Saturday, December 1, 2012

Harimau Malaya BERTEMU Garuda

1. Pastinya inilah perlawanan yang paling dinantikan oleh seluruh peminat AFF Suzuki Cup 2012. Tidak kira peminat Malaysia atau Indonesia kedua duanya pasti menanti penuh debar akan perlawanan pada malam ini. Namun, Pemikir percaya bahawa perlawanan ini bukan sahaja dinantikan oleh peminat Harimau Malaya dan Garuda malah seluruh negara yang menyertai AFF Suzuki Cup 2012.

2. Perlawanan malam ini adalah perlawanan getir bagi kedua dua pasukan dalam usaha mengelak bertemu Thailand sekiranya berjaya layak ke separuh akhir. Thailand yang jelas sejak awal lagi menunjukkan taring pada AFF kali ini adalah pasukan yang perlu diberi perhatian. Apakah Malaysia berjaya mengatasi Indonesia? Kita tunggu dan lihat malam ini.

3. Sebagai peminat setia Harimau Malaya, Pemikir amat yakin Malaysia boleh mengatasi Indonesia dengan jaringan 2 berbalas 0. Ramalan anda? Atau ada lagi yang janji nak POTONG ANU atau Nak BOGEL Kat mana mana kalau Malaysia Menang. hehehe





2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks