Sunday, December 30, 2012

GAZA Semakin TERBUKA Kepada Dunia


Kali pertama dalam sejarah Gaza yang dikepung !!

Mesir membenarkan bahan- bahan pembinaan melalui sempadan untuk dihantar ke Gaza. Ya melalui sempadan !! 

Pemimpin Islam Mesir, (Dr Morsy) telah membenarkan bahan-bahan bina merentasi sempadan Rafah pada hari Sabtu tadi, buat pertama kalinya semenjak Hamas memerintah Palestin sejak tahun 2007. 

Sebelum ini Israel telah memperketatkan sekatan bantuan atau apa-apa bahan binaan dihalang daripada memasuki Gaza. 

Hamas berharap bahawa dengan munculnya pemimpin yang Islamik ini dapat membuka Pintu Rafah sepenuhnya agar barang-barang komersial dapat di salurkan ke Gaza. 

Sempadan Rafah adalah satu-satunya laluan yang tidak di kuasai oleh Israel (Israel telah menarik ketenteraannya dari situ pada tahun 2005). 

Sebelum ini Kaherah hanya mengehadkan laluan Sempadan Rafah ini untuk tujuan perubatan dan laluan pengunjung sahaja, yang mana menyebabkan terowong-terowong rahsia terpaksa digunakan untuk rakyat Gaza untuk tujuan menghantar bahan-bahan binaan. 

Sumber/gambar: 
Palinfo

Apa yang mampu Pemikir lakukan ialah mengucapkan Syukur kepada Allah dan Alhamdulillah...

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks