Monday, November 19, 2012

Penantian Satu Penyiksaan (Buat Para Blogger)

1. "Penantian satu penyiksaan" memang telah menjadi ungkapan biasa dalam kehidupan manusia. Ungkapan ini menjadi mainan dalam banyak keadaan terutamanya kepada mereka yang bercinta. Namun, bukan gologan itu sahaja yang mengalaminya secara serius. Golongan blogger juga perit sebagaimana ungkapan tersebut biarpun mudah melafazkannya. Maka, artikel ini adalah ditulis khas buat para blogger Malaysia terutamanya blogger baharu.

2. Merujuk kepada blogger blogger baharu. Kunjungan daripada blogger hebat dan popular adalah sangat dinantikan. Apa tidaknya ramai yang berusaha untuk meniggalkan komen di blog mereka dengan harapan dapat dilihat dan mereka akan melakukan kunjungan balas. Bagai menanti kucing bertanduk. Mana tidaknya, pengikut mereka ada puluhan ribu orang dan kita (Blogger baharu) hanyalah picisan diantaranya. Memang satu kejutan dan nasib baik sekiranya mereka ini (blogger popular) singgah di blog kita. Maklumlah, tak menang tangan melayan peminat. Kan mereka ini Selebriti di alam maya.
3. Apakah perlu kita terus berharap akan kunjungan mereka ini.? Atau kita perlu melakukan sesuatu selain memberikan komen dan menghantar pesanan ringkas agar mereka singgah diblog kita dan mendapat tempias pengikut setia mereka untuk terus mengikuti blog kita seterusnya meningkatkan trafik. 

4. Facebook, twitter, blog, website, sms malah turut menemui dan menegur mereka jika tersempak. Tapi kecewa kan. Semuanya bagaikan sia sia. Sebagimana juga Pemikir yang sering berharap agar blogger blogger yang Pemikir menjadi pengikut setia mereka, suatu hari nanti akan membalas kunjungan Pemikir. Pemikir tidak putus asa mengikuti blog blog popular seperti 1Malaysia, Tun M, Chomel Craft, Cik Epal, Red Mummy, Lyssa Fyzureen, Yuyu Zulaikha, Famous Quotes, Fatin Liyana, Maria Elena, Cik Tom, Aku Biomed, Zack Zukhairi, Paultan.org, Shahabudeenjalil.com, Honeykoyuki.blogspot.com, Kucing.my, iluvislam.com, ohbulan.com, Koleksi1001resepi.com, All-aboutiphone.blogspot.com, Rotikaya.com, Hasrul Hassan, Ninieahmad.com, Founder.limkokwing.net, Eqbalzack.com, Yunainspired.com, Danielzaidi.com, Chedet.cc, Kznabihah.com, World-superbikes.blogspot.com, Placesandfoods.com, Inianwarhadi.com, Fukkenlol.blogspot.com, Hazrey.com, Bicaramakdara.com, Ariffshah.com, Afdlin Shauki dan banyak lagi.

5. Terlintas juga mahu berbicara secara personal dengan mereka ini terutamanya blogger sepenuh masa. Terdetik juag dihati ingin mengetahui apakah rahsia dan tips sehinggakan mereka ini mendapat pendapatan lumayan hanya dengan blogging.

6. Namun, akhirnya Pemikir membuat keputusan untuk menyaingi mereka ini secara adil. Pemikir memulakan langkah untuk menulis lebih banyak artikel yang pastinya akan menarik pembaca setia dari semasa ke satu masa. Katahuilah bahawa Kandunag blog (artikel) adalah 'butter n bread' kepada blog anda. Pemikir tidaklah tertekan dengan kedaan ini memandangkan dari awal lagi Pemikir menetapkan blog Suara Pemikir ini hanya akan mendapat tempat dihati pembaca serta hanya boleh mengumpul seorang dua pengikut  setia setelah April 2013, iaitu genap setahun beroperasi.

7. Pun begitu, Pemikir tetap berharap satu hari nanti akan ada dikalangan Blogger yang popular yang terseanarai di atas akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Suara pemikir. Bukan mengharap mereka akan turun kebawah, tetapi pemikir akan terus berusaha untuk terus meniti tangga perjuangan yang pernah mereka lalui. Bukanlah untuk bermegah tetapi sekadar ingin mendengar cerita suka duka perjalanan mereka yang insyaAllah Pemikir akan bukukan.

8. "Bukan mudah tetapi ia bukanlah Mustahil". Tambahkan Ilmu, tambahkan pengetahuan, tambahkan rakan dan tambahkan usaha. InsyaAllah... Pemikir akan sampai di sana (sebaris dengan blogger popular). Walaupun ianya bukan matlamat utama dalam hidup Pemikir yeng lebih inginkan kejayaan besar dalam dunia AKADEMIK.

9. Harap Maklum

Oleh : Pemikir (19.12.2012)
www.suarapemikir.com



3 comments:

  1. Salam ziarah tuan,
    Terima kasih atas segalanya... Follow you

    ReplyDelete
  2. erk ciktom tmasuk blogger popular jgk ke?rsnya tersilap blog ni..hehe...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,
    Sungguh tidak Pemikir menyangka bahawa beberapa yang mempunyai ranking tinggi sudi datang berkunjung ke blog ini. Terima kasih di ucapkan kepaca Cik Tom iaitu pemilik blog (www.ciktom.com)yang semakin meningkat naik.

    Terima kasih sekali lagi. saya akan buat post khas buat cik Tom. Thanks

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks