Tuesday, November 27, 2012

Masa SESUAI Mengejar Ranking Blog

1. Pemikir ingin berkongsi sedikit pemerhatian Pemikir bersama para Blogger sekalian. Hal ini adalah berkaitan dengan ranking blog dan persaingan dalam memburunya.

2. Pasti ramai yang terkilan kerana tahun 2012 adalah tahun yang sukar untuk memburu ranking blog yang baik. Persaingan dilakangan blogger nampaknya terlalu sengit sehinggakan mengejar ranking blog sama ada peringkat global dan region (Malaysia) bagaikan satu yang amat berat.

3. Apa yang sebenarnya berlaku.?

4. Pemikir membuat sedikit pemerhatian akan hal ini dan dalam pemerhatian itu Pemikir meneliti ranking Alexa untuk mendapat jawapan. Kenapa persaingan ini wujud dan siapa sebenarnya pesaing kepada para blogger terutamanya blogger personal. Sebelum itu, biarlah pemikir terangkan siapakah blogger personal yang pemikir katakan. Blogger personal yang pemikir maksudkan di sini adalah mereka yang memiliki blog yang bercerita tentang isu semasa secara santai dan tidak spesifik kepada mana mana genre. Blog mereka mengandungi pelbagai genre dan jelas tidak tertumpu kepada genre tertentu dan lebih bercerita akan kisah peribadi seperti kisah keluarga, kehidupan harian atau kisah percintaan atau persahabatan, masakan dan sebgainya.

5. Kembali kepada hasil pemerhatian yang pemikir lakukan. Pesaing yang pemikir kenalpasti pada masa ini adalah Blogger Politik yang tumbuh bagaikan cendawan.  Maklumlah tahun 2012 adalah tahun paling dramatik dalam kancah politik negara. Beberapa kali tarikh pilihan raya diramalkan berlangsung pada 2012 sudah cukup menceritakan keadaan ini. 

6. Maka, tahun ini jugalah blogger politik muncul walaupun kebanyakanya adalah terpaksa. hehehe Maklumlah  ramai dikalangan mereka ini digelar 'Cybertrooper' parti parti politik tertentu dan kebanyakan mereka adalah dibayar. Maka tidak hairanlah post atau entri mereka adalah banyak setiap hari. Maka ini lah yang menyebabkan persaingan yang sangat tinggi kepada blogger personal dalam mengejar ranking dan trafik. Inilah pesaing yang sedang anda hadapi. tambahan lagi isu politik adalah isu PANAS dan menarik perhatian ramai pengguna internet.

7. Kenapa Pemikir mengatakan ini adalah masa sesuai sepertimana tajuk entri ini. 



                        
8. Jawapannya mudah. Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan berlangsung tidak lama lagi dan tentunya selepas sahaja PRU 13, alam blog akan sunyi daripada cybertrooper ini walaupun tidak sepenuhnya. Maka, sekarang adalah masa sesuai untuk blogger personal terus konsisten memastikan blog mereka dikemaskini selalu kerana ranking anda akan pasti melonjak setelah berlalunya PRU 13. Mungkin anda tidak percaya tetapi Pemikir amat yakin akan hal ini. Bayangkanlah ribuan blogger yang bergelar cybertrooper ini tidak lagi aktif di alam maya, maka beribu jugalah ranking anda akan bergerak kehadapan.

8. So, kepada yang hampir putus asa mengejar trafik dan ranking blog yang baik. Fikirkanlah semula dan mulakan langkah baharu. Semoga berjaya.

Oleh : Pemikir

7 comments:

  1. ouch.. sbb PRU 13 pun blogger ada kesannya erk.
    hooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar pandangan dari seorang yang baru belajar berblog hehehe

      Delete
  2. 306
    Kunjungan malam dan salam kenal jom
    postingan yang sangat bermanfaat
    saya follow 306, pleas follow back
    ditungggu
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah PP. saya dah follow ypur blog. nice blog

      Delete
  3. Saya setuju dengan pandangan Pemikir. Tapi saya tak ada blog lagi hahaha nak buat lah satu.

    ReplyDelete
  4. tak pandai la pulak nk tulis psl politik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asas sahaja. sekadar pengetahuan umum berkaitan politik. sebelum ini blog ini adalah lebih kepada politik dan PR blog 2/10 tapi setelah tinggalkan dunia politik PR blog ini terus 0/10 itulah kuasa politik. InsyaAllah sedang berusaha mengejarnya (ranking) kembali.

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks