Sunday, November 25, 2012

Harimau Malaya Dibaham Singa - Salah Siapa...?

1. Sebagai pengkritik bebas, Pemikir merasakan Rajagopal harus dipersalahkan sepenuhnya atas kekalahan ini. Untuk lebih spesifik, kesilapan paling besar yang dilakukan oleh Rajagopal adalah menurunkan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih glamour sebagai Apek sebagai penjaga gawang utama pada perlawanan pertama menentang Singapura.

2. Terlepas pandang atau memang tiada kebolehan melihat dari sudut psikologi bukanlah sesuatu yang boleh dimaafkan kepada jurulatih yang sebelum ini menjanjikan persembahan berbeza setelah tewas dan seri dikebanyakan perlawanan persahabatan bagi menghadapi kejohanan besar AFF Piala Suzuki 2012 (AFF Suzuki Cup 2012). Janji beliau bagi menutup mulut pengkritik ternyata memberikan 'senjata' baharu kepada para pemerhati dan pengkritik sukan tempatan untuk melancarkan serangan baharu terhadap beliau.


3. Kita sedia maklum bahawa Apek tidak akan mampu menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap tugas dipadang memandangkan tugasan luar padang yang lebih memerlukan perhatiannya. Perkara inilah yang gagal dipertimbangkan oleh Rajagopal. Lihat sahaja kesilapan awal yang dilakukan oleh Apek, ternyata itu boleh dikatakan sebagai kesilapan yang tidak sepatutnya atau kesilapan bodoh apabila berbicara berkaitan kebolehan penjaga gol utama negara itu sekaligus menyentap semangat rakan rakan.

4. Dalam membicarakan sebab mengapa Malaysia @ Harimau Malaya seringkali tewas kita banyak menyalahkan pemain diatas kelemahan faktor mental yang dimiliki. Namun, apakah kita terlepas pandang untuk menilai kebolehan jurulatih untuk melihat faktor itu sebelum perlawanan bermula. 

5. Kekalahan kepada Singapura mungkin boleh diterima memandangkan Singapura mempunyai pasukan yang mantap. Tetapi jumlah jaringan  besar (0-3) itu tidak boleh diterima sepenuhnya.



6. Apa pun Pemikir dalam masa yang sama memandang kekalahan awal Malaysia ini sebagai satu 'teguran' kepada psikologi para pemain agar lebih berusaha pada perlawanan seterusnya. Apa pun Good Luck Harimau malaysa dan anda semua masih ada masa untuk membuktikan sesuatu.

13 comments:

  1. Amboi. marah beno nampak pemikir ni. kita pecat rajagopal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tengah marah ni hehhe. Masalah lama berulang kembali.

      Delete
    2. mmg betol kate pemikir aku sokong

      Delete
  2. Apek sudah hilang fokus...kenduri kahwin nak dekat.
    semoga permainan lepas ni semakin baik..
    Malaysia Boleh (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang kita harapkan... good luck Malaysia.. masih ada peluang..

      Delete
  3. http://busuk.org/ping/view/377663 rojagbal perli team malaysia awal sgt kot?

    ReplyDelete
  4. kecewa tgk gol2 mudah singapore td....mmg ada kesilapan apek tapi pertahanan malaysia nampak tersgt longgar sampai alex duric senang lenang menanduk gol ke-3...sebenarnya masalah pertahanan ni dah terserlah masa siri perlawanan persahabatan lg...yg pelik masa di hong kong, pertahanan kita nampak ok pulak tanpa aidil dan azmi muslim...hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Hatimi, itu pun sat lagi... kalau pada saya apek dah perlu keluar bole corner tu.sebab dah dekat sangat dengan gol. nak challenge memang tak dapat sebab duric tinggi lampai. keeper lah perlu kuar seperti biasa. namun, apek tidak berada sepenuh hati atas padang rasanya. bukan salah dia tapi jurulatih... dia ikut je arahan jurulatih..

      Delete
  5. Apa pula alasan kali ini raja. next experiment ?

    ReplyDelete
  6. Betul tu Pemikir. Mindset mesti betul.

    ReplyDelete
  7. sesebuah pasukan yg hebat bergantung pd manager.
    cuba lihat chelsea.. managernay dipecat serta merta..
    lihat MC.. juga semakin hebat.
    Man utd.. sir alex yg sering buat kajian. di mana sahaja dia ada utk lihat permainan pihak lawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... kebolehan manager sepatutnya adalah menyeluruh termasuk perilaku dan psikologi pemaain. bukan hanya sekadar taktikal.

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks