Wednesday, December 5, 2012

Blogger Dari NEGERI Manakah Anda...?

1. Setelah sekian lama berbicara sesama blogger di alam maya. Kenapa tidak kita adakan sedikit sesi berkenalan dari manakah asal anda wahai para Blogger sekalian, agar ikatan sesama blogger lebih erat dan lebih mesra.

2. Pasti semua pernah merasa apa yang dipanggi 'Ice Breaking' sama ada ketika memasuki sekolah atau institut pengajian tinggi Awam atau swasta. Dan pastinya anda juga tahu akan kesan yang baik daripada sesi perkenalan tersebut dalam kehidupan anda sehingga sekarang. 

3. Adapun Pemikir adalah blogger yang berasal dari negeri Bumi Kenyalang, SarawakTiba di semenanjung malaysia atau secara spesifiknya, Selangor, pada 1997 bagi melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) sehinggalah sekarang masih berada di Semenanjung. Telah berumahtangga dengan wanita solehah pilihan hati dari Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 2007 dan InsyaAllah kekal  dan bahagia sehingga ke akhir hayat.


4. Mula belajar menjadi Blogger sejak 2007 tetapi tidak menjadi. Menutup blog tersebut dan bermula semula dari 'kosong' pada April 2012. Dan Inilah Suara Pemikir Blog yang sedang anda baca sekarang. Semoga blog ini memberikan sesuatu kebaikan kepada anda semua.

5. Apa pula kisah anda sebagai blogger...? Mohon diberikan sedikit butiran seperti;
~ Nama
~ Asal (negeri dan kawasan)
~ Taraf perkahwinan (kalau tak keberatan)
~ Bila Mula Menjadi Blogger (sedikit kisah menjadi blogger)
~ LINK Blog anda..
~ Atau apa sahaja yang anda ingin kongsikan...

6. Terima Kasih atas kerjasama para blogger sekalian. Semoga ikatan para blogger semakin erat dan mesra.

Oleh : Pemikir
www.suarapemikir.com

12 comments:

  1. salam..sy join disni=)
    nama :nadrah
    asal : dilahirkan di perak tapi sudah 24 tahun tinggal di rompin, pahang
    Berblogger sejak 2010-niat terdetiknya mula berblog sebab dulu rajin dok baca blog org lain..pastu teringin nak wat blog sendiri.
    link : http://whywhylovenad.blogspot.com/

    sila jgn segan ke blog saya..selamat berkenalan bloggers (^_^)Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Miss Nadrah. Pemikir pasti menjenguk blog itu.

      Delete
  2. jawapanya ada di sini

    http://www.aqumad.com/2012/12/pemikir-tanya-korang-dari-negeri-mana.html

    ReplyDelete
  3. haiii..... emmm.... nak jawab kat sini ker mana erk.. nak jawab guna entri juga ok x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. kongsikanlah link nya di sini ya

      Delete
  4. ,, saya dari Indonesia letanya di provinsi jawa barat dan, saya orang ciamis, berbahasa indonesia dan bahasa daerah sunda

    salam kenal OM
    www.geoool.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan bapak.... moga terus berhibung sesama blogger

      Delete
  5. slm....sya blogger dri tganu kita...jadi partime wedding photographer gak..tahun nie xbyk entri yg di post sb sibuk keje2 harian...sudi2 r terjah ke blog sya...http://rahsiawindows.blogspot.com dn http://e-nai.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. singgah sini. uat khas ni sbb nk jawab soalan2 .
    http://www.santaileeza.com/p/about-me.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks