Thursday, December 27, 2012

KHASIAT Pokok Terung Pipit

POKOK TERUNG PIPIT – Mengenang Zaman Kanak-kanak
(idris bald)

Ketika menyusuri deretan peniaga kecil di Pasar Besar Melaka hujung minggu lalu, terdapat seorang peniaga menjual buah Terung Pipit. Apabila ditanya, peniaga tersebut memberitahu bahawa terung pipit enak dimakan. Caranya, buahnya ditumbuk sedikit untuk dipecahkan dan masukkan ke dalam sambal goreng ikan bilis atau campurkan bersama masak lemak cili api ikan sungai. Boleh juga dicelur buahnya dan cicah bersama sambal tempoyak sangat enak rasanya.  

Jika kampong, anda akan dapati terung pipit tumbuh melata di kawasan belukar dan semak. Terung pipit dipercayai dibiak melalui penyebaran oleh unggas seperti burung yang gemar memakan buahnya. Mengenang kembali zaman kanak-kanak, buahnya dibuat peluru senapang mainan buatan sendiri menggunakan batang bemban yang dibentuk menyerupai senapang untuk mainan anak-anak kampong.

Terung Pipit (Solanum Tarvum) atau dikenali juga dengan nama terung rembang (rimbang),terung manggul, terung belanda atau takokak (Indonesia) termasuk dalam keluarga Solanaceae. Dalam setiap 100 g bahagian terung pipit yang boleh dimakan terdapat   89 g kandungan air, 2.0 g protein, 8.0 g karbohidrat, 1.0 serat dan juga kandongan vitamin B1 serta vitamin C.

Secara tradisi dikatakan penderitaan sakit perut boleh diubati dengan meminum air rebusan buah terung pipit. Selain dari itu akar pokok terung pipit boleh mengubati retak kulit pada kaki. 

Apa yang menarik pokok terung pipit yang berkayu liat bercabang dan berduri ini berpotensi sebagai pembersih kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Oleh itu ia sesuai ditanam di tepi-tepi longkang yang tercemar bagi tujuan tersebut, namun pokok yang ditanam di tepi longkang ini tidak sesuai dijadikan sumber makanan manusia bagi menggelakkan dari keracunan.
Beberapa spesis pokok terung pipit mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maiti et al., 1979). Putik terung pipit juga dikatakan boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut atau ‘gastrointestinal’ yang berpunca dari ‘solanaceous steroidal glycoalkaloids’ (SGAs).
POKOK TERUNG PIPIT – Mengenang Zaman Kanak-kanak (idris bald)

Sumber : Facebook Jabatan Pertanian

4 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks