Tuesday, November 20, 2012

Rayuan Bantuan Kepada Rakyat Palestin

1. Inilah masanya. Inilah tempatnya dan inilah yang sebetulnya.

2. Seandainya anda masih ingat bahawa Pemikir pernah menunjukkan pendapatan pertama Pemikir dari Nuffnang pada post yang sebelum ini bertajuk "Duit / Cek Pertama Dari Nuffnang". Dalam entry tersebut juga Pemikir ada mengatakan pada awalnya pemikir berhasrat untuk mendermakan setiap 10 peratus daripada semua pendapatan iklan di blog Suara Pemikir kepada badan kebajikan yang memerlukan sumbangan.
3. Pemikir merasakan inilah masa yang sesuai untuk bertindak. Pemikir akan mendermakan kesemua pendapatan yang tentunya tidak seberapa (Pendapatan 6 bulan pertama blog Suara Pemikir) itu yang telah dikreditkan kedalam akaun CIMB pemikir kepada pertubuhan Aqsa Syarif (Facebook / Website) yang di Pengerusikan oleh Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor yang juga merupakan bekas pensyarah Pemikir satu ketika dahulu. 

4. Bukanlah niat Pemikir untuk menunjuk nunjuk. Adapun artikel ini ditulis adalah untuk turut Mengajak dan Merayu rakan rakan blogger sekalian untuk melakukan perkara yang sama bagi meringankan beban rakyat Palestin yang sedang menderita. Rayuan ini juga dipanjangkan kepada semua Pembaca dan Pengikut setia Blog Suara Pemikir dan mana mana blog untuk turut serta. Tidak salah mengorbankan sedikit pendapatan blog (kepada blogger- terutama blogger popular dan berpendapatan lumayan) dan sedikit wang saku kita semua kearah kebaikan. 



                        

"Bukankah sedekah itu salah satu cara 'Menjemput' rezeki"
Akaun Bank:
Maybank Islamic : 551575-004299
Bank Islam : 12092010034904
CIMB: 12160000452101

5. Marilah kita beramai ramai menjalankan tanggungjawab sosial dan yang paling utama adalah tanggungjawab kita sebagi umat Islam terhadap saudara kita yang tertindas iaitu rakyat Palestin. Terima kasih atas keperihatinan anda semua.

6. Harap Maklum

Oleh : Pemikir (www.suarapemikir.com)
Gambar : Aqsa Syarif

1 comment:

  1. Semoga Usaha Murnimu di berkati Tuhan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks