Thursday, November 29, 2012

Khasiat Kurma Yang Perlu Kita Tahu...

1. Kurma atau nama saintifiknya Phonex dactylifera juga dikenali sebagai Tamar merupakan sejenis tumbuhan palma yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Tumbuh di kawasan yang berpasir atau bertanah Briss, Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. 

2. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda. Di Malaysia penggunaan kurma dilihat agak bermusim iaitu pada bulan Ramadhan.


“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“

Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.

Sabda Rasulullah SAW

3. Pandangan dari sudut sains pula menjelaskan bahawa kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja.

4. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. Kurma banyak dijadikan antara bahan yang menjadi pilihan untuk digandingkan dengan buahan lain dalam rumusan atau campuran perubatan berasaskan alam semulajadi.

Apakah antara khasiat utama kurma?

i) Cepat Di Serap Tubuh
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh pada kadar yang sangat cepat. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“
Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera untuk menampung keperluan badan ketika menunaikan solat maghrib, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

ii) Kaya Dengan Serat
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, perbandingan yang dilakukan oleh pengkaji terhadap kedua dua bbuah ini menunjukkan bahawa kandungan serat dalam 100g Kurma adalah 8g  sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi adalah baik untuk sistem penghadaman tubuh.

iii) Kaya Potassium
Selain itu kurma juga dikatakan kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama selepas bersukan, bekerja berat atau sepanjang tempoh berpuasa. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

iv) Penguat Memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

v) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
Surah Maryam, ayat 25

vi) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” Dari segi saintifik hal ini adalah mungkin disebabkan oleh terdapatnya serat pada buah kurma yang fungsinya adalah untuk menyerap bahan berbahaya.

vii) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kebanyakan buahan yang diuji mengandungi khasiat yang banyak boleh menyumbang kearah ini termasuk buah kurma.

viii) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku. Hal ini juga dipengaruhi oleh serat yang banyak terkandung dalam buah kurma.

www.suarapemikir.com

5 comments:

  1. sepatut nyer kita amalkan makan kurma walau pun bukan bulan puasa jer...selain dari makanan sunnah ia juga baik untuk kesihatan kita..bunda mmg suka mkn kurma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sepatutnya. saya suka kurma terutamanya yang segar tetapi sayang hanya di bulan puasa je ada

      Delete
    2. sepatutnye kita kene sarapan pg dgn kurma,,

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks