Tuesday, December 11, 2012

Teringat Zaman KANAK KANAK Melihat Gambar Ini

1. Teringat Zaman KANAK KANAK Pemikir apabila Melihat Gambar Ini. Mungkin ada yang mengatakan ini sesuatu yang mengarut tetapi itulah hakikatnya yang pernah Pemikir lalui dalam kehidupan ini. 

2. Membuat permainan sendiri yang kebanyakannya dari bahan terbuang dan tanah liat serta bahan berunsurkan kayu seperti gasing menjadi amalan ketika itu di Pulau Bruit, Sarawak, kawasan yang jauh tertinggal dari kemajuan. Kalau pun sampai kemajuan pada masa itu, tentunya wang ringgit menjadi halangan utama untuk memiliki permainan yang lebih moden kalau pun ada.

3. Tetapi Alhamdulillah. Rupanya Allah hendak membekalkan pengalaman hidup itu menjadi bekalan berguna dalam menemuh kehidupan sekarang secara tidak langsung. Apabila dikenang, ia menjadi satu perkara yang membawa kepada keseronokan pada hari ini.






6 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks