Sunday, November 18, 2012

Kenapa Harus Menjemput Derita

1. Dalam keadaan dunia yang semakin huru hara akibat pertukaran regim pemerintahan yang sebelum itu menjanjikan seribu harapan. Tidakkah kita memerhati, melihat, berfikir dan menyaksikan sendiri bahawa kesemua skrip itu hampir sama dengan pengakhiran yang menyedihkan.

2. Impian mencapai keamanan dengan kekerasan yang jelas hasilnya mengecewakan. Bolehlah dikatakan ini adalah satu eksperimen yang keputusannya adalah membelakangi hipotesis awal. Ternyata hipotesis yang menjangkakan kebaikan tidak tercapai dan ia telah dibentangkan dan terbukti. Namun, kenapa ramai yang tidak melihat dan tidak faham.

3. Perlukah kita mengulanginya.? Kalaulah pemikir diberikan hak untuk menjawab bagi pihak lain, maka Pemikir akan mengatakan kita tidak perlu untuk melakukan eksperimen yang telah diulang beberapa kali namun tetap memberikan jawapan yang sama. Atas nama kebangkitan ternyata ianya tidak berjaya pada jangka panjang. Dan itulah keputusan muktamat untuk metodologi yang digunakan.

4. Pengalaman di Thailand, Iraq, Mesir, Libya dan yang masih bertahan sehingga sekarang, Syria. Persoalan menarik untuk dibincangkan adalah apa yang sedang berlaku di Syria yang pada asalnya jelas mempunyai adunan atau material dan method yang sama dengan mereka yang sebelumnya. 

5. Apakah ini tandanya semain ramai yang sedar akan keburukan langkah atau method ini digunakan walaupun tujuan asalnya adalah murni. Mungkin juga mereka ini telah mengambil iktibar akan apa yang berlaku di negara sekeliling maka keadaan di Syria tidak seperti yang dirancang. Kebangkitan rakyatnya tidak menyeluruh sebagaimana dijangkakan bagai yang berlaku di Mesir.

6. Satu lagi isu yang menarik untuk diperhatikan ialah, majoriti keadaan huru hara dan penentangan ini berlaku disekitar nagara haram Israel. Kesemua negara disekelilingnya menghadapi masalah yang sama walaupun tidak terpapar secara langsung. Bertelagah sesama sendiri dalam sebuah negara. Pasti ada agenda penting yang Israel akan lancarkan setelah keadaan sekitarnya meruncing.

7. Senario dan skrip yang sama; Meningkatkan kebencian rakyat kepada kerajaan. Menentang secara kekerasan dan akhirnya bersenjata dan setelah berjaya, perkara pertama yang akan dilakukan ialah menukar BENDERA Negara. 

8. Apakah hal ini akan berlaku kepada semua negara Islam yang semakin maju dan mula menguasai dunia. Turki dengan kurdisnya, begitu juga Iraq sebelum ini, dengan dendam terhadap Saddam Hussein yang tidak pernah padam dek kerana mencalar reputasi U.S pada perang di Teluk. Rejim Mubarak di Mesir tersungkur tatkala mula 'melawan' Israel dengan membuka sempadannya tanpa kebenaran Israel setelah sekian lama tunduk dengan negara haram itu, yang jelas bukannya sebahagian dari Mesir. Libya yang juga jatuh dengan mengekalkan kecelaruan terhadap rakyat negara itu dek suara Muammar Gadaffi yang semakin lantang menentang Amerika. Dibunuh walaupun beliau adalah pemimpin utama negara yang ditangkap secara hidup hidup, yang mana prebet perang sekalipun tidak boleh diperlakukan sebegitu.

9. Apakah keseimpulan kepada semua ini.? dan kenapa negara Islam yang kuat dengan kuasa minyak ini boleh tersungkur begitu mudah? Bak kata beberapa pemimpin Arab, "Sekiranya Tun Mahathir memiliki kuasa  'minyak' sebagaimana dunia Arab. Tun Mahathir akan menakluk Seluruh dunia". Ituleh kepercayaan yang diberikan pemimpin negara Arab terhadap pemimpin Malaysia. Namun, hakikatnya Tun M pun menghadapi masalah yang sama iaitu, kesukaran menyatukan umat Islam di Malaysia.

10. Ternyata umat Islam itu kembali kepada zaman Jahiliah yang hanya mementingkan puak dan tidak lagi bersatu atas nama Islam berbanding Kristian dan Yahudi. Persoalan yang harus difikirkan bersamama ialah "Kenapa kita harus menjemput Derita"? yang semulajadinya sering menjenguk menanti ruang dan peluang.

Oleh : Pemikir (Sept. 2012)
www.suarapemikir.com

5 comments:

  1. Kekerasan bukanlah jalan penyelesaian kecuali anda ditindas seperti di Palestin. tak ada alasan nak bergaduh sama kita di malaysia ni. orang arab tu lain la memang suka gaduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Arab tu amalan nya apa? Sinonim kan dengan islam?. Orang palestine pula nak minta kemerdekaan (sudahlah wilayahnya kecik) maka terjadilah huru hara tak ubah seperti bangsa moro di selatan Philipine. Kerana apa? Kerana mereka islam! Malaysia pulak berbangga jadi perantara (pihak pendamai). Bukankah ini mencampuri urusan dalaman?? Kalau Sarawak dan Sabah yang majoritinya bukan islam nak keluar Malaysia boleh tak kita minta Philipine jadi perantara pulak? Di Malaysia kafir mengkafir, doa meruntuhkan sesama saudara dan bergaduh sesama saudara. Satu-satunya cara islam Malaysia berhenti membenci bangsa lain dan penganut agama lain apabila melayu itu sendiri bebas memilih agama. Maka agama itu dengan sendirinya akan berhenti dipolitikkan.

      Delete
    2. Satu lagi, di selatan Thailand hampir sama lak dengan selatan filipina. Sekecik wilayah tu pun nak kan autonomi?? Gara-gara apa?? Tak lain dan tak bukan ,gara-gara ISLAM! Malaysia pulak nak masuk urusan dalaman!! Gara-gara apa?? Gara-gara nak membela sesama ISLAM!!

      Delete
  2. hati hati sikit tuan MHS. nanti kena doa hancur jugak dengan PAS hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti biasa. saya tidak menyebelahi mana mana pihak. Pandangan saya adalah bebas dan ada kalanya nampak menyebalahi mana mana pihak. Namun itulah hakikatnya. semua manusia tidak dapat mengelak dari melakukan kesilapan.

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks