Monday, November 12, 2012

Nurul Izzah Anwar : Melayu Boleh Murtad...?

Pemikir tergerak juga untuk memperkatakan isu yang sedang hangat di dunia politik Malaysia. Namun, Pemikir bukanlah mahu melihat isu ini dari sudut Politik yang semakin bercelaru di Malaysia sekarang. 
Pemikir melihat video kenyataan Nurul Izzah Anwar ini beberap kali untuk lebih jelas mengenai kenyataan yang beliau keluarkan. Ternyata jelas beliau memperkatakan bahawa "kebebesan beragama adalah perlu diguna pakai untuk semua, termasuk Melayu (yang sinonim beragama Islam").

Inilah yang dikatakan "Sebab pulut santan binasa dan sebab mulut badan binasa". Tetapi bukanlah Pemikir hendak mengeruhkan lagi keadaan. Cukuplah dengan perang saraf yang sedang berlanjutan sekaran ini. Blog politik seperti Papa Gomo , House PK, Semut Hitam dan lain lain blog Pro Kerajaan terus mengetengahkan isu ini manakala blog pro pembangkang sepertu Suara Keadilan , Tukar Tiub dan Milo Suam Pula mempertahankan pemimpin mereka ini.

Apa pun pertikaman yang berlaku, Ingatlah bahawa kita semua ini beragama Islam dan Islam amat membenci penganutnya bertelagah sesama sendiri. Sesungguhnya Islam itu adalah addin dan menyeru kepada perpaduan dan kedamaian. Tidaklah perlu kita memperlihatkan Islam itu menyeru kearah perpecahan walaupun kita tidak lafazkannya dengan lidah. Sesungguhnya kesilapan dalam berkata kata itu lumrah namun, melakukan sesuatu yang dilarang itu amatlah parah. Lihat sahaja hasil dai pertelingkahan ini sebagaimana yang ditunjukkan dengan gambar di bawah. Tidak perlulah kita sampai melakukan hal ini.


Namun apa yang lebih mengecewakan ialah jawapan dari beberapa ahli biasa dalam politik, "kenapa kita tidak boleh berbuat demikian. Sedangkan mereka (PAS) boleh sewenang wenangnya mengkafirkan orang lain sebelum ini". 

Apa pun, Pemikir yakin lebih ramai mereka yang sedar dari mereka yang terus bergelumang dengan tindakan bertuhankan Politik ini.

Semoga Allah membuka hati kita semua untuk melihat perdamaian sebagai jalan terbaik.

1 comment:

  1. Macam sokong nurul izah jer ko ni Pemikir. ape ke hay. dah sampai macam ni pun ko nak back up lagi ke. jangan gadaikan akidah

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks