Tuesday, December 18, 2012

Pelajarku Seorang WAKIL RAKYAT (YB) ; Alamak...

1. Satu berita yang pastinya disukai dan sangat digemari oleh oleh kebanyakan para atau mahasiswa di Malaysia terutamanya yang kemaruk hendak berpolitik. Pelajar IPT kini boleh bertanding dalam pilihanraya umum mewakili mana mana parti politik di luar dan sekiranya menang boleh menjadi wakil rakyat dan bergelar Yang Berhormat (YB).

2. Sesetengahnya nanti pasti keliru, sama ada hendak tamatkan pengajian atau terus menjadi wakil rakyat danpa Ijazah hahaha. Mana satu harus di dihulukan.? Kepada mereka yang kemaruk kuasa pasti akan terus menjadi Wakil Rakyat tanpa banyak cerita. Tetapi pada pandangan Pemikir, mereka yang lebih waras akan meneruskan pelajarannya sebelum bercita cita menjadi wakil rakyat tanpa Ijazah.

3. Mungkin dilema yang dihadapi pelajar mungkin agak kurang berbanding Pensyarah sekiranya ramai calon 'mahasiswa' yang menang dan menjadi wakil rakyat. Pensyarah mungkin akan melayan semua pelajar sama rata tetapi kesamarataan itu bolehkah diterima oleh mereka yang bergelar YB sekiranya masih ada dalam Kelas.

4. Agak lawak juga mengenangkan kalau pelajar Pemikir nanti adalah Wakil Rakyat atau lebih glamournya bergelar YB.



Pensyarah :"Baiklah YB... Tolong jawap soalan saya tadi..."
Yang Berhormat :" YB pun Berkata " Saya tak pastilah Dr..."
Pensyarah : "YB tak pasti ke tak tahu..."
Yang Berhormat: "Eeee Tak Pasti Dr..."
Pelajar Lain " Jawapannya ialah .....blablablabla...... Dr."
Pensyarah : "Betul... Terima kasih"

Seandainya berlaku situasi seperti ini, apa agaknya akan berlaku pada Yb tersebut. Seterusnya jangkakan pula apa yang berlaku kepada pensyarah tersebut. Heehehe

5. Adalah tidak mustahil untuk situasi sebegini berlaku di Malaysia suatu hari nanti.

6. Apa pandangan dan pendapat anda. Post ini ada tujuan tertentu yang hendak dicapai bersandarkan komen yang akan anda beri. oleh itu Pemikir mohon kerjasama rakan rakan sekalian agar pandangan bernas anda dicatatkan diruangan komen di bawah.

7. Harap Maklum

p/s: Artikel ditulis ringkas dan kurang rujukan kerana sibuk dengan assignment n research. 

4 comments:

  1. Aduh...jgn lah semat jiwa politik ni dlm sistem pembelajaran remaja....ingatlah politik juga yg memecahbelahkan Islam..kan bagus sematkan cara pemerintahan khalifah pada pelajar2 ni...lebih terjamin masa depan dari segi akhlak,dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelajar pelajar aliran GANAS telah mendesak kerajaan sehingga sanggup berdemonstratsi di jalanan untuk hak ini. Sesetengah tindakan menggugat keamanan menyebabkan kerajaan terpaksa akur. Kita lihat bagaimana hasilnya. Jangan lupa nak hafal MUKA pelajar pelajar yang merasakan diri mereka hero ni.

      Delete
  2. Saya setuju dengan Annony..
    Banya juga isu sensitif yang telah dimainkan tanpa memikirkan kesannya pada jangka masa panjang. Agak sedih juga melihat mereka yang bergelar mahasiswa harapan bangsa tidak berfikir sebagai pihak BEBAS Politik agar menjana pendangan dan ilmu yang lebih berguna.

    Pandangan yg BIAS bukanlah satu pertimbangan yang adil

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks