Monday, November 26, 2012

Dividen ASB 2012 Bakal Mengejutkan Pemegang SAHAM

Gambar Hiasan
1. Dividen Simpanan Amanah Saham Bumiputra (ASB) menjadi perbualan hangat penyimpan / pemegang saham pada masa ini. Mungkin telah lama kita tidak mendengar dividen ASB yang tinggi sebagaimana di awal pelancarannya dahulu. Pemikir sendir sempat merasa Dividen ASB sebanyak 13% termasuk bonus simpanan. Apakah jumlah dividen ASB pada 2012 akan kembali mencecah dua angka. 

2. Pemikir meramalkan ianya akan menecah belasan % memandangkan Pemikir merasakan bahawa ini adalah 'BOM' seterusnya yang akan di'letupkan' oleh Kerajaan sebelum Pilihan Raya 13 (PRU13). Secara peribadinya Pemikir meramalkan Dividen ASB sebanyak 9-10% dan bonus sebanyak 1.5- 2.0 akan diberikan kepada pemegang saham. Kalau ianya lebih dari jumlah itu, Alhamdulillah...

3. Kebiasaanya, PNB akan mengumumkan Dividen ASB sekitar 20 – 24 Disember setiap tahun. Tetapi berbeza pada tahun ini, PNB dijangka akan mengumumkan dividen ASB 2012 pada minggu hadapan iaitu pada awal Disember 2012, lebih awal daripada daripada selalunya. 

KOTA BHARU – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pelabur Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) pada minggu hadapan.


Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (gambar) berkata, lebih 11 juta pelabur dijangka akan mendapat pulangan lebih tinggi sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Beliau berkata, setiap tahun PNB membayar dividen dan bonus bernilai RM10 bilion kepada para pelabur dan jumlah yang besar tersebut sudah pasti memberi impak kepada ekonomi negara.

Rekod Pengagihan Dividen ASB + Kadar Bonus Dari 1990-2011?

4. Sama samalah kita nantikan kejutan yang berlaku pada tahhun ini. Sama samalah jua kita berdoa agar ramalan Pemikir ini menjadi kenyataan.

Oleh : Pemikir

10 comments:

  1. salam..
    erm dah takde duit kat ASB ni,
    tak dapatlah dividen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tumpang seronok kengkawan je... mana tau ada yang sudi belanja hehehe

      Delete
    2. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

      Delete
  2. saya masih hairan kenapa bonus asb dikira berdasarkan baki terendah selama 120 bulan = sepuluh tahun tidak seperti dividen berdasarkan baki terendah selama 12 bulan = 1tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. HARAP ASB TIDAK MENGELIRUKAN ORANG RAMAI TENTANG PEMGUMUMAN BONUS.
      ----TAHUN LEPAS SIMPANAN SAYA RM100,000.00 GENAP 12 BULAN KALAU DIKIRA DIVIDEN MEMANG TEPAT SEPERTI YG DIUMUMKAN, TETAPI BONUS TIDAK MENCECAH RM 200.00.

      Delete
    2. bonus ikut kiraan memang dikira untuk 10 tahun dividen sahaja yang dikira setahun.. kenapa? jgn tanya saya.. sebab tu formula dari sejak ditubuhkan ASNB lagi..

      Delete
  3. sebagai seorang islam saya berpendapat bahawa tabung haji membayar dividen lebih tinggi dari ASB.WALAUPUN TH HANYA MEMBAYAR 6% DIVIDEN TETAPI ZAKAT(2.5%) TELAH DIBAYAR BERBANDING ASB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu lagi baguis sebenarnya sbb dah potong siap2 zakat

      Delete
    2. gayanya menyipan ditabung haji lebih menguntungkan!!!!!!!

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks