Saturday, November 17, 2012

DOA Hancurkan UMNO BN : Wajarkah ...?

20121116 Doa solat hajat khusus kepada UMNO BN

1. Pertamanya biarlah Pemikir tegaskan bahawa ulasan Pemikir berkaitan isu ini adalah bebas dari pengaruh mana mana parti politik. Adapun menjadi prinsip ruangan Blog Suara Pemikir adalah memberikan pandangan bebas berkaitan isu semasa. Pun begitu, Pemikir pada awalnya bertindak mengabaikan isu ini memandangkan Pemikir cuba untuk mengelak dari mengulas isu berkaitan Politik.

2. Namun, isu doa ini terlalu cepat dan 'meletup' di kalangan blogger baik dari kerajaan atau pembangkang. Tidak terkecuali juga blogger 'bebas' seperti Pemikir dan rakan rakan.

3. Berkaitan tajuk di atas, dari sudut lain bolehlah diperkatakan; Wajarkah doa kehancuran UMNO (Islam) oleh PAS yang juga beragama Islam. Apatah lagi keduanya (UMNO dan PAS) adalah kberfahaman Sunnah. Kalaulah fahaman Syiah yang mendokan hal tersebut tidaklah Pemikir hairan.

4. Berbalik kepada soalan di atas, pada pandangan Pemikir, doa yang dilafazkan dan diaminkan itu adalah sangat tidak 'TEPAT' dan bolehlah dianggap satu kesilapan dalam mendoakan saudara sesama Islam. Adalah lebih molek sekiranya didoakan agar "UMNO' mendapat hidayah yang seterusnya menambah dan mengukuhkan UMMAH sekiranya benar UMNO di pihak salah. Ia akan membawa kepada bertambahnya kekuatan ummah kerana kembalinya mereka yang dianggap salah / zalim ke pangkal jalan.

5. Seandainya ingin dilakukan juga (Doa Kehancuran) terhadap mereka yang zalim haruslah ianya bersifat 'umum' seperti 'Ya Allah seandainya UMNO adalah pemerintah yang zalim maka........." dan bukannya mengatakan bahawa UMNO itu 'mamang' zalim. Sesungguhnya siapalah kita untuk memeberitahu Allah yang semestinya telah tahu segalanya termasuk sama ada UMNO itu zalim atau tidak. Allah itu MAHA Mengetahui...

6. Menarik juga untuk diperkatakan bahawa doa sebegini telah lama diamalkan dan jawapannya jelas sebagaimana yang ada sekarang. UMNO tetap berkuasa. Apakah ini menunjukkan UMNO tidak zalim atau sebaliknya. Fikirlah sendiri... Dengan keadaan yang kekal ini juga, Apakah kita boleh mempersoalkan 'kredibiliti' para ulamak ini kerana nampak jelas doa mereka ini tidak dimakbulkan. 

7. Teguran ini juga Pemikir panjangkan kepada pihak UMNO yang bertindak 'agresif' terhadap 'serangan' ini. Membalas balik dengan kenyataan dan penghinaan pada orang tertentu sebagaimana juga dilakukan pihak 'sebelah sana' sesungguhnya bukanlah langkah bijak yang diajar oleh Islam. Sekali lagi, apakah kita mahu menunjukkan kepada Allah bahawa kita bukan seperti yang di perkatakan, sedangkan Allah itu maha mengetahui.

8. Pemikir dengan rasa rendah diri, ingin merayu agar kedua dua parti Islam ini agar bersatu. Ini bukanlah masa untuk kita bertelagah sesama sendiri dan menunjukkan kekuatan yang sebenarnya melemahkan umat Islam. Tidakkah kita mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di dunia Islam pada hari ini. Terlalu mudah diperkotak katikkan kerana perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri.

9. Ingatlah, Napoleon Hill pernah berkata "Umat Islam tidak akan dapat dikalahkan dengan perperangan kerana mereka ada syahid" dan sesungguhnya senjata paling ampuh untuk menentang Islam adalah umat Islam itu sendiri....

10. Sesungguhnya "Doakanlah yang baik baik untuk saudaramu". 

11. Sekadar pandangan Ikhlas dari hamba yang hina yang merindukan perpaduan umat Islam, yang bergelar Pemikir. Harap Maklum.

Oleh : Pemikir (17.11.2012)
www.suarapemikir.com

8 comments:

  1. kesian, sedih, dukacita, malu, hampa, risau. sepatutnya doakan kebaikan, doakan diberi petunjuk dan hidayah kerana Allah SWT adalah pemilik petunjuk dan hidayah serta segala-galanya di langit dan di bumi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menyedihkan saudara Zakry. Melihatkan apa yang berlaku dikalangan umat Islam pada hari ini. Apa agak kata orang bukan Islam apabila melihat umat Islam memohon kehanduran utk orang Islam yang lain. 'Menakutkan'

      Delete
    2. bagi saya wajar sebab kerajaan umno xnak melaksanakan hukum hudud,,ustaz pemikir mung tanye UAI PON,UAI SETUJULAH BRO

      Delete
  2. GOD BLESS U. DOAKAN KESEJAHTERAAN PAS. SEMOGA TUHAN MENUNJUKKAN JALAN YG BENAR BAGI MEREKA. AMEN.

    ReplyDelete
  3. Islam adalah agama perdamaian. Syahid tidak akan dibenarkan selagi orang lain tidak mengancam (bertindak) terhadap Islam. Apa yang berlaku sesama Islam di Malaysia adalah sangat pelik. Terutamanya pada insan yang mentah dan sedang mendekati Islam ini. Bagaimanalah pandangan orang bukan Islam dengan hal sebegini. pasti mereka takut menghampiri Islam.

    ReplyDelete
  4. Saya merasa malu dgn pandangan orang bukan Islam dalam isu ini. Tentu mereka tersenyum sinis melihat kita bercakaran sesama saudara.
    Pernah dengar ketika kempen presiden di US mereka saling mendoakan kehancuran dalam kempen mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jelas agak memalukan kita sebagai umat Islam. Kalau orang biasa berdoa begitu tidaklah hairan mungkin kerana tidak dapat mengawal amarah. tetapi seorang yg dikatakan sebagai tuan guru.

      Delete
  5. Bunda sangat2 setuju pada ayat no 10 tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks