Sunday, November 11, 2012

Perkara Terlarang Yang Sering Kita Buat...

Sesungguhnya dalam hidup kita seharian. Kita sering dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan, menyedihkan atau pelbagai lagi perasaan dan situasi.

Bak kata pepatah melayu "Yang pahit itu biasanya ubat dan yang manis itu selalunya racun"

Kecenderungan manusia terhadap sesuatu yang menyeronokkan walaupun sedia diketahui ia biasanya mendatangkan keburkan adalah salah satu fenomena yang mencabar pemikiran normal. 

Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita elakkan; Menyenaraikan perkara perkara yang terdapat dibawah bukanlah menunjukkan bahawa pemikir ini baik dan sempurna. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan mereka yang mahu mendengar adalah tujuan utama Pemikir berkongsi perkara ini;
1) Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka Kecuali dalam situasi yang dibenarkan oleh syarak.

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Sesungguhnya Islam itu menyukai kebersihan agar kekotoran dari tandas tidak terbawa ke seluruh rumah.

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan apatah lagi kebanyakan bekas makanan pada hari ini adalah dari kaca. Ketahuilah salah satu bahan untuk santau adalah serpihan kaca.

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapan. Ada pun hal ini, Pemikir tafsirkan kepada sifat bertangguh yang sememangnya memberikan hasil yang merugikan dalam kehidupan.

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. Sentiasalah memulakan sesuatu dengan niat kerana Allah, semoga seluruh hari kita diberikan ganjaran pahala Oleh Allah.

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.  Tidaklah Pemikir arif dalam hal ini dan masih mencari maksud tersirat.

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Terutamanya kepada kaum lelaki. Beringatlah.

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Sesungguhnya istighfar itu adalah pembasuh dosa dan penyelesai kepada banyak masalah.

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Sifat yang berat untuk manusia lakukan.

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. Serahkan segalanya kepada Allah. Redhalah dalam apa jua yang berlaku.

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. Kunci kepada balasan rezeki dari Allah.

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. Sekali anda berbohong anda akan dipaksa oleh keadaan untuk terus berbohong.

18) Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. Semoga Pemikir terhindar dari sifat ini.

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. "Sekiranya anda memburu akhirat, dunia akan memburu anda"

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan dan kebaikan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

Oleh : Pemikir

3 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks