Monday, November 19, 2012

Ultrabook Idaman Pemikir : Jenama...???

1. Dalam usaha Pemikir untuk memiliki Ultrabook, maka Pemikir sempat melayari internet, yang semestinya menyasarkan bahagian Teknologi dengan menyasarkan Gadget / Gajet. Agak ketinggalan kan. Tapi tak apalah. Bertindak atas kemampuan. hehehe

2. Dalam pencarian tersebut Pemikir terjumpa satu artikel yang sedikit sebanyak merubah semula keputusan pemikir yang sebenarnya telah membuat keputusan untuk memiliki Ultrabook dari acer. Alhamdulillah... 

3. Inilah yang dinamakan persaingan di dunia teknologi. perubahan yang sangat cepat dan pantas. Makanya, Pemikir mengambil keputusan baharu untuk menunggu sedikit masa lagi sebelum membeli dan memiliki Ultrabook. Kali ini Pemikir menyasarkan untuk memilih Ultrabook yang berfungsi sebagai Ultrabook dan Tablet. 

4. Ultrabook Idaman : Ringan, kalis Air, Tahan Jatuh, Tahan Bateri, Screen Resolusi Tinggi, Boleh di lipat, Boleh Jadi Tablet, Boleh Jadi Modem, Grafic Card Laju, dan paling menjadi idaman ialah ianya mesti Windows 8 dan Harga Tak Mahal hehehe. Dan jenama idaman Pemikir sebenarnya, Ultrabook Samsung, Ultrabook hp atau Ultrabook AsusJenama mana yang terbaik ye.? Boleh cadangkan tak? 

Inilah artikel yang Pemikir maksudkan;
Sumber : Berita Harian Online




Ultrabook dengan kemampuan prosesor yang kelajuan pantas serta waktu booting yang singkat sudah biasa, begitu juga dengan ultrabook yang memiliki ukuran tipis dan ringan.

Namun, sebuah ultrabook dengan sambungan kelajuan WiFi pantas, cukup jarang ada di pasaran. Perkara inilah yang ingin dimanfaatkan oleh Dell dengan produk ultrabook terbarunya Latitude 6430u.

Produk ini dikhususkan untuk golongan pengusaha yang dilengkapi dengan fungsi WiGig. WiGig inilah yang bakal memberikan sambungan WiFi dengan kecepatan hingga 7 gigabite per saat.

Jika dibandingkan dengan WiFi 802.11n yang kerap dijumpai pada gajet lain, kecepatan WiGig ini 10 kali lebih tinggi. Sayangnya, WiGig hanya mampu bekerja dalam jarak yang lebih dekat.

Ultrabook ini hadir dengan pemprosesan Intel Ivy Bridge serta rekaan luaran yang tahan jatuh dan air. Di bahagian skrin, ultrabook ini hadir dengan skrin berukuran 14 inci. Latitude 6430u ini memiliki ukuran tipis hanya 20.32 milimeter dan berat 1.67 kilogram.


− Paparan: Pemproses Intel Ivy Bridge
- Tahan jatuh dan kalis air − Saiz: Senipis 20.32 milimeter 
- Berat 1.67 kilogram 
- Sambungan wifi dengan teknologi WiGig


www.suarapemikir.com

2 comments:

  1. ciri-ciri ultra book menarik, ringan dan juga nipis. senang nak bawa ke,mana2. tq atas perkongsian tuan. salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Tuan. Terima kasih atas kunjungan balas.

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks