1. Adalah menjadi lumrah kepada blogger yang masih baharu seperti Pemikir untuk mencari seramai mungkin follower yang boleh. Semua sedia maklum bahawa follower yang ramai akan membawa kepada 'viewer' dan 'trafik' yang ramai ke blog kita. Malah semua juga sedia maklum kehadiran follower / viewer / pengunjung / trafik yang ramai menunjukkan pengaruh sesebuah blog.
2. Selain itu, kehadiran mereka ini akan memberi nilai tersendiri pada blog yang sterusnya menjadi kunci kepada kejayaan blogger sama ada berniat untuk menyebarkan maklumat atau mendapat pendapatan dari blog masing masing. Ingatlah, persaingan dikalangan para blogger semakin hebat dari hari ke hari namun, itu bukanlah alasan untuk kita mengalah dan berundur dari persaingan yang rasanya cukup adil dan saksama. Mendapatkan follower blog bukannya mudah dan janganlah mudah kecewa.
3. Namun, diingatkan bahawa matlamat blogging bukanlah boleh dicapai dalam masa atau tempoh yang singkat. Ini bukan skim cepat kaya kepada mereka yang berniat hendak menjana pendapatan dengan Blog, walaupun hakikatnya blog boleh menjadi sumber pendapatan anda. Mana mungkin untuk kita mengejar pencapaian blog seperti Beautifulnara.com, Ariffshah, Ben Ashaari, Red Mummy, Denaihati, Blog Serius, Paul Tan, Nisa Kay dan banyak lagi, walaupun hakikatnya ianya 'BUKAN MUSTAHIL' untuk dilakukan, terutamanya oleh mereka yang menjadi blogger sepenuh masa.
4. Bebarap pantang larang dan metodologi perlu diambil perhatian dan pertimbangan dalam setiap perancangan blogger untuk terus maju. Di sini Pemikir ingin berkongsi sebahagian daripadanya, dan moga moga perkongsian ini memberi faedah kepada para blogger terutamanya mereka yang masih baru.
i. Kandunagn yang baik
Adapun 'butter and bread' kepada kejayaan blog anda adalah isi kandungan yang bermakna dan bersifat menyumbang kepada blogger lain atau pembaca pada keseluruhannya. Tips terhadap sesuatu atau ilmu baharu yang ditulis dengan bahasa ringkas menampakkan kesan yang baik kepada pencapaian para blogger yang telah berjaya. Selain itu, bahan bacaan yang berinformasi dan bersifat hiburan juga mempunyai impak yang tinggi.
ii. Selalu komen di blog
Mungkin anda telah biasa dengan nasihat ini. Selalulah meninggalkan 'jejak' anda di blog blog orang lain agar mendapat kunjungan balas daripada para pembaca blog tersebut atau pemilik blog yang dilawati. Usahlah terlalu cepat berputus asa sekiranya mereka tidak melakukan kunjungan balas. Sebagaimana yang diutarakan sebelum ini, blogging memerlukan tempoh yang agak panjang untuk anda dikenali. Mungkin anda pernah mendengar beberapa blogger terkenal yang pendapatannya pada amsa ini melebihi RM 10k sebulan, tetapi pada peringkat awal pembabitannya dalam dunia blog beliau juga tidak dikenali dan hanya mendapat beberap ringgit bayaran seteah berblog selama lebih 3 tahun. BUkanlah ini lumrah.
iii) Minat
Oleh itu, karanglah blog anda atas dasar minat yang baik agar anda tidak berhenti ditengah jalan. Tidak dinafikan ada yang terpaksa berblog walaupun tidak berapa minat atau dalam bahasa lainnya 'terpaksa', namun secara jelasnya, minat boleh dipupuk terutamanya terhadap topik yang anda hendak karang sebagai kandungan blog. pasti ada perkara yang anda minat dalam hidup.
iV) Jangan jadi SPAMer
Dalam keghairahan kita untuk mempromosikan blog. Kekadang kita tidak sedar akan tindakan kita yang terlalu bersemangan atau terlalu ghairah untuk dikenalai menyebabkan kita dianggap 'musuh' atau 'pengacau' malah tidak mustahil dianggap sebagi 'penipu' oleh orang lain di alam maya. Bahasa lainnya ialah 'spam'.
Dalam kerajinan kita untuk mempromosikan blog kita selalu meninggalkan komen yang menayangkan alamat blog kita di ruangan kimen blog orang lain. ketahuilah bahawa tindakan ini dianggap mempromosi blog dan tuda disukai oleh kebanyakan blogger. Komenlah ruang di blog orang lain dengan sebaiknya dan pasti mereka akan membuat kunjungan balas.
v) Jangan Terlalu Ghairah
Pun begitu. jangan terlalu ghairah. Komen yang terlalu banyak dalam blog seseorang dan email atau apa jua kaedah komunikasi yang membolehkan kita mengajak atau mempromosikan blog boleh menjadikan kita dihindari oleh rakan rakan. Apa tidaknya, tiada topik lain yang kita bicarakan melainkan blog yang mungkin tidak diminati oelh rakan rakan sekeliling.
vi) Sabar
langkah seterusnya ialah langkah Sabar. Bersabar menunggu pengunjung blog anda sambil sabar dalam melakukan promosi yang tidak melampau blog anda. Ingat sekali lagi, tiada jalan pintas untuk kejayaan dan begitulah juga kejayaan dalam anda berblog.
Sekian
Oleh : Pemikir
www.suarapemikir.com
www.suarapemikir.com
Nice article pemikir. Keyword rasanya sabar and ikhlas berblog kan...Kalau kita berblog kerana minat and not others semuanya akan jadi ok...istilah give up tak mungkin ada..
ReplyDeleteYa benar... sabar adalah kunci segalanya dan ia hendaklah disusuli dengan istiqamah.
Deletetq pemikir....
ReplyDeletesy berblog....tujuan nak 'kongsi hati' sbg saham d negeri abadi :-)
satu tujuan murni "Kejarlah akhirat maka, dunia akan mengejarmu"
Deletesetuju.. btw, promosi itu penting.. soal orang kunjung or tak, itu belakang kira.. klaw blog kita tu mmg terbaik, tak promote pon orang akan hari2 datang.. tapi klaw orang x datang tu, mesti ada something wrong somewhere.. so kenala improve.. :)
ReplyDeleteSatu pandangan yang bernas saudara. terima kasih atas nasihat yang berguna
Deleteyaaa setuju dgn pndapat niee
ReplyDeleteThanks Ikaa
Deletehai bro,
ReplyDeletesaya pun setuju dengan ulasan diatas, jadi blogger kena ada etika dan harus ada sabar jika nak berjaya.
Kesabaran itu perlu dalam apa jua termasuk dalam dunia blog.
DeleteApa pun terima kasih atas kunjungan blogger senior seperti tuan Donnyien
Deletewah, saya juga baru di dunia blog...... :)
ReplyDeletePemikir pun orang baru. salam perkenlaan sesama blogger
Deletepemikir.. mari kita sama2 mara ke depan...... leeza pun baru juga. nk masuk 2 tahun.. tahun pertama... tak aktif lgsung...
ReplyDeleteJom Leeza.. mari bekerjasama. Pemikir bermula dari April 2012.
DeleteSaya pulak lebih suka blOgden x dikenali. Sbb rasa bila ramai follower, nanti kurang feel nk meluah di blog. Pendapat peribadi saya
ReplyDeleteMasing masing ada pendapat. Post ini lebih kepada mereka yang hendak mengejar ranking seterusnya menjana pendapatan.
Deletexpayah ikut style blog org lain, yg pnting jd diri sndri, ramai ke x follower bkn tu yg utame, yg utame cite kite d bace =)
ReplyDeleteTeruskan usaha itu yang penting
DeleteTempoh matang untuk sesuatu blog itu berkembang adalah selama 6 bulan
ReplyDeleteKalaulah benar tempoh matangnya 6 bulan. nampaknya tertinggal la blog ini. aduss
Deleteyang penting jadi diri sendiri..usaha untuk berkarya n menulis dgn berhemah utk menarik org singgah n membaca, orang follow ke tak..terserah , rzqi masing2..tak blh terlalu mengharap atau memakse org follow kita..
ReplyDelete