Monday, December 3, 2012

Nota BONDA Buat Puteranya MOHD AZIZI

NOTA KASIH-SAYANG UNTUK ANAK BUJANGKU….MOHD AZIZI….

Kasian anakku…kau tidak sesenang adik2mu….
Mama pernah mengendungmu bertiga di atas motor kapcai…
Ada waktunya bersesak..terhuyung-hayang dalam bas awam…
Sedangkan adik2mu selesa beraircond di dalam kereta…
Mampu menjulur kaki dalam ruang yang luas….
Namun kau tetap masih bertuah berbanding mama…
Mama cuma ada kaki ayam meredah jalan…
Namun mama masih tetap lebih bertuah dari mereka…
Yang lahir tanpa nikmat sepasang kaki….

Kasian anakku… kau tidak semewah adik-adikmu…..
kau tidak dilimpahi kasih sayang yang sempurna ….
Dan kemewahan…..sewaktu kecilmu….
mama sering tertekan….mencari diri dalam kesukaran…
Berhempas pulas memulakan kehidupan…
Bermula dari langkah yang paling kosong…..
Namun kau tetap harus bersyukur….
Kita masih mampu makan 3 kali sehari…
Malah kau tetap masih bertuah berbanding mama…
Yang pernah menjamu selera berlaukkan garam…
Tapi mama tetap masih bertuah…
Berbanding mereka yang sering diancam kebuluran…

Kasian anakku…..kau tidak seperti rakan2mu….
yang ada segalanya….begitu sempurna…..
kerana kita memulakan segalanya bermula dari langkah pertama..
Namun kau tetap lebih bertuah dari mama….
Sekurang-kurangnya dirimu ada mama & papa…
Tapi mama telah kehilangan ayah diusia muda…
Tapi mama tidak perlu merungut….
Kerana masih ada yang tidak punya siapa2….

Kasian anakku…..serba kekurangan…
mama tidak mampu memberi segala keperluanmu…
namun tidak perlu merungut nasib ….
Dirimu tetap lebih bertuah dari mama…
Bantuan & tawaran mengiringi perjalananmu…
Bersyukurlah kerana kau tetap lebih bertuah dari mama…
Di zaman mama…tiada bantuan & tawaran semudahmu…
Malah…mama pernah digelar pengemis …
Semata-mata kerana meminta bantuan dari…
Seseorang yang berpengaruh….
seseorang yang sewajarnya memberi bantuan….
Namun mama tetap masih bertuah….
Berbanding insan lain……
Yang tidak pernah berpeluang ke sekolah….

Buat anak bujangku…..kau antara yang sering bersyukur….
Menerima berapa saja tanpa merungut….
RM10…bagimu seperti beribu…..
Itulah hikmahnya….dari segala kesukaran yang dilalui….
Malah kau lebih menghargai kesenangan…
Berbanding adik2mu….

Kau mampu tersenyum…..
Walau dalam keadaan yang paling sukar…
Itulah pelajaran paling berharga dalam hidupmu….
Menerima kesukaran dengan hati terbuka…..
Mereka yang biasa mewah…..mampukah ????

Anakku….jadikan….
Segala kesukaran…
Segala kekurangan…
Segala keciciran….
Sebagai penguat semangat….
Sebagai penunjuk jalan….
Sebagai pegangan baik….

Apapun keadaan dan kesukaran…
Kita Cuma perlu ingat 1 perkara…
DIA yang menjadikannya….
DIA yang menunaikannya…
DIA yang memakbulkannya…
Selebihnya apa yang perlu kita risau…..

CUMA ….JANGAN KEHILANGAN RAHMAT & KEREDHAANNYA…..
INSAN LAIN CUMA PENGHIAS YANG MENCANTIKKAN….
CUMA PENCONTENG YANG MEMBURUKKAN…
PERJALANAN HIDUP INI….

INGATLAH…….
HIDUP DENGAN BAIK UNTUK DIRI & ORANG LAIN….
BERNIAT BAIK UNTUK DIRI & ORANG LAIN…
BERTANGGUNGJAWAB UNTUK DIRI & ORANG LAIN…
SELEBIHNYA TIADA YANG PERLU DISESALKAN……
SALAM KASIH SAYANG UNTUK ANAK BUJANGKU....
by Kak Sa Yang on Friday, October 21, 2011 at 10:23pm ·

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks