Monday, November 26, 2012

RESEPI Durian Crepe


1. Hehehe.. Mesti ramai yang terkejut melihat tajuk entri Pemikir kali ini. Resepi durian crepe bukanlah hasil ciptaan pemikir. Tak pernah terfikir nak cipta resepi. Cukup sekadar mencari durian crepe yang dah siap. Beli dan makan. Mudah kan.

2. Mungkin melihat entri pemikir yang lepas maka adalah hamba Allah ni yang mengirimkan email kepada Pemikir resepi durian crepe ini. Nak cuba? Manalah Pemikir arif pasal masak memasak ni. Tapi Isteri tersayang dah janji nak buatkan durian crepe bila jumpa nanti. Alhamdulillah...

3. Taknaklah membebel panjang lagi. Marilah kita sama  sama kongsi resepi ini.

RESEPI DURIAN CREPE
Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 20gm tepung gandum
  2. 20gm tepung ubi
  3. 10gm tepung kastard
  4. 10gm tepung jagung
  5. 1 biji telur
  6. 1 senduk myk masak
  7. 1 senduk gula halus
  8. 40ml susu cair
  9. 150ml air
  10. pewarna kuning
  11. perisa durian

Cara buat Durian Crepe:


1) Masukkan bahan bahan (semua) yang ada kedalam sebuah mangkuk, dan sebatikanya dengan whisk dan kemudian tapis..

2) Kepekatan hendaklah sederhana. Tambah air sedikit demi sedikit kalau terlalu pekat, boleh jugak gunakan blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.

3) Gunakan sesenduk kecil untuk menuangkan adunan tadi kedalam kuali yang dipegang..

4) Layangkan kuali tadi agar adunan sekata dan diletakkan atas api yang kecil sampai memasak.

5) Pastikan masak hingga kering, angkat dan tak perlu terbalikkan semasa mengangkat ok.

Fillingnya pula :

  • 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..
  • (boleh mix sekali dgn 2sudu isi durian. nak banyak pun boleh)
  • isi durian..
  • Msukkan fresh cream letak isi durian..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
  • lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
  • siap dan boleh dimakan. Hehe..

3 comments:

  1. npk mcm susah jgk ni nk buat,beli jela lg sng.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu penyelesaian yang baik. Kalau sedap sangat n nak makan selalu bolehlah mula belajar buat sendiri kan hehehe

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks