahu isinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi, kalau bab sembahyang, langgar undang-undang pun boleh contohnya tak pakai helmet disebabkan nak pegi solat maka 'halal'. Parking sembarangan sehingga mengganggu laluan disebabkan sembahyang maka'halal'!!

      Delete
  4. kurang bersetuju dengan memboikot kerana memboikot lahir dari nafsu amarah, kita tak patut mengajak orang menebalkan nafsu amarah bimbang-bimbang mengeras dan mengelapkan hati. apa yang harus dilakukan oleh umat Islam adalah perbanyakan sedekah dan dosa kerana itu senjata umat islam (jika tak mampu berperang jihad di bumi palestin). sedekah boleh menyucikan jiwa dan harta, doa daripada hambaNya yang suci diterima Allah, insyaAllah. Firasatku, kembalinya sedikit keamanan di bumi gaza sekarang adalah kesan dari doa mukmin yang bersedekah. Bersedekahlah walau sedikit, kemudian berdoa sungguh-sungguh, Allah akan hantar pertolongan nanti, ini janji Allah taala, yakinlah.

    ReplyDelete
  5. maaf erratum, pembetulan (line 4, perkataan *dosa kepada DOA (Anon, 11 Dis. 2012)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks