Monday, December 10, 2012

Abby Abadi MERACAU Lagi Di Twitter

 

 Pemikir kadang kadang tak faham dengan perangai manusia. Sering menunjukkan dialah 'ahli syurga' dan orang lain ahli neraka semuanya. Hanya apa yang dia buat betul dan orang lain semuanya salah. 
Kini tiba pula mempertikaikan usaha murni yang orang lain lakukan.

Terbaharu Abby Abady mempertikaikan usaha beberapa rakan artis yang sanggup ke Palestine yang belum pasti boleh kembali dengan sempurna tubuh badan atau bersama nyawa di badan. Bukan senang nak ke GAZA dan bukan senang nak memaparkan 'bukti' kekejaman Israel ke mata dunia. Mungkin dia (Abby Abady) Tak follow kisah yang berlaku di GAZA selama ini kot.

Harap harap lah jangan nak mempertikaikan usaha orang lain. Yang diri kita ni sentiasa berusaha untuk mengkritik orang lain tanpa memberikan sesuatu yang lebih baik. Orang bina rumah kita kritik tak kena itu dan ini. Kenapa tidak dibina rumah lain yang lebih baik. Orang tolong seorang dua kita kritik, tolong tak cukup ramai. Kenapa tak tolong orang lebih ramai dari itu. Orang bagi seringgit kita kata kedekut, tetapi kita tak bagi pun walau satu sen. Orang bagi ubat kita kata ubat tak berkualiti sedangkan kita tak bagi apa apa. 

Dan..
Orang pergi membantu kita kata jalan jalan sedangkan kita tak berbuat apa apa selain mencari salah dan alasan serta kontroversi yang menjemput populariti. Mungkin geng Afdlin Shauki yang dimaksudkan tidaklah boleh kita pastikan dengan jelas.
Apapun... Hendak melakukan apa yang disindir oleh Abby Abadi dilaman twitternya sebagaimana dipaparkan di atas pun bukannya senang kalau berbicara dari konteks GAZA.

Sudah sudahla tu. Buat apa yang dirasakan baik selagi tak bertentangan dengan Islam. Dan rasanya setiasa memperlekehkan usaha orang lain adalah salah satu yang dilarang oleh Islam. Apa pun Pemikir ni bukannya ustaz... 



4 comments:

  1. Kan aku dah tanya sama pemikir itu hari. siapa pemimpin atau mereka yang baring atas jalan dari PAS yang pergi ke itu Palestin

    ReplyDelete
  2. xpayah nk cari kesalahan org lain jek mcm abby ni, biarlah org tu nk snap pic ape pun, at least dieorg ade usehe nk mmbntu org2 d gaza tu

    ReplyDelete
  3. aku bukan nak bela abby,,,tapi kita doakan supaya allah beri petunjuk pada dia itu jln terbaik

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks