Saturday, December 8, 2012

Tidak Pernah Rugi BERBUAT BAIK

1. Salam perpaduan.

2. Kali ini Pemikir ingin memperkatakan berkaitan hal yang sudah menjadi publik domain namun menimbulkan pelbagai pendapat mengenainya iaitu berbuat baik. Semua kita tahu akan berbuat bak adalah satu amalan mulia. Hal ini di didik dalam diri kita sejak kecil lagi dan ramai yang mengamalkannya dalam kehidupan harian. Alhamdulillah seandainya anda bukan sahaja tahu akan kepentingan berbuat baik malah mengamalkannya dalam kehidupan harian. Tahniah.

3. Namun, kali ini Pemikir ingin mengecilkan sedikit skop berbuat baik ini dari sudut 'berbuat baik sebagai seorang blogger'. Blogger ada tanggungjawab sosial sebagaimana juga media sosial atau sesiapa sahaja. Memperkatakan sesuatu yang baik seperti membekalkan pembaca dengan ungkapan motivasi, mengalakkan perpaduan dan mengingatkan para pembaca agar sentiasa mengingati Allah adalah contoh mudah. Namun, dalam mengejar persaingan dalam berblog, terutamanya mengejar ranking blog yang baik agar memperoleh pendapatan yang baik boleh menimbulkan satu persaingan yang membawa kepada pengabaian dan lunturnya sifat berbuat baik ini. Malah ia menimbulkan perasaan lain yang dipanggil syak dan iri hati.

4. Bagaimana ia berlaku, dan apakah yang dimaksudkan oleh Pemikir.? Biar Pemikir Jelaskan. 

5. Hal ini (perasaan syak dan iri hati) biasanya berlaku kepada blogger blogger yang masih baharu. Dalam memperkenalkan blognya kepada dunia blogger, antara strategi yang sering dilakukan adalah melawat blog blogger blogger lain dan meninggalkan komen di ruangan 'Shout mix' atau komen pada artikel. Satu langkah yang betul dan di kalangan blogger proses ini dipanggil 'Blogwalking'. Memang itulah kedah yang betul. Habis tu, di mana silap mereka?

6. Kesilapan yang Pemikir maksudkan ialah ketika menguruskan blog sendiri. Pertama, ruangan Link rakan rakan. Ramai blogger baharu tidak akan meletakkan nama atau alamat blogger lain di blognya sehingga mendapat persetujuan bahawa blog yang lain juga akan meletakkan link blognya di blog mereka. Ini satu kesilapan. Berbuat baik dengan meletakkan alamat blog orang lain di blog bukanlah satu yang dianggap promosi kepada blog mereka tetapi juga merupakan promosi kepada blog kita sendiri. Ini akan dapat meningkatkan imej blog kita yang berkemungkinan menerima tempias blog orang lain terutamanya blog yang lebih baik rankingnya ketika para pembaca melayarinya.

7. Satu lagi ialah ketika menulis artikel untuk blog anda. Rajin rajinlah berbuat baik dengan melatakkan link orang lain dalam artikel anda kerana ia sangat membantu blog anda untuk meningkat naik. Dengan meletakkan link ini, ia akan dikesan oleh enjin pencarian yang seterusnya membawa pencari kepada blog yang anda linkkan kepada blog anda berbanding blog asal walaupun blog tersebut lebih baik rankingnya.

8. Adapun ini hanyalah pandangan seorang blogger yang masih mentah dan ianya terdedah kepada kesilapan. Seandainya ada , mohon rakan rakan betulkan ye.

9. Setakat itu sahaja dahulu buat masa ini. InsyaAllah seandainya ada kelapangan Pemikir akan menulis lagi untuk perkongsian semua.

Oleh: Pemikir
www.suarapemikir.com


2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks