Sunday, December 9, 2012

AFF Suzuki Cup : Malaysia Vs Thailand


1. Gajah Putih Bertemu Harimau Malaya pada AFF Suzuki Cup 2012 Malam ini. Kalau dilihat dari sudut kejadian alam pun agak sukar untuk meramal akan kedua dua makhluk ini. Harimau dan Gajah memang menjadi musuh tradisi dan sukar untuk mengalahkan satu sama lain. Begitu jugalah yang berlaku pada pasukan Malaysia dan Thailand. Musuh tradisi dua pasukan Terbaik Asia Tenggara ini menyukarkan para pemerhati bola sepak meramalkan keputusan perlawanan AFF pada malam ini.

2. Malaysia sebagai juara bertahan nampak gah, namun bersandarkan rekod semasa, Thailand lebih menunjukkan kematangan dalam menghadapi setiap pasukan pada AFF kali ini. Dengan rekod bersih yang dimiliki, ramai pemerhati meramalkan Thailand adalah bakal juara AFF Sezuki Cup Edisi 2012.


3. Apa pun Harimau Malaya tetap memiliki kemampuan yang sukar dijangka. Apakah episod sama pada edisi lalu akan berulang, yang mana Indonesia turut dilaungkan bakal juara kerana kelebihan bermain ditempat sendiri. Apapun, harimau malaya harus mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke Thailand untuk separuh akhir kedua nanti.

4. Ramalan Pemikir. Malaysia menewaskan Thailand dengan jaringan 1 berbalas 0, itupun seandainya senarai lengkap Malaysia termasuk Safee Sali dan Wan ZAck turun bermain. Apa pun keadaan nampak sukar buat juara bertahan.

5.Ada tak sesiapa yang nak 'bernazar' kalau Malaysia menang atau kalah hehehe.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks