Tuesday, November 27, 2012

'Penghinaan' Umat Islam Terhadap Islam...


Wanita Berzina Ditembak Mati
(Kepada Yang Lemah Semangat Jangan Tengok Video Di Bawah)

1. Ini adalah antara Penghinaan Umat Islam Terhadap Islam itu sendiri terhadap kedudukan dan kemuliaan Islam di mata dunia. Video ini telah ditonton oleh ramai pelayar internet diseluruh dunia yang tentunya majoriti dari mereka adalah golongan yang bukan Islam. Anda  pasti boleh menjangka apa tanggapan mereka.

2. Dengan aksi yang sebegini, Islam itu pada hakikatnya telah dihina oleh umat Islam itu sendiri. Ingatlah, Allah telah mengingatkan kita bahawa Islam itu telah sempurna dan janganlah melampau dalam melakukan apa sahaja termasuk dalam BERAGAMA (Mengamalkan Islam). Sesungguhnya Islam itu menuntut kesederhanaan yang terbukti lebih membawa kebaikan. Apa yang menyedihkan perkara ini dilakukan oleh mereka yang melaungkan slogan 'Memperjuangkan Islam'. 

3. Adapun Islam menetapkan hukum bunuh dengan memancung (dalam kes tertentu spt bunuh) kepala tidaklah lebih zalim dari hukuman bunuh yang ada pada hari ini seperti hukuman gantung dan kejutan elektrik. Dari segi saintifiknya hukuman pancung tidak menyakitkan penerima kerana apabila terpustusnya kepala (Otak) dengan bahagian yang lain, maka tiadalah lagi otak menafsiran isyarat dari badan dan ia sangat cepat membunuh. Namun ia kelihatan menakutkan kerana untuk memberi pengajaran kepada mereka yang lain.

4. Tidaklah perlu Pemikir berbicara panjang dalam hal ini kerana Pemikir yakin para pembaca sekalian telah maklum akan hal ini. Cumanya Pemikir hendak berpesan kepada semua dan diri sendiri agar berhati hati melakukan apa sahaja dalam kehidupan kerana ia akan membawa kepada penghinaan masyarakat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada agaman yang anda anuti.


5. Mohon maaf seandainya pandangan Pemikir tersilap dan menyimpang. Berilah teguran dengan ikhlas untuk kebaikan bersama.

Oleh : Pemikir

7 comments:

  1. terma kasih share. tgk video tu tak hbs pun.. huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

      Delete
  2. Apasal lak cover dgn bendera yg mirip pas..?anyone can explain this?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pulak ke situ. hehehe lain orang lain pandangan kot. tapi ini tiada kaitan dengan malaysia.

      Delete
  3. Inikah yang dinamakan amalan agama yang penuh dengan "Allah maha pengasih dan maha mengampuni"? Pada satu ketika nabi Isa didatangi oleh seorang pelacur yang dikejar oleh orang ramai yang hendak membunuhnya. Mereka melontarkan kata-kata kesat terhadap wanita tersebut termasuk menuduhnya berzina. Lalu nabi Isa berkata..'jika ada diantara kamu yang di sini yang tidak berdosa biarlah dia yang pertama untuk melontarkan batu kepada wanita ini'..orang ramai kemudian berundur meninggalkan tempat tersebut tanpa membuat sebarang lontaran...pilihlah amalan yang benar-benar mengamalkan kasih bukan hanya dibibir sahaja.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks