Thursday, November 15, 2012

Kenali Kategori Pengunjung Blog Yang Menjana Trafik

Permikir terbaca artikel menarik dari blog Cik Tom yang mungkin berguna untuk panduan diri Pemikir yang masih mentah di alam blog dan para blogger sekalian. Silakan Membaca...

Setiap blogger memang mengidamkan blog yang mereka miliki sentiasa dikunjungi dan meriah dengan pelawat. Namun, jarang yang ambil berat mengenai apakah jenis pengunjung blog yang singgah ke blog masing-masing. Hal ini penting kerana pengunjung penyumbang kepada unique visitor (pengunjung unik) dan view visitor (pelawat melihat). 

Untuk tahu lebih lanjut perbezaannya boleh baca; “Apa Perbezaan Unique Visitor dan View Visitor“. Berdasarkan dari jenis pengunjung inilah kita kenalpasti dan cuba untuk mensasarkan jenis trafik yang kita inginkan. Antara beberapa jenis pengunjung yang cik tom dapat kategorikan iaitu; 
Pengunjung Setia 

Mereka ini ialah penyumbang utama kepada bilangan pengunjung kepada sesebuah blog. Mereka akan tetap setia untuk melawat sesebuah blog. Setiap kali online pasti pengunjung ini akan melawat blog yang disukai walaupun tuan blog itu tidak melawat kembali blog yang dikunjungi. Agak susah nak dapatkan pengunjung jenis setia kerana tuan blog atau blog itu mestilah mempunyai daya tarikan yang kuat seperti ben ashaari, hanis zalikha atau fatin liyana. Daya tarikan samaada dari segi penulisan mahupun blogger itu sendiri. 


Pengunjung Keluarga dan Kenalan 
Pengunjung dari kalangan keluarga dan kenalan yang dikenali. 2 jenis pengunjung ini agak setia dan mungkin tidak mempunyai blog tapi lebih kepada hobi membaca blog orang dikenali bagi mengetahui perkembangan semasa. Pengunjung kenalan ini boleh juga didapati dari kawan baru dikenali apabila menyertai forum, ruang sosial, chatroom atau sumber maya yang lain. Dicadangkan cuba menjalinkan persahabatan dengan ramai kenalan baru. Bagi blog cik tom pula hanya beberapa orang kawan je yang tahu cik tom berblog sebab rasa lagi bebas nak menaip entry. hihi… 

Pengunjung Jenis Stalker 
Walaupun pada asasnya pengunjung jenis stalker mempunyai niat yang tidak baik tapi pengunjung jenis ini kebiasaannya salah satu penyumbang yang trafik paling banyak selain pengunjung setia. Ini kerana stalker akan sedaya upaya untuk menggeledah apa sahaja yang terdapat di dalam sesebuah blog yang tidak disukai dengan niat untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan mangsa kritikan. Pengunjung jenis ini boleh juga dikategorikan sebagai pelawat yang setia dan ia mempunyai dua sudut iaitu negatif (niat buruk) dan positif (trafik). 

Pengunjung Anonymous 
Pengunjung Anonymous memang glamer di kalangan blogger kerana tidak diketahui status secara pastinya apa tujuan pengunjung ini berkunjung ke sesebuah blog. Kerana tidak semua komen dari anonymous ini berbentuk negatif. Banyak juga yang didapati berunsur positif termasuklah yang cik tom terima. Ini mungkin kerana pengunjung anonymous ini tidak mempunyai akaun blog atau lebih suka low profile. 

Pengunjung dari iklan dan backlink 
Pengunjung jenis ini melawat sesebuah blog selepas tertarik dari iklan-iklan yang disewa di blog lain. Trafik dari cara ini agak menelan perbelanjaan tapi dijamin pulangannya jika kena dengan pelaburannya. Pelaburan dengan menyewa iklan di blog yang memberi trafik yang stabil dan banyak setiap hari. Trafik yang tidak perlu mengeluarkan wang ialah trafik dari pengunjung yang berkunjung ke blog hasil dari backlink di entry blog lain. Nickname yang menarik atau nama blog juga mudah menjadi tarikan; ” Nickname Main Peranan Penting Dalam Dunia Blog“ 

Pengunjung Ibu Bapa 
Pengunjung golongan ibu bapa kebiasaannya lebih sukakan entry yang lebih matang dan menceritakan kisah kehidupan yang lebih realistik. Perkara yang pertama yang dilihat lebih kepada pengisian sesebuah blog berbanding pada rupa blog menarik atau tidak. 

Pengunjung Remaja 
Pengunjung jenis ini lebih suka mencuba atau mempelajari sesuatu yang baru. Pengunjung ini juga suka berkunjung ke blog yang mempunyai design yang menarik sebagai kayu pengukur pada kali pertama berkunjung ke sesebuah blog. Pengunjung remaja lebih sukakan blog yang banyak upload gambar dan isu semasa. 

***************************** 

Untuk baca 3 jenis lagi pengunjung blog boleh baca entry cik tom sebagai penulis jemputan di blog ferry; “Pengunjung blog yang menjana trafik“. So, rasanya korang jenis pengunjung kategori mana?? Tepuk keyboard dan jawab komen….huhu ^_^

Sumber : Cik Tom
www.suarapemikir.com


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks