Wednesday, November 28, 2012

Harimau Malaya Kembali MENGAUM

1. Pemikir mulakan dengan ucapan TAHNIAH kepada para pemain dan juga jurulatih K. Rajagopal atas kejayaan menumbangkan Laos dengan jaringan besar Malysia 4-1 Laos. Ini telah membuka semula saingan dan perjuangan Malaysia di Piala AFF Suzuki 2012. 

2. Menyaksikan perlawanan antara Harimau Malaya (Malaysia) Menentang Laos bersama penduduk Cheras dalam keadaan hujan dan terkena juga tempias hujan tidak mematahkan harapan Pemikir untuk melihat kejayaan Harimau Malaya.

3. Malah sebelum perlawanan, Pemikir dengan megahnya melaungkan ramalan bahawa Harimau Malaya akan menumbangkan Laos dengan jaringan 4-0 dan turut menyatakan bahawa Safiee Sali adalah antara penjaringnya. Sebahagian mereka gelak besar mendengar ramalan itu. Adapun ramalan itu Pemikir letakkan memandangkan rekod pertemuan Malaysia Laos yang kesemuanya memihak kepada Malaysia sebelum ini. Hehehe


4. Apa pun ternyata ramalan Pemikir benar belaka. Kemenagan besar yang diperolehi oleh Harimau Malaya walaupun sedikit kecewa dengan peluang terhidang yang dilepaskan begitu sahaja oleh Safiee dan Norshahrul Izlan Talaha. Sebagaimana kebiasaannya, Safiee Sali amat sukar untuk menjaringkan gol pertama dan setelah berjaya, jaringan seterusnya akan menyusul. Diharapkan itu akan berlaku dengan perlawanan getir Malaysia menentang musuh tradisi, Indonesia nanti yang sebelum itu menang keatas Singapura dengan jaringan minit minit akhir Andik 1-0. 

5. Apa pun ternyata kritikan peminat Harimau Malaya termasuk entri pemikir sebelum ini telah didengari oleh K Rajagopal dengan mengetepikan seketika Apek pada masa ini. Namun, itu tidaklah bermakna Apek tidak akan bermain untuk AFF Piala Suzuki kali ini. Sekadar memberi masa untuk Apek agar mendapat fokus sepenunya.

6. Mangakhiri kata kata kali ini Pemikir mengucapkan syabas kepada beberapa pemian yang menonjol seperti, Mahalli, Wan Zack, Norshahrul dan Suafik Rahim. Pemikir mengucapkan selamat berjaya kepada Harimau Malaya pada perlawanan seterusnya. (Penjaring Gol Malaysia ; Safiee Sali, Wan Zack, Muhaymeen dan Syafiq Rahim)

Oleh : Pemikir

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks