Friday, December 14, 2012

Makan Buah Pulasan PERCUMA Di Serdang

Pemikir terbaca post ini di Facebook Jabatan Petanian Malaysia dan berhasrat untuk berkongsi bersama anda semua. 

JOM! MAKAN PULASAN SECARA PERCUMA
(idris bald)

Bertempat di Pusat Pembangunan Komoditi 
Serdang berlangsung pesta makan buah pulasan di ladang. Anda hanya perlu mendaftar sebagai peserta tanpa bayaran. Masuk ke ladang dan petik buah pulasan sendiri dan nikmatilah sepuasnya, jika ingin dibawa balik beg plastik disediakan, timbang dan barulah anda perlu membayarnya dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Pluck n Pay, begitulah pesta yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian yang akan dibuka kepada orang ramai bertempat di ladang pusat tersebut kira-kira 4.0 km dari Tol UPM. Pesta akan dibuka mulai 9 pagi hingga 12 tengahari dihari bekerja bermula dari 17 Disember.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengalami sendiri pengalaman memetik dan menikmati buah pulasan segar dari klon terpilih terus dari ladang Jabatan Pertanian.

Kalau ada kelapangan InsyaAllah, kita jumpa di Sana semua ya.

3 comments:

  1. masyuk.. mcm best.. hari bekerja, den kerja.. huuu bukan rezeki lah nie.

    ReplyDelete
  2. buah pulasan klon terpilih..wah mesti sedap kan..tapi jauh nya rasa nak pergi..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks